Pixajoy

Friday, July 12, 2013

Home » Puting MAM & Pigeon

Puting MAM & Pigeon



Aku ke kedai baby dua hari lepas dengan misi mencari puting Afia. Afia tengah tidur jadi tinggalkan dengan Maktok sekejap. Ada banyak juga jenis puting, macam aku cakap sebelum ni aku nak cuba dengan NUK,MAM atau Tommee Tippee dulu. Kat kedai tu NUK takde, tommee tippee ada jual puting saja. Puting dia tak match dengan botol lain jadi aku tak beli la.

Nak beli puting MAM, dua puting harganya RM 25 something. Botol MAM yang jenis biasa habis, yang anti colic around RM 35 something. Fikir punya fikir lebih kurang je harga puting dengan botol, aku ambil yang twin pack ni, offer price RM 39.90. At least botol ni boleh simpan untuk Afia bila dia besar nanti. Hopefully one day dia mau la apa jenis puting pun.


Aku tak guna lagi botolnya, just ambil satu puting dan matchkan dengan botol Avent. Puting MAM jenis lembut dan pepeh. Bentuk dia kemek kononnya macam puting ibu. Macam biasa Afia buat gaya nak muntah pastu melalak tak ingat.


Sebab nak cuba dengan puting kuning, aku try ambik Pigeon saiz M. Yang ni 3 pcs harganya RM12. Puting ni jenis lembik gak. Aku guna dengan storage bottle Autumnz je. Mula-mula Afia macam hisap sikit, pastu dia kemam sampai kesudah. Dah lapar sangat dia start melalak.

Dua-dua puting pun si bambam tak mau. Rasa macam malas nak bereksperimen lagi. Afia buat perangai sebab puting ori ada kot. Sebelum ni bagi puting Anakku pun dia hisap. Kalau ibu takde, kat rumah pengasuh maybe dia akan hisap. Aku agak je, hope so..






14 comments:

diana said... Best Blogger Tips

jangan ptus asa..bagi lagi..mana tau lama2 dia terima je..

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Jgn hope-hope dik. Bimbang kalau dia melalak kat rumah pengasuh kesiannya... Carilah sampai dapat ikut yg dia serasi.

Kakak dulu masa anak kedua kena macam ini. Cari sampai serasi dgn tekak dia. Dah tahu terus beli lebih keep stock.

mrs mell said... Best Blogger Tips

kesiannya.. salu bby gurl memg cerewet sikit.. syukrii dulu lg 2 ari nk anto pengasuh bru ajau botol.. seb bek nak ajer..

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Kesian bam bam akak..... bam bam jgn le memilih hisap nanti lapaq

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

Moga bby serasi ngn puting baru

CtAyue said... Best Blogger Tips

hehe.. sabar yer.. nt kat rumah pengasuh, afia akan sendirinya minum ngan botol jugak. ini sbb dia dah bau mak dia ade dekat kan, mana nak botol.. sy pernah dh jaga baby cmgini.. dia lapar mmg dia akan hisap jer cuma pengasuh dia kena byk sabar dulu lah mula2 tu..hihi..tp cubalah ajarkan juga.. hai afia ni, memang pandai memilih yer.

Farah Najdah said... Best Blogger Tips

kesian ibu afia...InsyaAllah, lelama nnti oklh kot.

NzA said... Best Blogger Tips

*sorry trkomen dgn email Beby(farah najdah) kt atas tu...he3X...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Alahai mmg tang ni la yg payah... sebab PK yg bg kot.. ada bau PK... sebab tu dia menangis... Cuba minta tolong maktok dia bg or encik hubby... Mungkin dia nak?

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Hihi... mmg pening kalau anak memilih ni kan. Xpe... cuba la kot2 org lain bg dia nak.

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

anak mama baru mama nak kasi botol , setahun bf.. dia langsung tak nak tau.. sedih

- AZIE - said... Best Blogger Tips

qisya dulu masa sebulan till 3 bulan pakai avent natural ok...now bg dia pakai nuby pulak..sbb teat lg lembut.so far okla..PK dh cuba botol nuby x? Yg boleh squeeze tue..silicon botol

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

a'aa dr apa yg saya bc, ank2 ada ibu dorg xnk isap tp bila dgn pngasuh je.. dia isap

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mmm, xda pengalaman lagi bab puting ni..
mungkin betul apa yg pk pikirkan tu..

ini kisah saya pasai puting..
hari tu mak saya ada la suruh minum air masak.saya ni puas la xmo bagi.aduhai susah ooo nak bagi penyusuan ekskusif ni.
puas berkeras.sama la dgn mak mertua, sume soh bg air masak.
bila smbang dgn my biras dia pon x setuju..

la ni bila tanya, saya anggukkan je.. malas nak berbalah.. huhu

yang syiokk ayh saya siap beli kan botol.susu lagi soh isi air masak bagi ke cucu huhu

bukan apa takut bby keliru puting botol dgn puting ibu dia. lagipon saya x bekerja.mmg direct bf je.