Pixajoy

Monday, March 19, 2012

Home » Hadiah Harijadi Aiman

Hadiah Harijadi Aiman



Salam Isnin. First, aku nak wish Selamat Hari Tua buat kawan baik aku, Syida yang menyambut hari lahir hari ni. Semoga dimurahkan rezeki dan cepat dapat baby. Esok pula birthday Aiman, so far setiap tahun kami cuma beli kek dan celebrate makan kek sampai boroi. Tahun nie en suami kata beli kek kecik yang sepotong tu cukup.haha..


Ok kembali ke cerita asal. Aku ada tiga benda je yang berlegar difikiran nak belikan Aiman untuk hadiah harijadi. Boleh bantu aku buat pilihan tak? 



Kalau nak beli boleh terjah kedai online kakyong di FB 


Ipad Untuk Kanak-Kanak (RM 39 include posting)


Sebenarnya dah lama berkenan nak belikan Aiman ipad ni. Aiman dah 5 tahun agaknya sesuai lagi tak? Ikutkan ipad ni bagus untuk belajar ABC, nombor dan spelling. Melalui pemerhatian aku, Aiman jenis yang cepat menghafal juga tapi sampai sekarang bab nak mengenal huruf masih lemah. Bila difikirkan balik, fungsinya lebih kurang macam laptop kanak-kanak gak. Aiman pun dah ada laptop mainan sendiri. 


Meja belajar (around RM 50 and above)


Disamping ipad, aku memang nak belikan Aiman meja belajar. Selama ni dia buat homework dan buku latihan dekat meja makan atau meja kecik yang dah sedia ada kat rumah. Aku ingat nak beli meja lipat yang ada tulisan abc tu, ada nampak dekat Tesco satu set dengan kerusi. En suami pun ada sebut nak belikan meja untuk Aiman. Ini hadiah pendorong untuk Aiman rajin belajar.


Set Pensil Warna (not sure, below or above RM 50)


Hari tu Acu Ain (adik aku) dah belikan pencil box Ben 10, buku latihan ABC dan buku cerita untuk Aiman. Aku ingat nak belikan pencil colour yang besar pulak. Nak bagi semangat untuk Aiman mewarna dengan lebih cantik. Hangin betul aku tengok dia suka warna keluar garis. Pencil colour yang besar ni dulu masa kecik jeles aku tengok kawan-kawan pakai, nak beli tak mampu. Dulu tak merasa, sekarang nak bagi anak sendiri rasa, walhal dia bukan kisah.hehe


Bila tanya Aiman nak hadiah yang mana dia jawab, " Aiman nak ipad, aiman nak meja, Aiman nak kaler ". Aiyo ingat ibu cop duit apa. Ibumu ini tak kaya.haha.. Agak -agak yang mana satu pilihan yang paling sesuai ye?













27 comments:

azam said... Best Blogger Tips

nice.....cantik jugak tu

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Ibu Yusuf cadangkan ipad..

Ikut pengalaman, meja tu nanti tak berapa pakai pun (kalau Maryam lah) dan pensil warna tu bila2 boleh beli. Cadangan je...

umiliza989 said... Best Blogger Tips

HEHEHHE...SAMA MACAM ANAK SAYA LAH...5 TAHUN...NANYI ABC SAMPAI Z OK DAH W/PUN ADA GAK TERGELICIR URUTAN..TP DIA NAK KENAL HURUF 2 XLEPAS LAGI..SETAKAT ABC KENAL DAH...YANG LAIN2 2..

PENDAPAT SAYA IPAD TU MACAM KURANG SESUAI KOT..SEBB DIA MENGHAFAL OK DAH KAN...CUMA DIA NAK MENGENAL HURUF 2 JER XPAS LAGI...KALAU ADA IPAD YANG SKRIN TU OK GAK...KALAU DIA TEKAN HURUF F,KELUARKAN KAT SKRIN TU HURUF F...HA,YANG TU OK..

KALAU MEJA TU,OK GAK RASANYA..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

ipad tu kot..


happy birthday aiman..takpe eh auntie wish dulu :)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Zefa NorAsmara

klu aiman meja mmg hari2 guna sbb klu takde homework dia mmg buat latihan tulis dekat buku..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@umiliza989

hehe samalah,hafal sebut ikut turutan mmg dh pandai semua. bila tanya nak tulis huruf dia tau tp klu kita tunjuk huruf suruh dia sebut dia tak tau.sy pun dh tak tahu nak buat macam mana bg aiman kenal abc..:)

tp ipad nie mmg tekan huruf dia keluar sekali bunyi..

