Pixajoy

Saturday, July 06, 2013

Home » Aiman Kuat Mengigau

Aiman Kuat Mengigau



Si chubby ni turun perangai abahnya. Mula-mula kawen aku gila terkejut tengah malam en suami cakap sorang-sorang. Kadang tu siap bangun celik mata, sebut sebaris dua perkataan dengan slamber sambung tidur balik. Kata MIL, sejak kecik en suami suka jadikan mainan sebagai kawan. Lebih tepat lagi bercakap dengan mainan. Bila malam, dialog tu akan bersambung dalam tidur.

Buat muka camni apa ingat comel sangat?

Dah banyak kali bila tidur Aiman akan bangun berjalan mamai-mamai mengigau tanpa sedar. Pastu dia akan merepek sebut macam-macam perkataan. Selalunya dia akan panggil nama ibu dalam keadaan separuh menangis. Nasib baik berjalannya tu di kawasan yang sama, tak pernah lagi la bukak pintu sampai keluar dari kawasan rumah.

Dah jadi rutin bila tengah malam aku atau en suami akan kejut Aiman untuk kencing. Satu hari tu punya lama Aiman dalam bilik air. Tak lama pastu dengar macam bunyi air. Rupanya si chubby ingat dah sekolah time. Dia bantai mandi walhal masa tu baru pukul 12 lebih. Baru kejap tadi kejut dia boleh pergi bilik air mandi lagi. 

Bila cerita pada Aiman esok hari dia akan kata," tu la Aiman tido tak basuh kaki..tu yang mimpi.." Alahai anak bertuah..




5 comments:

umi alya said... Best Blogger Tips

kalu tinggal berdua ngan dak aiman, mau kecut perut jadinya

NzA said... Best Blogger Tips

hik3X..kelakar aiman nie....semula jadi kot PK.....tringat akak pernah dikejar cousin yg mengigau smpai kluar rumah, bila puas dia kejar tetiba dia tidur semula...akak yg kena kejar ni ketakutan......

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

risau pun ada kalau ngigau kuat..kalau sikit2 ok lg...anak akak ada yg cam ni...kenkadang boleh buat kita gelak pun ada..hehehe..

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

risau sbnrnya kalau berhadapan dgn org yg kuat mengigau ni muni. takut pun ye.. hehe..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hihii dasyat gak aiman ngigau