Pixajoy

Saturday, August 17, 2013

Home » Puding Karamel & Kek Kukus Simple

Puding Karamel & Kek Kukus Simple



Puding karamel ni en suami demand dah lama, tapi namanya isteri misali hari demi hari aku pending. Sedap juga puding karamel ni, hilang terus rasa telur, lemak-lemak gitu. Aku buat dalam bekas ni dapat 8 bijik, 3 bijik pas kukus je dah selamat masuk perut.


Cubaan pertama terlebih manis. Kena terlangkupkan dalam piring pastu buang air gula baru yummy. Tu pun masih lagi manis. Ikut resepi aku dah kurangkan dah pun susu pekat. Next time buat aku dah tau la nak budget.



Kek kukus pun bertangguh jugak nak buat sebelum raya lagi. Resepi nampak sedap pastu semua bahan pun senang. Benda memang dah ada kat rumah tinggal nak tiup angin rajin je. Lepas kukus puding karamel kelam kabut buat kek pulak. Tukang menyibuk yang always seksi ni perangai sama macam ibu kecik-kecik dulu.


Rupa tak berapa cantik. Warnanya tu pun tak balance. Berangan nak buat dalam bekas kecik tapi tak sempat. Masuk dalam loyang besar jadi nipis je. Kek ni pun agak manis, terlebih serikaya kot. Tapi rasa tu boleh tahan.


Petang nak kerja tapi pulun buat dua benda ni. Padan la muka aku rupa tak semegah, manis pulak tu. Nama pun first time. 






8 comments:

JungRara said... Best Blogger Tips

tengok je dah terasa kemanisan dan kesedapan nye...emmmm

hyz said... Best Blogger Tips

caramel mmg best!!!

MulutPayau said... Best Blogger Tips

sedapnya puding karamel....

izan mama mia said... Best Blogger Tips

mmg dok teringin nak bt puding karamel tuu xtau bila nak buat...tapi ikut resepi saya letak susu segar tak letak susu pekat...jadi kuranglah manisnya...

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Fiza suka caramel. Biasa first time mesti ada yang terlebih dan terkurang. Next time mesti jadik lebih cantik. Hebat Muni sempat 2 benda dlm 1 masa :)

Chot said... Best Blogger Tips

vote for puding karamel ! boleh masuk list open house nnt..hehe

hainom OKje said... Best Blogger Tips

karemel tu faveret anak2...dah lama tak buat.... tp okje tak letak susu pekat manis...

CtAyue said... Best Blogger Tips

sedapnyer.. tgk abg aiman makan lg lah buat terliur..hihi