Pixajoy

Sunday, August 25, 2013

Home » Bila 3 Hero Bertemu

Bila 3 Hero Bertemu



Irsyad, Aiman dan Afi. Semua ikut muka abah masing-masing


Paling lasak kat sini si Irsyad, tengok badan je keding, muka ala-ala baik gitu, tapi kalau buat perangai Masyaallah.hehe. Memang jenis tak makan saman. Kena ikut je kata dia. Kalau dengan en suami, ok pulak perangainya. Bawak pergi ronda dan masa beli baju raya Aiman hari tu, ibu dia tak ikut molek je. Dah tiga tahun lebih umurnya tapi suka menggigit. Aiman dah kena baham dek gigi jerung masa raya hari tu. Mengerang kesakitan kau. Kena perhatikan je, dia dah lama geram dekat bambam.huhu..

Aiman dah besar dah kurang sikit lasaknya. Tapi kira boleh geng dengan Irshad, main semua ganas-ganas. Lawan-lawan gusti semua boleh serah kat depa dua. Yang geramnya Aiman ni kan badan besar, gaya berlakon nak membelasah adik tu buat kita ngeri. Irshad tu dah la tak cukup isi kan. Asyik kena bising je dengan Wan. Kena marah iklan la sekejap pastu sambung balik. Sabo jer la.

Adik Afi suka main dengan Abang Aiman. Kalau ada Aiman dia memang tak heran dah dengan Irsyad. Mungkin sebab Aiman dah besar,pandai melayankan dia. Dia jenis lembut sikit. Afi ni istimewa.  Aku pernah cerita yang dia tak ada anak mata, tapi Alhamdulillah dia boleh nampak, cuma cara nampak tu tak tahu la macam mana.  Baru setahun lebih tapi dah padai sebut banyak perkataan tau.

Bukan senang nak berkumpul sampai cukup korum. Sorang di SP, sorang di Pahang, sorang di Lumut. Sesekali bila bertemu meriah la rumah Tok Wan. Semua hero main pun lasak, dah macam Tok Mat ada sepuluh cucu, wahal baru 4 orang. Si bambam Afia tahun depan baru boleh join main. Awak tu princess, jangan la dok ganas sangat macam si abang-abang ni.




10 comments:

CtAyue said... Best Blogger Tips

camgitulah kan bila anak2 berkumpul ngn geng2 dia..hihi.. main lawan2 semestinya...

Ayu Zan said... Best Blogger Tips

mesti suka tengok telatah diorang.hehehe

Nastyna said... Best Blogger Tips

Ho tu dia... boys kan kalau tak bergusti mainnya tak sah kot. Tapi tengok lam gambar muka Aiman yang macam paling ganas hehe.

husna zahidi said... Best Blogger Tips

irsyad ada habit mcm husna la time kecik..suka menggit..=P

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Duduk jauh2.. setahun sekali riuh.. meriah :)

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

sekali sekala jumpa mesti meriah sangat kan muni.

cam kami ni anak2 k.izan jelah yg kecik2 pun. sepupu2 lain semua dah besar2 dah...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Sepupu sepapat kalau dapat jumpa mmg bole haru biru rumah tok wan hehe... Tok wan suka tak pe...hehe

chii said... Best Blogger Tips

nape muka aiman mcm tu..mcm kena paksa amik gamba je..eheheh...

mmg patut pun irsyad ggit aiman...chubby..mmg geram...ehehh

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

seriusnya muka big boss baju hijau tu.. hihii

Nora Karim said... Best Blogger Tips

hehehe biasa la budak2... apa lagi yg depa nak buat.. melasak la kejenya... heheh