Lepas Aiman balik solat Jumaat kami keluar dengan misi mencari car seat Afia, Aiman tetap juga bertahan. Dah penat dia mengomel je sepanjang jalan. Tak habis-habis dengan ayat,
"Dah la orang puasa.."
"kaki Aiman sakit dah ni.."
Bila en suami terserempak kawan, dia kata kat abah dia,
"Abah ni tak habis-habis sembang, lain kali kalau jumpa kawan abah, abah sembang la lama-lama"
pastu dia ulang-ulang dua dialog yang atas.
Kita yang tua ni pun penat nak mampus pusing satu Tesco, apatah lagi Aiman yang kecik. Plannya nak terus ke Parkson cari baju raya Aiman, dengan pantas Aiman kata, "kita pegi hari lain!" hehe kesian kat orang puasa kami terus balik.
Hari ke sepuluh baru Aiman dapat puasa penuh sehari. Walaupun anak orang lain lebih hebat, ibu tetap bangga dengan Aiman. Bagi ibu Aiman dah cukup hebat dapat penuhkan puasa sehari. Syabas bete..
9 comments:
TAHNIAH aiman....ada prkmbangan positif..setiap ank xsama PK. Yg pnting ikut kemampuan mrk.
heee nampak sgt otak berkembang dgn jayanya sbb ckp kat abah gtu haha :P
perli namanya tu aiman hihi
tahniah puasa penuh sehari..bkn sng hee
wahh nama anak akk y kedua afia ye hihi tahniah utk klahiran afia kak :)
slm ramadhan..
bagusnyer aiman...anak saya uwais ader gak tinggal..
amboi aiman membebel macam orang tua je..haha...tp kan betol jugak klu lma sangat berjaln letih jugak...
bgus aiman dapat puasa penuh..
hehehe.. membayangkan dia mengomel penat.. ;)
tahniah Aiman.. teruskan berpuasa.
Anak OKje walaupun dah 10 tahun pun dah tuang dua hari PK! Bapaknya lah yg selalu bagi kelonggaran huhu
terbaik!! hihi
wah bagus abang aiman..sure cute2 aje dia ngomel2 manja masa mula2 posa kan sis. hehe
tak apa. janji dia nak belajar puasa.
Post a Comment