Pixajoy

Friday, March 08, 2013

Home » Bukan Rezeki Aku & Baby

Bukan Rezeki Aku & Baby



Baru sempat update. Hari ni dah start kerja. Balik kerja terus masak. Petangnya keluar pergi Tesco beli barang. Tempohari kata tak nak jejak Tesco dah, ye2 je kan? Bukan apa senang nak shopping apa semua ada kat satu tempat, perut dah besar ni jalan sikit dah semput.

Tempohari aku ada menang GA dari blog masya@yana. Dapat keychain dan yana bermurah hati berikan hadiah untuk baby sekali. Day after day time pass away punya dok tunggu hadiahnya tak sampai-sampai. Setiap hari aku dok usha lubang peti surat kat bawah tu. Nak dijadikan cerita, seminggu lepas yana pos hadiah, aku jumpa sampul surat kecil kosong tertera nama dan alamat aku betul-betul depan peti surat. Hati aku berat mengatakan ada orang dah buka surat aku.

Bila tanya yana betullah, yana hantar pakai sampul besar isi dua helai barut untuk baby dan dalam sampul surat kecil yang aku jumpa tu ada keychain. Malangnya keychain pun lesap. Barut memang dah tak nampak bayang. Kat aku tinggal habuk jer la. Sedih jugak la kan ada orang sanggup bukak surat aku dan ambik hadiah pertama untuk baby. Apa pun aku tetap nak ucapkan terima kasih pada yana, saya pun sedih jugak, tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki.

Kejam tak kalau aku sumpah siapa yang ambil hadiah aku tu jadi barut baby sedozen?hahaha..


* Selamat Hari Wanita Sedunia!







21 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

barut baby pn nk kebas ke..??? apa la spesis org mcm tu..agak2 org yg rembat tu pn tgh pregnen kot PK....

transformed housewife said... Best Blogger Tips

la...pelik betul. barut baby pun nak kebas.

GreenJade said... Best Blogger Tips

keh keh gile ngeri dengo sumpah mu puan kutu...x dpt den bayangkan...ekekekeke

sian baby..xpe..maybe ade rejki lain tu...

Marya Yusof said... Best Blogger Tips

As salam Murni,

Selamat Hari Wanita! :)

Ni mesti kerja budak2 ni! *tetiba nak menuduh* Alahai... kesiannye... insya'Allah nnt Allah ganti yg lebih baik... doa anak kita bijak pandai soleh solehah! Org teraniaya makbul doanya lagi2 kita yg pregnant ni :))

Ketawa baca komen awak ttg 'shushu' ayah tu! Budak2 Gen Y ni mmg bijak2 kan :))

n 0 e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

semua kena kebas?? memang x ada rezeki puan kutu...

Imran said... Best Blogger Tips

selamat hari wanita kepada wanita..hehe

Imran said... Best Blogger Tips

selamat hari wanita kepada wanita hehe...

Nastyna said... Best Blogger Tips

Apa orang tu nak buat ngan barut? heishh pangai manusia ni mmg buruk kan. kalau saya dah lama tersumpah hohoho.
Selamat hari wanita and tahniah menang GA tho.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Kalau dah bukan rezeki macam tulah namanya kan PK....dah ada dlm post box depan rumah lagi...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Barut perut pun nak dikebas ya.....

Selamat hari wanita......

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Kesiannya. Takde rezeki. Macam2 org skrg ni..

erna said... Best Blogger Tips

ish...apa la. surat org pun nak bukak. x kisah la apa isi dalam tu. x patut betul amik sampul org dan bukak. budak2 kot...

sal ya said... Best Blogger Tips

boleh pulak dia ambik kan. tak tahu malu.

izan mama mia said... Best Blogger Tips

laa...jahatnya ..xmalu laa tu ambil hak org kan...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

alahai... kesiannya.. jahatnya siapa yang ambil tu... :-(

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

laaa blh pla camne.. nape lah sk bk brg org...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Huhuhu.... apa la. Dia nk buat apa ngan barut baby? Apa dah....

Masya said... Best Blogger Tips

ya allah.. sedih dibuatnya.. menyesal pulak sy pakai pos biasa.... kalau sy tahu pakai pos laju/atau pos yg lbh selamat sikit...

kalau ada rezeki lain sy bg murni hadiah lain yer... kalau x silap murni menang fm ladybird.. huhuhuhu...

Mrs Lurve said... Best Blogger Tips

alahai kesiannya..ada jgk org yg xbertanggungjawab mcm tue..teruk btl

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

desperate sgt kot..huhu..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

Sape laa desperate sgt kebas brg org yer... Takpe ada rezeki lain nnti insyaAllah