Pixajoy

Monday, July 01, 2013

Home » Alkisah Pengasuh Afia

Alkisah Pengasuh Afia



Masa Aiman dulu aku berdepan pengalaman pengasuh yang agak menyeramkan. Jadi aku ada semacam perasaan serik nak tinggalkan anak pada orang. Tapi apa pilihan yang aku ada? Nak tak nak terpaksa juga hantar Afia ke pengasuh. Kalau kaya dah lama berhenti kerja.

Bila bekerja, aku ibaratkan macam serah satu nyawa pada orang. Nak mencari pengasuh yang boleh sayangkan anak kita lebih dari anak sendiri atau setanding bukan senang. Paling takut jaga anak kita hanya kerana duit, mintak simpang spesis macam ni. 

Aku dah jumpa pengasuh Afia, muda orangnya, baru 25 tahun punya anak perempuan hampir dua tahun. Dalam seminggu 4 kali saja aku hantar Afia, 3 hari kerja 6 jam dan sehari office hour. Tu pun kadang sabtu ahad kerja 3 jam. Nak hantar malam aku tak rela, dengan Afia menyusu badan susah juga. Pengasuh mintak RM 200. Aku rasa ok kot, aku setuju.

Risau juga nak tinggalkan Afia dengan orang yang ada anak kecik. Rumah pengasuh dekat kuarters juga, dekat dan senang sikitlah. Sejujurnya aku bukan kenal orang, jadi nak cari pengasuh lain memang tak tahu. Ni pun orang rekomenkan. Cuba dulu harapnya Afia serasi dan pengasuh dapat jalankan tanggungjawab sebaiknya.





Cuti berbaki lebih kurang 3 minggu. Dah mula feeling sayu nak tinggalkan Afia ke pengasuh. Ya Allah lembutkan hati pengasuh, tingkatkan kesabarannya menjaga anakku, semoga Afia sentiasa dibawah lindunganMU.







13 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Susah nak carik pengasuh anak yg betul2 jaga anak kita dgn baik. Tapi apa blh buat. Itu je pilihan yg ada. Nak suruh mak jaga. Tak sampai hati. Nilah peluang diorang rehat setelah semua dah besar dah kawin.

Takpe muni. Try dulu. Fiza doakan yg terbaik buat Afia :)

Unknown said... Best Blogger Tips

itulah dilema yg selalu dihadapi oleh ibu2 yg bekerja kan..apa2 pun byk kan doa semoga anak kita baik2 saja di tangan pengasuh..semoga dipermudahkan segalanya..

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

mudah2an afia akan serasi dgn pengasuh tu nanti. mungkin sbb pengasuh jugalah k.izan lebih rela jaga anak2 sendiri.

Unknown said... Best Blogger Tips

insyaallah...semoga pengasuh afia tu baik orangnya..

Cho Zila said... Best Blogger Tips

yalah kita hanya mampu berdoa sahajakan.. harap yang terbaik...
akak dulu syukur punya pengasuh yang baik dengan anak2.. dah tak hantarpun kalau anak sakit dia akan dating untuk membantu..

lizz said... Best Blogger Tips

moga afia serasi tinggal ngan pengasuh..dulu saya pun gitu..tak tentu arah risau nak tinggal anak kecik penah tinggal kat bibik macam2 onar dia buat lepas tu saya hantar ke nursery jer lepas tu...nasib baik ok...

CtAyue said... Best Blogger Tips

adat org bekerja kan..mmg sedihlah nk tgl anak kt pengasuh.. sy tk merasai pengalaman itu sbb sy dr dulu sbb takut nk hantar kt org yg jd trus tak cari keje..hihik..sudahnya jd full home manager.. :)
inshaallah afia akan ok nya dgn pengasuh tu..lgpun anak dia dh besar kan..bagus cr yg cmgitu, kalau ade kecik juga, mana nk tgknya anak kita kan..

Masya said... Best Blogger Tips

kisah pengasuh ni mmg selalu jadi delima tau bila nak mula kerja, dulu sy sanggup ddk kat kg sampai 6 bulan nasib baiklah tempat kerja x jauh dgn degn rumah mak .. suami pun memahami.. tp dah 6 bulan kenelah jugak hantar kat rumah pengasuh ...

OKje said... Best Blogger Tips

Setuju...perkara yg paling ngeri nak buatkan PK...meninggalkan anak kat orang...tapi nak buek camnokan...
Harap2 dia ok...

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

harap2 afia ok dengan pengasuh tu.. dilema kan bila nak hantar anak ke pengasuh.. tiap2 hri rasa sedih..

ida =) said... Best Blogger Tips

kerja shift memang xbanyak pilihan kot. kalo kerja time opis, leh tinggal kt nursery. tu pun, risau jugak.

Nastyna said... Best Blogger Tips

Dah terpaksa kan, harap2ya Afia sentiasa di bawah lindunganNya. Ok kot pengasuh tu since ada orang rekemen.

Unknown said... Best Blogger Tips

Disebabkan Mr H akak tak percaya pada orang nak jaga Qayyum jadi akak terpaksa berhenti kerja... sambung belajar tertangguh... untuk apa nak dikejar smeua itu... janji anak2 terjaga Mr H akak cakap