Pixajoy

Wednesday, July 17, 2013

Home » NUK dan Tommee Tippee Pulak

NUK dan Tommee Tippee Pulak



Isnin ni aku start kerja. Aku terpaksa naik kerja dulu, raya ni aku cuti dekat dua minggu. Beraya sakan habaq hang. Dah malas nak stress. Kalau Afia tak nak jugak hisap botol aku dah tekad nak ulang alik susukan Afia time break. Cuma bila kerja petang Afia kena la jugak tahan lapar dalam 3 jam lebih. Kalau duty petang tak boleh keluar. Padan la muka dia sapa suruh tak mau hisap botol.haha kejam punya ibu.


Harapan terakhir aku adalah NUK dan Tommee Tippee. Semangat steril dua-dua nak bagi budak cerewet tu cuba. Bukak je palstik Tommme Tippee tengok dan pegang puting dia aku dapat agak dah mesti Afia takkan hisap. Puting lebih kurang Anakku dan Avent je. Keras boleh tahan. Closer to nature la sangat.huhu

Yang NUK latex lembut gila mungkin boleh membuahkan hasil. Aku mulakan dengan NUK mintak tolong en suami susukan Afia. Serius gabra macam nak test jpj dengan kelaku si bambam ni. Guess what? Afia hisap..tapi takde la selera sangat. Dalam 1/2 auns baru habis. Pastu aku sumbat lagi Afia still hisap. Banyak gak la dia telan kira-kira dalam 2 1/2 auns camtu. Ambik masa sikit nak habiskan. Hisap berenti, hisap berenti. 

Pagi ni apa yang aku takutkan berlaku. Mula-mula Afia hisap sikit pastu dia start nak melalak. Pujuk punya pujuk at last hisap, tu pun dah puas tawaf dari satu bilik ke satu bilik. Dalam dok hisap dia punya berleter hampir buat aku nangis gak la. Macam terpaksa sangat hisap puting botol. 

Lepas perut dah agak kenyang sikit dia boleh tengok muka aku dengan rasa tak bersalah senyum-senyum. Hangat sungguh hati aku ni.haha..Aku rasa Afia sengaja nak duga ibunya. Harap kat rumah pengasuh Afia tak buat perangai. Kalau tak nak botol gak ibu dah bersedia nak berulang alik untukmu sayang. 




8 comments:

jamilahamzah said... Best Blogger Tips

hahaha.. dugaan..dulu anak saya esok nak antar nursery harini baru p bl puting NUK.. tp alhamdulillah la.. nasib baik dia mau minum... insya allah xde pa-pa.. mungkin dia bau mak dia, tu yang payah tu...

cik chinta said... Best Blogger Tips

oo..nk try la bli. C tenit ni pon xmo mnum btol lg

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

sok dok umah bs pandai la bawak diri.. hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

emmm...

susah jugak eh?

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

pengorbanan seorang ibu :') sweet

CtAyue said... Best Blogger Tips

kiki.. tu dia ibu afia beli mcm2 test nak bg afia pandai hisap botol..usaha yg baik tu.. inshaallah..afia akan biasa nt bila dh duk dgn pengasuh..ni dia tahu ibu dia ada dkt ngan dia kan, pandailah dia main2kan ibu dia.hehe...budak2 skrg ni memang cerdik tau..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Banyak jugak puting Afia dah try ek. Sabo jelah Muni.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mahai atau murah blm tntu lagi anak sukakan..