Pixajoy

Friday, March 30, 2012

Home » Mak Cik Mah Dalam Ingatan

Mak Cik Mah Dalam Ingatan



Sungguh budi Makcik sangat besar. 


Aruah mak pernah bilang, 


" Jangan lupa jasa Makcik, masa kecik dulu dia yang bela hang.."


Kata mak lama juga mak terlantar dirumah sakit. Waktu itu mak berjuang melahirkan aku secara caesarean. Ketika mak di hospital, barangkali rutin makcik berubah. Ini semua gara-gara bayi perempuan degil keluar melihat dunia tidak mengikut norma. Tangan Makcik yang membelai memberikan kasih sayang pada aku waktu ketiadaan mak.


Aku tak pernah melihat rupa Pakcik. Mungkin banyak perjuangan yang sudah Makcik lalui untuk membesarkan anak-anaknya tanpa suami. Walaupun Makcik cuma kakak ipar mak, aku tahu Makcik dan mak sangat rapat. Mak pun tak ramai adik beradik, perempuan sorang pula. Makcik panggil mak dengan panggilan adik. Anak-anak makcik iaitu sepupu-sepupu aku akrab juga dengan mak. Waktu kenduri perkahwinan aku, Makcik dan anak-anaknya yang banyak membantu. 


En suami menjadikan rumah Makcik sebagai kawasan wajib dikunjungi setiap kali kami pulang ke kampung. Ibu dan bapa mertua aku juga sudah beberapa kali kesana. Makcik sebagai mak saudara kesukaan en suami. Bila selalu menarik perhatian orang yang tak punya ikatan, aku kira Makcik istimewa berbanding saudara lain. Keramahan dan perhatian Makcik sudah seperti mak sendiri.


Sebelum mak meninggal, mak nyatakan hasrat mahu kerumah Makcik. Tiba-tiba mak mahu melihat rumah baru anak Makcik yang tinggal bersebelahan. Tak sangka sudah ditakdirkan mak menghembuskan nafas terakhir dirumah Makcik. Lalu semua urusan pengkebumian aruah mak dilakukan disana. Kali ini aku terhutang budi pada Makcik buat kesekian kali.


Seingat aku, kali terakhir jumpa Makcik waktu Raya Haji tahun lalu. Apa yang mak bilang masih kemas tersemat dikalbu hingga kini. Setiap kali bertemu aku tak lupa menghulur sampul yang punya nilai sekadar termampu. Itu cuma sumbangan ikhlas paling sedikit mungkin tak bermakna apa-apa buat Makcik. Nilai bukanlah segala-galanya kerana aku tahu Makcik faham situasi aku. Itu sahaja cara yang tak seberapa aku mengenang budi. 


Bohong aku katakan kalau segala kesempurnaan tidak tercalit walau sedikit kecatatan. Memang ada sedikit kejadian yang mengecilkan hati aku, tapi itu cuma perasaan menidakkan kebenaran. Rasa itu cuma secebis kalau hendak dibandingkan jasa Makcik pada keluarga kami. Maafkan segala perasaan itu Makcik.


Semoga Makcik ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kini Makcik Mah dalam ingatan. Doakan Makcik tenang disana, tenang bersama aruah mak. Al-fatihah.














20 comments:

Cik Rose Cute said... Best Blogger Tips

Semoga Makcik Mah...Tenang di sana Amin..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

Al fatihah untuk arwah... moga arwah tenang di sana..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Al-fatihah.

Dia juga manusia... Dlm kesempurnaan, mmg ada kecacatan. Tiada yg sempurna

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Semoga mereka berada di dalam golongan orang-orang yang beriman.. amin..

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

insyaALLAH..moga rohnya di tempatkan di sisi yg beriman..Amin~

Awan Biru said... Best Blogger Tips

InsyaAllah, semoga roh arwah sentiasa berada di bawah rahmatNya. Amin.

Walau jasadnya akan hilang, jangan biar kenangan bersamanya turut hilang.

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

al-Fatihah utk arwah makcik mah...moga rohnya tenang di sana.

QA's ~ mamapapa said... Best Blogger Tips

al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Munnafendy said... Best Blogger Tips

Al Fatihah utk mak cik....

azura said... Best Blogger Tips

al Fatihah buat ibu dan makcik Puan Muni...jangan bersedih saya pun dah tak ada mak tapi kentalkan hati...salam jumaat penuh barakah

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

salam takziah.... Semoga roh mak cik tenang sebaik jasa dan nilai murninya.....
Al fatihah

Apple said... Best Blogger Tips

Peribahasa mengatakan"..manusia mati meninggalkan nama..", mungkin apa yang dimaksudkan ialah perbuatan mereka yang mengingatkan nama mereka kat kita.
Ikatan persaudaraan sesama Islam itu sama kuatnya dengan ikatan persaudaraan walau bukan sedarah. Buat baik itu satu tuntutan. Apa yang makcik PK telah lakukan, biarlah ianya bersambung dari generasi ke generasi. Keramahan dan perhatian itu satu ilmu yang penting untuk manusia.

Al-fatihah.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

rasa sedih bila baca..
smoga sgala urusan bjln dgn lncar n dipermudahkan allah.. dan..smoga roh arwah dicucuri rahmat..amin

chii said... Best Blogger Tips

semoga roh arwah Makcik muni tenang dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Insya Allah

Al fatihah

hyz said... Best Blogger Tips

alfatihah..... ermmm ekceli caesarean tu ape? operation ke?

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

terharu aku baca entry nih..betul jasa orang jangan kita lupakan. lagi lagi jasa macik mah ni yg ambik alih tugas memberikan kasih sayang pada ko.

al-fatihah untuk arwah dua dua.
semoga ditempatkan di kalangan orang beriman dan tenang di sana.

puanbee said... Best Blogger Tips

semoga makcik mah di tempatkan dikalangan org beriman kutu

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

al fatihah..

moga arwah tenang di sana..amin..

anisalya said... Best Blogger Tips

sedih pulak baca entri ni. al-fatihah buat arwah.

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

al fatihah buat arwah mak dan makcik murni... moga kita semua dipertemukan dgn org2 kesayangan kita di sana nanti...