Pixajoy

Friday, August 16, 2013

Home » 2 Syawal : Sibuk Berniaga

2 Syawal : Sibuk Berniaga



Pagi Syawal kedua abah dah mula berniaga. Jadi suasana raya dah takde. Mak dan adik ipar semua bangun awal gila buat kuih dan nasi lemak. Aku tolong menyibuk je nak bungkus nasik lemak pun tak reti. Kupas kulit telur boleh la.hakhak. En suami dan adik iparnya tolong abah kat kedai. 

Anak-anak semua masih nyenyak tidur termasuk si chubby dan si bambam. Bila askar-askar dah bangun, sorang-sorang sibuk nak ikut pi kedai. Melangut kat kedai tu pun ramai yang dok hulur duit raya. Rezeki cucu-cucu Pak Mat Kopi la.hehe

Tengahari en suami hantar adik bongsu dekat jeti Kuala Kedah, balik beraya di Langkawi rumah mertua. Lepas Jumaat en suami tidur baik punya, letih la sangat tolong abah kat kedai. Kami bertolak balik Nibong Tebal dah petang gila. Jalan jam, ada accident dah lama tapi biasa la kan orang Malaysia ni terlebih prihatin. Kereta banyak, kenderaan bergerak perlahan tapi Alhamdulillah takde la jam teruk.



Sampai kampung aku dah dekat maghrib. Adik aku dok perli bertolak dari Johor ke baru sampai?kata nak bertolak lepas Jumaat kan. Raya kedua berlalu begitu saja tanpa aktiviti beraya.




7 comments:

Masya said... Best Blogger Tips

hihihi.. aiman tunjuk duit raya ke.. kemain bnyk dlm kereta tu ... lambat janji selamat sampai kan.. itu yg utama huhuhuhu .. pedih telinga kalau kene perli² ni...

kurus said... Best Blogger Tips

x mengapa .. raya sebulan .. lepas nie leh beraya ye ;)

zmarl (ibu) said... Best Blogger Tips

ala sedihnya..raya ke-2 tu tengah sakan lagi dok raya..jammed tu biasa, kat mana2 pon sama..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! Rezeki... Dah start berniaga. Hehe... Muka si chubby jugak wajib ada.

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kalau dari JB lagilah belum sampai lagi kot hihi... Tapi cuti sekolah panjang maa utk beraya pun panjang tahun ini kan..

Cho Zila said... Best Blogger Tips

kat kampung akakpun hari kedua banyak kedai bukak.. lebih banyak rezeki masuk.. maalumler orang bandarni belanja tak hengat punya...

Unknown said... Best Blogger Tips

raya ni di mana2 pun jalan jem