Orang tua-tua selalu kata, bila baby tidur dan tersenyum tu maknanya baby main dengan urinya. Tak pasti akan kesahihan statement ni. Yang pasti uri perlu diuruskan dengan baik. Seriously aku sendiri tak pernah tahu macam mana cara nak bersihkan dan tanam uri ni. Waktu Aiman dulu atuk en suami yang uruskan semua.
Kali ni mak cuma ingatkan aku untuk beli kain putih semeter. Dah beli dah tempohari. Petang ni sambil santai menikmati kerepek pisang terjumpa di facebook, sekadar berkongsi untuk pengetahuan.
Cara mengurus uri bayi baru lahir :
- Dengan lafaz Bismillah, bilas uri dengan air iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yang sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.
- Bilas dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup-cukup untuk membungkus uri.
- Taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain).
- Gali lubang tanah sedalam kira-kira sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira-kira sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa jika ada, ini lebih baik).
- Taburkan antara 5 hingga 7 batang paku rumah di atas kain bungkusan. Seelok-eloknya guna paku yang masih elok (bukan yg telah bengkok dan berkarat). Selepas itu, timbus kembali lubang menjadi permukaan tanah yang rata.
- Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.
Updated :
19 comments:
terima kasih kak sudi berkongsi..ilmu ni :)
urusan uri ni suami yang buat kan?
5F semua suami akak yg uruskan sndiri....
jom join GA
http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/give-away-ga-birthday-akiff-ke-2-tahun.html
Uri anak2 akak dulu suami yang uruskan. Basuh sebersih-bersihnya, masukkan ke dalam pasu tanah lalu tanam. Baru tahu ada yang taburkan paku..
I pernah baca yang kak Izan Mama Mia cerita pasal tanam uri ni tempohari, tengok komen rata2 cakap jangan letak paku tu sumer.
Saya dulu nenek saya yg uruskan, papa JJ just gali lubang jer hihihi.
noe dah 2 orang anak ni...tak pernah pun tengok uri tu...semua hubby n mak yg uruskan..apa2 pun tima kasih kongsi ilmu..
anak2 kami semua suami yg uruskan uri. teringat masa kecik2 dulu pernah ternampak arwah moyang yg uruskan uri adik no 3 bila arwah mak baru bersalin.
knp kena letak paku rumah yer?
mia dl,..bidan yg buat..katanya,..uri mia masih cantik..terbentuk...bentuk apa tak tau laa..sbb tk tgk pun..tanam tepi surau.....
sbb kawasan taman mana dok ada tanah sangat..
TA sekali je penah bsuh uri .tu pun adik ta yg ajarkan.
@Nastyna
itulah kan macam ada unsur khurafat plak klu letak paku segala.entah sy pun tak tau.sy baca dia tulis lagu tu..:)
dulu2 pernah tgk bidan uruskan uri letak itu ini masa kakak k.izan bersalinkan anaknya. bila tiba anak2 sendiri.. suami k.izan lah yg buat semua tu. cuci bersih dgn asam jawa n garam pastu tanam jelah.
kak fieda suami suami yg uruskan..uri sendiri pun tak pernah tgk,.
org kata masa sambut uri dr hospital elok tgn kanan klu tgn kiri.. nnt anak pun kidal, x pastilah kebenarannya.... dulu sy mak sy yg basuhkan..
nice info...suami yg uruskan...
renyah nya nak urus uri nih..>.<
eh, xyah letak paku ke pensil ke buku ke.. tanam je uri.. cam khurafat la plak
saya br cucikan uri ipar saya semalam, zikir dan selawat sepanjang tempoh cucian itu jer y saya buat, tawakal jelah,. cuma risau ade yang tertinggal,baca kat atas, rasenye betul la kot cara nya, risau ade ayat khusus untuk cuci uri yang saya tak baca..
Post a Comment