Pixajoy

Thursday, August 22, 2013

Home » 14 Syawal : Jamuan Raya Di Office

14 Syawal : Jamuan Raya Di Office



Jamuan raya pukul 12 tengahari, Afia tengah tidur masa ni jadi kesian nak kejutkan. Aku ambik Aiman dari sekolah terus hantar Puding Karamel Agar-Agar Milo dulu pastu balik rumah semula. Lepas siapkan Aiman dan Afia baru gerak pi opis. Malamnya duty pulak. Satu hari dok ulang alik je la. Nasib baik rumah dengan opis tak jauh.

Si chubby sampai office ibu tak menyempat terus hadap nasik. Nampak sangat kebulur. Selamber dia duduk dekat switch board. Super pantas betul! Ada pulak orang tolong cedokkan nasik kat dia. Tak sempat nak suruh pergi makan kat belakang dah.haha


Afia aku letakkan je kat tilam.  Ramai yang nak tolong tengokkan si bambam. Siap dukung kesana kemari. Ibu pun lapar jugak. Makan nasik dengan rakus pastu pekena lemang dan ketupat. Tengok kuih raya pun semua sedap. Adoi pelahap sungguh. Macam best je dok kata kat si chubby, turun perangai sapa la kan.

opss I'm Sexy!

Kami satu office 8 orang semuanya. Dua orang takde, sorang cuti kecemasan, sorang lagi balik kampung. Masa ni semua tetamu dah balik. Aku kan sampai lewat. Tinggal bebudak office yang tengah duty. Melayankan sembang depa ni je la.



Masa bila dia bawak topeng entah

Satu-satunya anak dara. Siapa berkenan boleh isi borang

Aiman dapat bergambar dengan anak dara comel kemain suka. Seronok betul main dengan budak berdua, anak officemate aku ni. Aiman memang jenis suka berkawan. Dapat kawan baru sampai tak mau balik gayanya. Sampai rumah pun dok sebut lagi best la dapat kawan baru.hehe


Sengih sampai sepet mata

Sibuk makan mana sempat aku snap. Jangan tanya gambar puan blog, selekeh sangat baju pun tak sempat iron, sarung jubah je senang. Menu hidangan next entry ok.





13 comments:

Cik Puan Rara said... Best Blogger Tips

amboi.sukanya dye.hehe.diapit wanita2 ye.hehehe

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

kemain sengih si aiman nih..mentang la dapat aweks kan..hihi

Munnafendy said... Best Blogger Tips

amboiii aiman..kemainnnn hahaha

GREENJADE said... Best Blogger Tips

amboi Aiman...gumbira nye diapit aweks2 cun tu..hihihi

sekali sekala mkn2 reramai kt opis best jugak..sy kt sini 3 org jek melayu..lelainnya beratus2 staff nye cine..huhuhu sedihhhhh

ieda immi said... Best Blogger Tips

comeii budak2 nie ..

Ayu Zan said... Best Blogger Tips

kawan baru dia perempuan. hihi..

salam kenal kak..

NzA said... Best Blogger Tips

Wah2 aiman, bukan main hepi dpt kwn dgn ank2 dara.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

amboi ..kemain aiman..tersengeh bgambor dgn aweks tu..

ofis lya buat mkn2 hari sabtu ni

eita said... Best Blogger Tips

bukan main lagi aiman dengan anak dara orang

Puan Mell said... Best Blogger Tips

kemainn aiman.. hahaha..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kemain aiman ye :)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

amboi aiman.. bkn main lebor lg sengih.. seronok dpt kawan baru aweks cantik yer.. hihii

Nastyna said... Best Blogger Tips

I duk menyengih all the time tengok gelagat si Aiman ni, dengan topeng dia nyer... dengan anak dara nyer... macam2 ragam.