Pixajoy

Saturday, March 23, 2013

Home » Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 6

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 6



Alhamdulillah Aiman dah tamat Bacalah Anakku Buku 6. Rasanya buku 6 makin takde masalah sebab Aiman dah boleh tangkap semuanya dengan cepat. Mula-mula je untuk sebutan tiga huruf Aiman agak keliru. Dua tiga kali sebut Aiman dah boleh teruskan gabungan lain tanpa masalah.





Setiap hari aku cuma peruntukkan masa selama lebih kurang setengah jam untuk Bacalah Anakku. Dalam masa dua bulan lebih Aiman baru tamat buku 6. Satu hari satu sesi saja untuk membaca tidak termasuk cuti peristiwa dan lain-lain cuti ye.hiks. Ini pun dah kira ok pada aku, tak mau la nak menekan Aiman sangat kan.

Biasanya kami akan mulakan sesi bacaan selepas solat maghrib kemudian di ikuti dengan bacaan iqra. Lepas solat Isyak terus masuk bilik untuk bedtime story dan tidur. Ini memang dah jadi rutin pada setiap hari persekolahan. Kalau hari cuti ibu bagi kelonggaran tidur lambat. Lepas belajar boleh sambung tengok TV.

Tak sabar rasanya nak habiskan buku 7 dan 8. Sekarang ni perkataan yang empat huruf kebanyakkan Aiman dah boleh terus sebut tanpa mengeja sebutan satu-satu. Happy rasa sebab usaha ibu berbaloi. 

Tahniah Aiman Mukhlis. Ibu bangga dengan anak ibu!







9 comments:

izan mama mia said... Best Blogger Tips

tahniah aiman...cerdik anaknya

umi alya said... Best Blogger Tips

alhamdulillah.. aiman anak yang cerdik, sejuk perut ibu mengandung

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah...Aiman dah pandai baca..nak tanya.. beli Baca Anak ku ni dulu kt mane?? sy ada tgk..tapi kena beli on9 je..umur berapa Aiman start buku ni??
ingat nk beli utk Pa'e (tp umur br 3thn)...

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

tahniah aiman..
esok dh boleh baca Ini Cerita PUAN KUTU dah lar..haha..

Masya said... Best Blogger Tips

tahniah murni.... usaha yg berkesan.. doakan sy pulak yer.. amir baru sampai buku pantas 3, u pun tergeliat² juga lidah nak membacanya...

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Bagusnya Aiman, cepat je dpt. Rasa mcm baru je baca entry dia habis buku 5. Betul kata fatin kat atas tu, nanti boleh baca blog ibu. mavam maryam yg dah sebok je nak baca blog ibu dia. hihi..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

tahniah aiman..!! bagus aiman ni.. pandai :-)

CtAyue said... Best Blogger Tips

salam...
anak sy br je mulakan buku 6 ni..susah jugak nk bg dia faham 3 huruf tu.hehe..
saya baru follow sini. salam kenal. :)

ticer@ibu said... Best Blogger Tips

Salam..bgaimana puan ajar ank mmbaca buku 6 ya? Agak keliru sbb dah 3 buruf..mohon perkongsian.