Pixajoy

Sunday, August 18, 2013

Home » Nasi Himpit Kuah Kacang Daging

Nasi Himpit Kuah Kacang Daging




Sarapan pagi ni. En suami kata keciknya daging. Haruslah comel macam chefnya.hakhak. Seumur hidup baru pertama kali buat tau. Hidangan ala kadar buat tetamu blogger yang bertandang ke rumah semalam. Beli nasi himpit yang dah siap, aku rebus dalam dua puluh bijik. Pagi ni panaskan kuah balik bertambah kick jadinya.haha 

Resepi ni aku dapat dari MIL pastu aku adjust ikut tekak aku. Cubaan pertama kali pada aku not bad la. Sebelum ni asal buat kuah kacang tak berapa kena dengan tekak. 

Resepi Kuah Kacang Daging Istimewa

Potong Daging kecil-kecik pastu rebus dengan sedikit air. Panaskan minyak, campak serai yang dititik pastu tumis bahan kisar (bawang merah+bawang putih+halia+serai) sampai garing. Lepas dah pecah minyak masukkan daging rebusan tadi. Kemudian masukkan asam keping, kacang tanah (goreng+blander jangan sampai hancur sangat) dan susu cair. Perasakan dengan garam, gula, serbuk ayam dan sedikit sos cili. Agak-agak la kuah tu nak pekat mana, kalau pekat sangat sila tambah air. Balancekan rasa manis,masin dan masam. Sukatan aku main belasah je. Tak reti nak bagi detail.





6 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

tempias hari rya masih ada...he3X...

Chot said... Best Blogger Tips

Kalau daging besar2 sdap tak kak?

Umialya said... Best Blogger Tips

ada lagi tak? jap lagi akak sampai.. hihihi

AtieYusof said... Best Blogger Tips

wah! sedapp je nampak kuah kacang tu..
boleh cuba buat nti..simple tp sedap:)

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

sedap ni kuah kacang,, my feveret

OKje said... Best Blogger Tips

kalau buh daging dalam kuah kacang tu mmg sedap dan senangkan.... tak yah nak masak ayam ke daging lagi