Pixajoy

Friday, August 02, 2013

Home » Afia Imanina 3 Bulan

Afia Imanina 3 Bulan



Afia Imanina genap 3 bulan pada hari ulangtahun kelahiran ibu. Kepala tak berapa keras lagi, nak pacak berdiri pun sikit punya malas. Tapi sekarang dah mula nak belajar mengiring. Selasa nanti pergi check up Afia pastu Insyaallah terus gerak balik raya kat kampung. Tak sabar rasanya nak bawak Afia collect duit raya buat pertama kali.hakhak


Sekarang si bambam dah rajin ajak kita bersembang dan bersungguh-sungguh fokus bila tengok sesuatu. Suka renung ibu buat muka kesian mintak dipenuhi permintaan dia. Suka sangat dah senyum bila kita agah, bila tengah mandi, bila tepuk-tepuk tangan dia nyanyi lagu tepuk amai-amai.

Perkembangan pasal puting dah semakin baik. Boleh je terima minum dari botol walau hanya bersungguh hisap bila dah lapar sangat. Semua ni ambik masa sikit. Lama-lama nanti Insyaallah ok. Semoga Afia terus membesar dengan sihat.





6 comments:

Marya Yusof said... Best Blogger Tips

As salam murni,

Masya'Allah, gebunya Afia! Geram Marya tgk! :) Semoga Afiya sihat & membesar sebagai solehah yg disayangi semua..! Tak sabar nak pegang baby girl jugak ni! Mcm Afia, nnt boleh jadik geng! Selamat Hari Raya :D

izan mama mia said... Best Blogger Tips

makin geebu laa afia ni

Masya said... Best Blogger Tips

perkembangan yg baik, tang nak ajak borak tu mmg jenuhlah nak melayankan...

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Bam bam auntie dah pandai le

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

alalala....

comelnye kasut hello kitty...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Comelnya ber polkadot pink putih. Sweet sgt