Pixajoy

Friday, March 01, 2013

Home » Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Kaki Bengkak Ketika Mengandung



Entri informasi buat ibu mengandung. Kerja petang mata pun dah layu.hehe..

Kaki bengkak? Setiap kali nurse check, nurse akan kata kaki aku ni dah nak bengkak dah..Maknanya tak bengkak lagi la kan? Melalui penelitian dengan mata kasar, sekarang ni kaki aku membesar sedikit dari sebelumnya, tapi tak pasti dah bengkak ke belum. Yang pasti aku selalu rasa kebas kaki.

Pasti ramai ibu mengandung yang mengalami bengkak kaki terutama pada temister terakhir kan. Benda ni sebenarnya normal. Bengkak yang juga dikenali sebagai edema selalunya berlaku pada tangan, muka dan terutamanya pada kaki. Kaki bengkak berlaku disebabkan perut yang semakin membesar memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas.

Ketika mengandung juga, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan baby yang sedang berkembang. Cecair tambahan ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki dan menyebabkan kaki bengkak. Benda macam ni selalu terjadi jika duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan.

 
Faktor lain juga boleh menyebabkan kaki bengkak semasa hamil:
  • Cuaca yang sangat panas
  • Berdiri terlalu lama.
  • Menjalankan aktiviti harian yang terlalu banyak dan lama.
  • Makan makanan yang kurang Kalium (Potassium).
  • Pengambilan makananan yang masin yang terlalu banyak.
  • Minum minuman yang berkafein terlalu banyak.
 
Tips untuk mengurangkan kaki bengkak semasa mengandung :
  •  Bengkak boleh dikurangkan dengan makan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.
  • Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi.
  • Elakkan berdiri untuk jangka waktu yang lama.
  • Alaskan bantal pada kaki semasa tidur atau rehat.
  • Memakai kasut yang selesa dan elak memakai kasut tumit tinggi.
  • Memakai seluar ketat ataupun stoking sokongan.
  • Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, kaki atau buku lali.
  • Berehat atau berenang di kolam air.
  • Minum air yang banyak boleh mengurangkan pengekalan air dalam badan.
  • Kurangkan pengambilan natrium (garam).
  • Kurangkan akitiviti di luar jika cuaca panas.
  • Gunakan ais, sapu di kawasan bengkak.
 
Bengkak ringan adalah perkara biasa semasa mengandung. Jika mengalami bengkak di tangan dan muka secara tiba-tiba ataupun sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang sebelah lagi, ia boleh menjadi tanda pre- eclampsia. Penting untuk menemui doktor dengan segera.
 
 
 
 

15 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak dulu even di pejabat kalau buat kerja bersila atas kerusi - mula letak kotak bagi kaki tinggi sikit tapi lama-lama terus bersila. Sebab itu sekarang kakak kadang suka bersila atas kerusi masa buat kerja. Bila ada org masuk turunkan kaki...

Tengkubutang said... Best Blogger Tips

hoo.. bagus gak petua ni.. leh lea teman ikut nti klu teman dh preggy nti.. =)

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

GREENJADE said... Best Blogger Tips

saya bulan terakhir bengkak lama jugak nk surutnya..sll lama sgt dlm keta drive dlm jammed hari2..mmg kebas..

xpe x memudaratkan pun..amik byk kalsium & pottasium ya..tk care sis!

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

alhamdulillah setakat ni kaki maintain kurus lg. tp cincin2 kat jari tgn dh bukak dh..standby..takut bgn tido je terus kembang, tak pasal kena potong lak kang...

*sib baik kat jari kaki tak pakai cincin..hehe

- AZIE - said... Best Blogger Tips

ini satu sy pelik...masa sy check dkt private kaki bengkak...then doc suh kurgkan minum air..pelik pulak rasa.

Erna Nordiana Zamri said... Best Blogger Tips

TQ! tips dan info menarik!
TQ sharing

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Masa mengandungkan Alia dulu Alhamdulillah xda hadapi pembengkakan kaki cuma kekdg2 jer kebas.

transformed housewife said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, sy tak pernah mengalami kaki bengkak masa mengandung. Tp selalu nampak kaki2 ibu2 lain yg bengkak.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya ms mengandungkan aqilah, kaki mmg lgsung xbgkak.. membesar pun tak... normal mcm sblm prgnant.. sy pun pelik.. tp ms alisha, kaki sy mmg bgkak..

Unknown said... Best Blogger Tips

saya dl sampai doktor tegur,..wah cantiknya kulit,..berkilat...hahaah..memang bengkak...kasut pun kena bl lain

Nastyna said... Best Blogger Tips

Nice tips, tak ilangkan, at least boleh kurangkan. especially rasa sengal2 tu kan.

sal ya said... Best Blogger Tips

pernah kena tp ms berjalan jauh. lepas rht pnjg ok la. tp kalau berjalan2 biasa taka da bengkak. mmg tak perah kena kecuali time berjalan je.

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

no komen sebab tak pernah rasa pengalaman bengkak kaki huhu

Masya said... Best Blogger Tips

bile kaki sy mula bengkak kandungan 6 bulan, sy pakai stokin.. jgn kata dlm opis.. nak tdo kat rumah pun saya pakai huhuhuhuu.. alhamdulillah kurang sikit...

tips tang berendam dl air tu mmg bgslah.. tp kat rumah xda kolam hahahahaha

mummy said... Best Blogger Tips

kaki saya mula bengkak pada minggu ke-35..sebelum ni tak bengkak pun...orang tua2 cakap dah nak sampai waktu...doakan sy ..TQ