Pixajoy

Friday, August 30, 2013

Home » Mengepam Ketika Kursus - Marmet Dalam Toilet

Mengepam Ketika Kursus - Marmet Dalam Toilet



Hari ibu berkursus, sekolah Aiman adakan sambutan Hari Raya dan Merdeka. Tak dapat la ibu nak join. Tahun ni baru satu hari kursus, pergi gak la sebab bendanya sehari. Kalau banyak hari dan kena bermalam mesti tolak, dengan anak kecik yang menyusu badan ni macam mana nak tinggalkan? Alasan paling munasabah.hehe


Kali ni kursus siap angkut cooler bag dan storage bottle. Mujur la aku still marmet, kalau tak dengan breastpump semua kena angkut la. Alhamdulillah even marmet rezeki Afia still mencurah. Tak rugi aku tak beli pam pun. So far baru dua botol Afia minum susu beku, tu pun aku tak sempat nak perah kalut sangat buat kerja. Selama ni Afia dok minum susu fresh even kat rumah pengasuh. Susu beku dalam peti ais tu tak terusik pun.

Masa kursus tempohari aku tinggalkan cooler bag dalam kereta. Storage bottle masukkan dalam handbag. Lepas perah pergi tempat parking simpan bekalan. Break time untuk minum pagi cepat-cepat aku makan kemudian pergi marmet dalam toilet. Ni je la pun tempat paling sesuai. Nak buat kat dalam surau tak berani pulak, nanti nak kena kunci pintu dari dalam. Yang paling penting jangan stress. Alhamdulillah susu keluar macam biasa.

Rehat tengahari sibuk dok bersembang jadi malas nak perah boleh? Nasiblah seminar habis pukul 0340. Takde maknanya nak minum petang, start enjin terus pecut ke rumah pengasuh. Sampai rumah terus nenenkan Afia pastu perah lagi. Susu banyak la kan dekat 5 jam tak produce.






15 comments:

Munnafendy said... Best Blogger Tips

alahaiii..knp dlm toilet? sy kt opis ni pn xdak tmpt privasi nk pam. even surau pn xde. bila nk pam menapak jauh2 gi parking, pam dlm keta. keliling cover dgn phalang matahari tu. xsmp hati nk pam dlm toilet...sbb mknan ank kan...

Puan Mell said... Best Blogger Tips

wahh.. terer ar leh marmet.. kite marmet bersepah jadinya.. hahaha.. tp marmet lg bnyak kua kan?

kalau dah dpt sembg memey delay jadinya nak mengepump. hahaha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Munnafendy

entah ekk mungkin akk lebih selesa dalam toilet org tak nampak.klu stress mmg susu tak keluar kan..

dekat tmpt parking tu ramai org,org sentiasa keluar masuk, nama pun hotel..lgpun nak kejar masa.break 30min je,mana nk makan mana nak fikir cara nak cari penghaadang,nak on air cond kena tggu enjin panas dulu kan

Insyaallah klu niat kita baik,tak salah rasanya..susu tak tercemar rasanya klu pam dalam toilet pun.pengalaman kali pertama.klu kt office tu ada blik khas

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Munnafendy

lagipun akk marmet,mun takpelah electric pump..:)

ieda immi said... Best Blogger Tips

yess tanggungjawab tuu dik ;)

Noe said... Best Blogger Tips

ini semua tuk anak kesayangan kan...pengorbanan seorang ibu...

GREENJADE said... Best Blogger Tips

saya pun rungsing kalu kena kursus. nak pula kursus jenis bengkel/presentation..kdg2 mood tgh ok pun boleh tuka jd stress uhuhu

NzA said... Best Blogger Tips

pengorbanan demi insan tersayang....

LYAfrina said... Best Blogger Tips

wah..inilah hebatnya kuasa ibu kan.. gigih demia anak tsyg.. apa y mustahil smuanya x jd mustahil punyer..

SyamilaMohd said... Best Blogger Tips

kak sya tk pandai nak marmet...dah cuba tp penat je...skrg ni kena pump kat meja....asal hilang tk sampai 5 minit...ada la yg memanggil...tk blh tengok org senang...ishk3x....

Nora Karim said... Best Blogger Tips

alahai kenapa dalam toilet?! saya kalau nak ngepam akan usaha gak cari port yang terpencil... kalau tak de bilik pun saya sarung selendang besar... btw, rasanya kalau tanya pada kaunter reception tu, depa boleh suggest bilik khas...

baby comel said... Best Blogger Tips

Saya belum kawin xde pengalaman dan xbegitu phm. Hehhe

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

cr dulu pun dalam toilet jugak...tak ada tempat...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

hebat la PK.... sebenarnya, tak bergantung kepada pump pun. tapi, teringin.... nk gak pakai brand canggih2. kalau nnti x mengepam jugak, memang laaaa....

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

kak izan salute ngan muni. betul tu.. yg penting takmo stress2 kan. pasti byk rezki utk si bambam afia tu.