Rapunzel Cikilolo said... Best Blogger Tips

ipad kanak-kanak tu boleh main game ke?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

happy besday tu aiman.. akk belikan je die ipad tu.. dh dpt anti xde la die mintak bnda len kn :)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya baru nak cdgkan beli ketiga2nya.. sekali aiman dah gitau awai2..hihii.. hidup aiman.. auntie sokong aiman..kikikiii

saya rasa ketiga2nya ok.. apa kata muni beli ketiga2nya..hehhe.. tapi jgnlah beli sekaligus... keringlah poket.. mcm bln ni beli ipad.. bln dpn or bln lg sekali beli meja.. camtulah lbh kurang.. tlg bagi idea utk bg hajat aiman tertunai..hehheh

fieda said... Best Blogger Tips

ok jer tiga2 tu...betul kata ina..hehehe...

chii said... Best Blogger Tips

chii cadangkan ipad..dia boleh belajar kat mana2..lgpun mudah untuk dibawa..harga pun murah berbanding yang lain

nampak canggih sikit..eehehhe

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

hehehe.. takpe kak.. beli mana yang termampu dulu... semuanya pun nampak ok je untuk pembelajaran aiman..

saya setuju dgn pendapat aiman... beli satu2 la.. bulan ni ipad, bulan depan meja plak kan... pasti aiman seronok nak belajar bila dapat hadiah ganjaran macam tu

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

aiman x kisah..jnji ibu mampu..hak3..

Jue said... Best Blogger Tips

hahaha semua pun aiman nak kan hahaha kalau lah dia tahu blkg rumah tu xde pokok daun emas hehe

aku stuju dgn komen dr Gen2Merah tu...bg hadiah galakan satu per satu dan yg plg penting utamakan yg mn dulu mgikut kperluan dan kemampuan =)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

seronok Aiman kalau dapt ketiga2 tu...
Belilah ipad dulu utk Aiman...yg lain2 boleh mnyusul kmdian...

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said... Best Blogger Tips

beli semua je kutu..hahaa..

azura said... Best Blogger Tips

ipad pun ok Puan Muni...sesuai buat budak2 untuk teknologi mereka

Apple said... Best Blogger Tips

Sebabkan harijadi ni cam spesel sket, beli ipad dahulu PK. Lagipun trend, lol.
Pensel warna tu boleh beli hari2 len, cam hadiah sebab jadi udak bek dalam seminggu ke. Meja tu keperluan. Dah ada pensel warna dan kertas, kenalah ada meja. Senang Aiman nak mewarna. Lol.

Mohamad Ridhwan Ruslan said... Best Blogger Tips

Satu usaha yang bagus... sebenarnya, budak2 sekarang ini lebih tertarik kepada teknologi.

ia berbeza dengan kita pada zaman dahulu..

so fikiran kita juga harus berubah..

saya fikir..

Usaha yang bagus akak

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

heee...

apa kata, ayah aiman belikan set meja..ibu belikan ipad..ngeee

pensel warna nanti2 pon blh kot..haha..pakai y lama dl ke?ke xpnh belikan aiman lagi kak?heee

happy birthday aiman!smoga jd anak y soleh!:D

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Saya suka meja.... Aiman leh main laptop tu kan. Then slow2 ibu beli la yg lain pulak :)

Munnafendy said... Best Blogger Tips

kalau sy belikan ipad =)

Jobless Girl said... Best Blogger Tips

Selamat hari Jadi Aiman..

hyz said... Best Blogger Tips

beli sesuatu yang boleh menjana perkembangan otak si manja. cewahhhh

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

kihkihh..kalo tanya,semua dia nak yer... budak2 kan...

kalo hanie, pilih meja dulu kot...

Masya said... Best Blogger Tips

hahahha.. budak² biaserlah semua dia naknya... belikan meja tulis pun ok jugakkan.. tp dah kalau nak ipad belikan jerlah ipad dulu.. hihihihihi... ipad tu trend jer...

anisalya said... Best Blogger Tips

macam2 la aiman ni. semua dia nak. bercadang nak beli ipada yang ada color screen tu utk kak long.