Pixajoy

Thursday, March 15, 2012

Home » Rancangan Realiti On Air

Rancangan Realiti On Air



On Air sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan TV dan penyampaian radio. Aku sempat menonton siaran ulangan beberapa episod. Bermula sekitar 25 Januari lepas aku rasa program menarik ni seperti kurang dipromosikan pula. Mungkin juga disebabkan kebelakangan ini aku kurang menghabiskan masa menonton TV. Mana tidaknya, rutin menidurkan Aiman seawal jam 9malam sudah seperti rutin menidurkan diri sendiri sebenarnya.hehe..  


Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman  merupakan teraju utama On Air. Seronok melihat dua bakat besar ini menurunkan ilmu dalam menggalas cabaran memberikan perkembangan positif untuk industri hiburan tanahair. Eceh ayat tak boleh blah. Menariknya lagi, peserta diberi cabaran berdepan dengan orang ramai dan cabaran wawancara spontan bersama selebriti atau orang terkenal yang dirahsiakan. 


Dalam episod yang aku tonton semalam, memang kantoi sebab ada yang tak kenal pun siapa dia Dato Ramli MS. Rozita Che Wan pun kemain gedik dengan aksi menggoda salah sorang peserta. Setakat yang aku tengok, ada yang betul-betul berbakat dan ada segelintir yang hanya menarik pada rupa paras. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, harapan aku pengalaman Pak Nil selama 22 tahun dalam bidang pengacaraan akan menjadi mentor berkaliber melahirkan protoge yang hebat seperti dirinya. Sekali lagi ayat poyo.


Untuk menonton pelbagai aksi menarik peserta lelaki dan wanita dalam menghadapi realiti cabaran On Air sila tekan siaran 104, setiap hari Rabu rasanya. Kalau informasi aku bagi ni salah pun korang tengok je siaran ulangan, macam tak kenal je siapa astro!haha..


* Sakit tekak menyerang. Suara dah berubah sedikit macho..:)












24 comments:

~Sal Ismail~ said... Best Blogger Tips

rumah sewa baru xde tv..x dptla nak layan..huhu~

sekali sekala suara macho best juga..hehe~ smoga cpt2 baik ya~ ^^

Apple said... Best Blogger Tips

Ada tgk siaran ulangan lepas dan seronok gak tgk. Ternyata negara kita tak miss dgn bakat2 baru n boleh menjadi pelapis Pak Nil. Ada gak yang seakan berani secara peliknya. Tak berbakat namun dtg mencuba. Tak tahu nak puji or gelak dengan keyakinan diri dorang PK. Hoho..

arituarini said... Best Blogger Tips

ada pulak kata ramli m.s tu lim kit siang...hehehehe

fieda said... Best Blogger Tips

ada kak fieda tgk masa ujibakat aritu..semalam lupe plk nk tgk..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ohoo... serius ade org tak kenal rozita che wan?

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

sy suka tgk..start dr yg pompuan punya haritu..yg lelaki mcm gay je sy tgk sume hikhik

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

sebelum ni xpernah tgk, tp yg ni 'tertengok' kelakar masa interview dgn artis tu..hihi...kekadang terlebih sudah =D

tunz said... Best Blogger Tips

kena ada ilmu!!!baru bakat akan terserlah..jika cakap kosng jer x leh memikat suhaimi n aznil..ilmu tu dari semua aspek...kena sesuai dgn audience dn personaliti yg diinterview

puanbee said... Best Blogger Tips

tak best lah citer ni , mcm bosan dan tah hape2 sikit .. peserta ada buat beberapa kesilapan yg org lain terang2 nampak ..

puanbee said... Best Blogger Tips

tak best lah citer ni , mcm bosan dan tah hape2 sikit .. peserta ada buat beberapa kesilapan yg org lain terang2 nampak ..

Ce'gu JAERA said... Best Blogger Tips

saya sependapat dengan Rina AVAIL.. yang lelaki tu suma macam lembut2 je.. adoii

hyz said... Best Blogger Tips

lawak giler time ada peserta x kenal datuk ramli ms. dia sebut datuk seri lim kit siang. kah3... kami satu rumah gelak guling2... kah3...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

umah sy xda astro.. dh sah2 xleh tgk..hihii

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

sekali pun aku tak pernah tengok. ahahahha. nnt tgk jela time final.

aku baru je sembuh dari bersuara macho. tu sbb ko xnampak aku bw. .

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

xpenah tgk... xberkesmpatan je

p.s: yuk kutu, promo entri contest !

azura said... Best Blogger Tips

saya sengau teruk dah Puan Muni...

ida =) said... Best Blogger Tips

uh... xpernah tgk lg... best ek?

NzA said... Best Blogger Tips

jrg layan astro..sejak ayah xde lg la langsung xde org layan tv kt luar......

moga cpt sembuh....

Unknown said... Best Blogger Tips

x dpt nak layan sebab tade astro.. titik :p

tp ada yg kata...komen yg dberikan oleh juri tidak relevan..sama ada benar atau tidak...anda yg menonton..boleh menilainya :p

Unknown said... Best Blogger Tips

x minat cita camnie..hehe..terok kan..larikkk~

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

ada ank jiran ira masuk..haha.

lawak kot..

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

memang kelakar rancangan nie...artis pun ada diaorang tak kenal hihihi..

Masya said... Best Blogger Tips

dah baikk belummm suara tu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

on air ni jam bpe eh? hari ape