Pixajoy

Monday, March 04, 2013

Home » Raptai Warded di Hospital SP

Raptai Warded di Hospital SP



Doktor bagi MC 6 hari sampai Khamis depan. Syukur semuanya ok. Baby ok cuma aku je masih tak hilang sakit belakang. Sakit dah kurang banyak juga. Aku tak makan pun paracetamol, ubat tahan sakit yang doktor bagi. Untukmu baby, ibu rela tahan sakit.hiks..

Firstly nak ucapkan berbanyak terima kasih buat semua sahabat blogger yang prihatin dan mendoakan kesihatan aku dan baby. Doa korang semua cukup bermakna buat aku. Alhamdulillah aku dah discharged petang semalam. Jemu tak dak dah dok kat hospital. Sehari macam seminggu ja rasa. Melangut sana kejap makan melangut sini kejap makan, kejap duduk kejap makan, kejap baring kejap makan, kejap tido kejap makan. Wad tu dah macam restoren aku bikin. Aktiviti makan lagi banyak dari aktiviti lain kot.

Ok mari aku cerita tentang raptai penuh. Pagi Sabtu sempat kami sarapan kat kedai dulu kemudian baru ke hospital untuk check up. Sampai saja terus ke emergency, tapi pihak hospital suruh terus ke labour room. En suami cakap aku bukan nak beranak lagi. Ok takpe nurse kata masuk dulu untuk check. Disebabkan budak tak boleh masuk sekali,en suami tunggu dekat luar dengan Aiman. 

Mula-mula prosuder biasa kena timbang dan check air kencing. Nurse kata botol air kencing takde, jadinya sila bayangkan sendiri macam mana aku kencing. Lepas tu nurse pasang alat untuk check jantung baby apa nama aku tak belajar medic. Lama jugak dok pasang alat tu kat perut doktor pun datang. Doktor lelaki India ke singh lebih kurang. Tinggi segak orangnya. 

Lepas check jantung baby,nurse suruh tanggal seluar. Walaupun takde kontraksi, doktor nak check bawah. Cuak dah aku, comfirm kena seluk sebelum waktunya. Doktor kata beliau cuma nak pastikan takde bukaan kat bawah. Berlagak selamba aku pun tanggal seluar dan kangkang. Doktor suruh relex, kena la seluk sambil disaksikan nurse. Ok tak malu pun. Rasa biasa je.hiks...

Takde bukaan kat bawah dan jantung baby pun ok. Doktor scan kepala baby kat bawah, uri semua pun ok. Lepas ambik keterangan serba sedikit doktor kata kena warded gak semalam untuk pantau. Kalau uri jatuh ke apa memang kena operation. Statemant bikin seriau. Tak lama lepas tu nurse tolak aku hantar masuk wad. Seharian la aku berehat kat hospital macam permaisuri.

Patut la sehari dua ni hati aku asyik tergerak nak mintak GL, tapi dok bertangguh, yang lama punya ada aku letak mana tak ingat. Dalam dok sakit dah tak feel nak cari. Hari sabtu pulak pejabat tutup jadi kena masuk wad kelas 3 sebab tak bawak GL. Lupa langsung aku pasal eGL. Mujur masa disharged sistem ok, jadinya masa nak bayar bil guna eGL. Alhamdulillah setel pasal GL tak perlu nak p hantar kat hospital. Tu pun HIRMIS aku tak update, masih pakai cik dan gaji yang tahun lepas punya. Apa pasal pakai cik aku tak tau sedangkan masa dapat kerja aku dah kahwin pun.

Sedikit review tentang Hospital Sultan Abdul halim, Sungai Petani. Walaupun dok kelas 3, wad aku duduk ada 4 katil dan selesa, nurse dan doktor semua baik-baik belaka. Jadi siapa kata hospital kerajaan servis tak bagus? Mungkin ada segelintir tapi kerajaan memang berusaha untuk memberi servis terbaik. So far pengalaman aku masa bersalinkan Aiman dulu kat Kota Tinggi pun nurse semua baik-baik belaka. 

Seumur hidup rasanya ni kali ke 4 aku masuk hospital. 1st masa aruah mak bersalinkan aku dulu (perlu ke mention?), 2nd masa aku bersalinkan Aiman, 3rd masa Aiman warded sebab kuning.haha..Pasal apa aku kata raptai? Raptai la namanya kan sebelum aku masuk hospital masa nak bersalin nanti.hiks..


* Tiga-tiga katil jiran se wad masa aku warded bersalin baby girl tau.


15 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah... Fiza tertunggu-tunggu gak entri dari Muni. Syukur semuanya ok. Hehe... Memang raptai tu. Siap kena seluk lagi. Apa2 pun Muni. Take care tau...

soziyana said... Best Blogger Tips

kenapa doc bagi mc 6 hari je...
kan baru je due..
tak paham.

Unknown said... Best Blogger Tips

wah.... moga terkenan baby girl teman katil ye.... cepat sembuh adik kutu ku aka aunty kutu (sampai sekarang sumaiyyah tetap tak puas hati dengan nama KUTU... Why katanya)

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah semua nya OK..risau juga bila dpt tahu jatuh tu...semoga semua nya akan di permudah kan sehingga masa bersalin nti..amin!..
TQ atas DOA buat kami di Lahad Datu:)

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

hehehe..ada raptai jugak yer..
Alhamdulillah sebab segalanya selamat dan berkeadaan baik..

masuk wad la paling sy tak suka..huh!

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

alhamdulillah la ko selamat, baby selamat...

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kalau bersalin di hospital Kota Tinggi sekarang ada anak saudara kakak dia staff-nurse di situ.

Harap terus sihat hingga melahirkan. Ngeri kakak baca kena seluk tu tau.

Solochanger said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah semua baik ^^

azura said... Best Blogger Tips

baguslah tu puan muni...biar baby betul2 sedia keluar tengok dunia dulu

Nastyna said... Best Blogger Tips

haha tu dia, raptai. Alhamdulillah sumer selamat, dilayan bak permaisuri lagi tu, bagus.
I think sekarang ni berbaloi la kan usaha gomen duk palu suh servis dengan senyum tanpa kata apa2 hoho.
Baby girl?? hihihi

sal ya said... Best Blogger Tips

okay je kelas 3 sebab ramai org. husben ada tny nk msk kelas lain ke. tak apa la. kat kelas tiga blh tgk ragam org.

QA's ~ mamapapa said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah,semuanya ok..:)
Pssttz..anak saya dua2 lahir kt hospital sultanah bahiyyah :)

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

siap ada raptai tu...ingatkan raptai apa la...hehehe alhamdulillah selamat..

Masya said... Best Blogger Tips

xmau byg haihh kencing mcm mana.. hahahaha....

nsb baik x pape.. alhamdulillah.. dilayan bagaikan permaisuri yer... sy sokong hospital kerajaan mmg akan lyn semua org dgn baik.. cuma terplg penerimaan org yg dilayan...

tp kan.. ada jugak org kata.. kakitangan kerajaan dilayanlah baikk org awam sama jer.. mcm biasa.. saboo jerlahkan.. kesian nurse² kat sepital tu.. kt kenelah paham jgk mereka pun ada perasaan..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

a'aa betoi.. layanan ok je. saya pnh je msk wad.. layanan mmg ok lah... suka dk hospital sg petani, sbb makanan sedapppp.. hahahh