Sebelum ni aku pernah share bagaimana cara membuat air selusuh, hari ni nak kongsi doa dan zikir untuk memudahkan bersalin. Selain mengamalkan surah amalan ketika mengandung, zikir ni semua antara usaha kita agar dipermudahkan untuk bersalin.
1. Surah Al-Fatihah (7 kali)
2. Ya Khafid (1000 kali)
Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
3. Al-Abasa : 20
"Kemudian jalannya dimudahkan"
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)
5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.
Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"
6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"
Makin hari makin berdebar menanti proses kelahiran. Aku dapat doa dan zikir ni dari carian google. Mintak dihalalkan ilmu. Sharing is dapat pahala.hiks. Semoga proses bersalin kita semua dipermudahkan. Ameen.
23 comments:
share!! share!! ;)
silalah amalkan.
memang bagus sangat2....
semoga dipermudahkan utk bersalin nanti.
hee good info :)
nt tahun dpn ira dtg sini blk baca haha :p
amin hihihihi
kak sihat?dah bpe bulan?jg diri eh..
ira xsmpat nak update pluss malas heee
nice n3.salam ziarah..
Semoga semuanya dipermudahkan Muni.
Amin...
Teringat nenek mengamok kat phone ngan saya lastime dk mengajar doa zikir sumer ni, I dah sakit perut, dia lak jerit2 suruh hafal hahaha.
Semoga semuanya dipermudahkan Muni.
moga dipermudahkan bersalin nanti yer..
tq..bagus jgk utk sy nie...nebes dh rasa nie
Mudah2an semua nya di permudahkan ya..
sy dlu masa nak bersalin tak lekang dr mulut baca surah Al-Anbia tu..:)
Malam sblm bersalin tu pula sy banyak baca yasin...:)
mg Allah permudahkan nnt
alhamdulillah
banyak ayat yg boleh diamalkan kan ;)
TQ sharing kak ;)
puan kutu...TQ. perkongsian yang bagus ni.
assalam, ini satu perkongsian yg bermanfaat..
semoga dipermudahkan...InsyaAllah.
Murni,
Best2.. Marya suka!Nnt nak print tampal kat mana2 ayat2 ni... Awak dah masuk 33 weeks kan... Semoga dipermudahkan semuanya ya! Saya pulak yg rasa berdebar ni! :)
Semoga dpt bersalin dgn mudah...
bestnya... rasa nak ngandung juga lah... :D
saya dulu cari maklumat dkt buku je.. kebetulan mmg dah ada kat umah.. hihii
t.kasih untuk perkongsian bersama
tq for sharing.. boleh amalkan la... tak lama lagi nak deliver T_T serammm hihi
Post a Comment