Sunday, March 17, 2013
Home »
Komunikasi Dengan Baby Dalam Kandungan
Komunikasi dengan baby telah terbukti boleh dimulakan sejak dari dalam kandungan. Bacaan ni mungkin mendetik keterujaan buat ibu mengandung saja, macam aku kan. Pada yang takde kena mengena sila abaikan entry ni.hehe..
Deria Sentuhan
Deria ini berkembang sebelum minggu ke 8. Ketika janin bergerak dan telapak tangan atau kakinya nampak pada perut ibu, sentuhlah dia, berikan perasaan lembut dan kasih sayang kepadanya hingga ia merasakan kelembutan, rasa cinta dan kasih sayang. Rasa cinta dan kasih sayang dari ibu bapa yang dia rasakan akan memberikan ketenangan.
Deria Pendengaran
Deria pendengaran mula berkembang pada minggu ke 8 dan selesai pembentukan pada minggu ke 24. Deria pendengaran ini juga dibantu oleh air ketuban yang merupakan penghantar suara yang baik. Baby akan mula mendengar suara aliran darah melalui plasenta, suara denyut jantung dan suara udara dalam usus. Selain itu ia akan bertindak balas terhadap suara-suara keras, bahkan boleh membuatkannya terkejut melompat.
Pada minggu ke 25, baby sudah dapat mendengar dan mengenali suara orang-orang terdekat seperti ibu dan bapanya. Lakukanlah komunikasi dengannya walaupun hanya satu arah, bacalah Al-Quran, bacakan cerita atau berbicaralah dengan baby untuk lebih mendekatkan diri dengan baby supaya dia lebih mengenal suara dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa yang sedang marah akan memberikan reaksi marah pada baby, sebaliknya alunan tilawah Al-Quran yang lembut dapat menenteramkan baby.
Deria Rasa
Deria rasa akan terbentuk pada minggu ke 13-15. Pada usia ini baby dapat merasakan rasa pahit dan manis. Jika air ketuban yang dia rasakan manis, maka dia akan meminumnya dan menelannya. Namun jika air ketuban yang dirasakan pahit, baby akan meronta dan mengeluarkannya.
Deria Bau
Deria bau akan terbentuk pada usia kehamilan 11 - 15 minggu. Ketika deria bau ini terbentuk, janin dapat mencium dari bau air ketuban yang baunya mirip seperti ibunya. Maka ketika bayi lahir, dalam masa beberapa jam ia akan mengenali siapa ibunya.
Deria Penglihatan
Dari awal kehamilan hingga usia ke 26 mata baby akan selalu tertutup untuk menghasilkan retina, walaupun demikian retina baby pada usia kehamilan 16 minggu dapat mengesan adanya pancaran sinar.
Pada usia kehamilan di minggu 27, baby mula membuka matanya dan melihat ke sekelilingnya untuk pertama kali. Mata baby dapat menangkap cahaya yang masuk ke dalam rahim ibunya, baik dari sinar matahari atau sinaran lampu. Selain itu otak baby akan bertindak balas terhadap kerlipan cahaya.
Oleh itu baby dapat bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan yang datang dari luar bahkan dalam tubuh ibu. Oleh kerana itu sudah seharusnya persekitaran tempat tinggal, tingkah laku dan tutur kata ibu yang tengah mengandung harus selalu dijaga. Segala sesuatu yang dilihat dan didengar serta segala perasaan suka, marah, sedih dan senang, sudah pasti memberi pengaruh bagi perkembangan baby.
Selamat berkomunikasi bersama baby masing-masing!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
setuju, ia perlu diamalkan semasa bayi berada di dalam kandungan lagi
erna selalu cakap dengan iman masa iman dalam perut dulu. bila selalu cakap..memang iman bagi feed back. seronok sangat!
yang plg penting suami juga kena selalu mengaji disisi kita....
selalu bercakap2 dgn baby dlm perut sejak anak pertama sampai yg no 3.
Betul, tutur kata dan tingkah laku ibu perlu sentiasa dijaga. Ayah pun kenalah bijak jaga perasaan ibu. Betul tak?
ni yg nak ulit kenangan zaman prgnnat alisha n aqilah ni.. lps sembang, dorang kick.. hihi
baby pun dh pandai skrg, kalo pgl dia..cepat je gerak2 dlm perut nie..seronok sgt rasa. Kalo sembang2 dgn dia, smpai senget perut jadinya
Bagus diamal kan bercakap2 dgn baby ni kan?..anak kt dalam tu mendengar:)
rindunya nak mengandung lagi.. dulu suka bercakap dgn baby masa dlm perut (amilah tu) sdhnya sekarang x larat nak melayan amir asyik bercakap jer.. dgn saya kat rumah, kat dlm kereta.. masa tidur jer diamnya..
didik anak bermula dr dlm perut
seronoknya moment ni... moga dapat merasai lagi pengalaman pregnant...
xde baby lg..anak cacing ada kot..=P
Post a Comment