Pixajoy

Saturday, July 27, 2013

Home » Tema Baju Raya 2013

Tema Baju Raya 2013



Kalau ditanya tema warna setiap tahun adalah cacamerba. Kalau sama pun cuma aku dengan Aiman. En suami seingat aku sepanjang 7 tahun kahwin tak pernah beli baju melayu untuk raya. Memang jenis tak kisah. Kata beliau biar anak bini bergaya sudah.hakhak..

Tahun ni ada orang baru dalam keluarga kami. Si bambam tu awal-awal lagi aku dah belikan baju kurung hijau tua polkadot, makanya kalau nak sedondon kena la cari baju warna hijau tua juga. Bab gaun semua dah ada lebih 4 pasang kawan aku bagi. Pakai yang tu dah la kot. Budak cepat besar membazir je beli banyak-banyak. Ni pun menggatal gak tangan aku nak beli online bagai 4 helai baju lagi untuk Afia.haha.. 

T-shirt dan seluar Aiman dah setel, dah beli tak perlu banyak dua pasang je cukup sebab yang ni pun harganya lebih mahal dari 4 pasang baju Afia. Baju melayu biasanya last minute balik kampung nanti baru cari. Aiman awal-awal lagi kata nak baju warna merah, warna favourate dia. Kena berperang dengan si chubby la kat kedai nanti.hiks.. 

En suami masih mendiamkan diri. Tak bagi hint pun nak beli baju raya untuk beliau. Nanti la kan cari t-shirt raya sehelai dua. Aku pun kemain rilex tak ghairah nak cari baju raya macam tahun-tahun lepas. Bukan apa nak cari baju yang sesuai untuk menyusu bukan senang. Mungkin last minute aku beli readymade online. Dah usha-usha juga cuba cari warna hijau tua. 

Baju raya Aiman masa umur setahun

Kena cepat buat pilihan takut baju sampai lepas raya je. Kalau tak dapat pilihan yang sesuai pakai baju lama dah kot. Malas dah nak fikir baju raya sejak dah tua-tua ni. Yang paling penting kena cari kasut raya. Kasut dah tak bertukar setahun dah ni.huhu







9 comments:

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Mcm sama je tema kita :) byk juga baju Afia. Maklumlah baru pertama kali nak raya :)

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Kami tema deep orange tahun ni..
baju hubby & anak belum siap, sy pnya dah hantar nak sulam..:)

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Hihihihi.... saya jarang ada baju raya. Bukan apa, saya pakai je baju tu g kerja. Awal2 dh rasmi. Jadi la dapat 2 pasang. Tema pun x pernah buat. Tapi, adam mmg raya sakan. 10 pasang mesti ada. Tahun ni, mama xde baju raya. Sayang nak beli baju mengandung lagi... dah hujung2 kan

CtAyue said... Best Blogger Tips

itulah kan... sy pun tak excited nk cari baju raya thun ni utk diri sendiri, yg duk pikir baju utk anak2 jer...belum beli lg..haha.. mmg tahun ni nampaknya sy beli last minute, tema lak dh ade cuma nk cari bg semua sama tu susah sikit..kiki..

lizz said... Best Blogger Tips

Saya semalam baru jer start nak shping baju raya...masih tak habis lagi nyoping balik kl nanti baru nak pulun...tema tahun ni rasanyer peach kot...

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

aku pun tahun ni baju raya sehelai je...

Dalili said... Best Blogger Tips

salam semua..

sy lili pengedar sah shaklee di seluruh malaysia..

jemput jengah blog saya jika ada kelapangan yer.. :)

Jum FOLLOW BLOG http://iffahadani.blogspot.com/

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

kita pulak dah settle baju raya...

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

betullah muni, baju anak2 lagi mahal drp baju ummi ayah. lagi2 si zayyan ni. beli pun cuma 2 helai t-shirt, 2 seluar... harganya macam nak pitam.