Pixajoy

Thursday, July 25, 2013

Home » Baju Raya Aiman

Baju Raya Aiman



Kelmarin kami ke Parkson dengan misi utama mencari puting Afia. Terlanjur dah sampai terus carikan baju raya untuk Aiman. Shopping raya masa belum gaji tak berapa nak best sangat la kan. Mujur tahun ni Wan hulur sikit untuk baju cucu-cucu beliau. Setiap tahun memang beli dua pasang je t-shirt dan seluar untuk Aiman. Baju melayu balik Alor Setar nanti baru cari.

Balik rumah tak menahan si chubby susun baju dan seluar dia katanya nak tangkap gambar untuk kenangan. Ni Aiman yang snap. Nanti besar Aiman mesti gelak kalau baca ni.




Selalunya aku yang masuk fitting room dengan Aiman, en suami setuju je apa pilihan aku. Kali ni aku tengok dengan ekor mata je la. Nak tilik harga pun tak sempat dah. Ada beg tangan besar kena galas.huhu. Sehelai t-shirt pun harga dekat RM50. Tu dah less 50%. Kalau baju tak less mau pengsan ibu kat situ. Setahun sekali boleh la. Ibumu ini bukan kaya.

Afia tak beli dah kot baju raya, duit dah habis untuk puting dan botol je.hakhak..


* Alhamdulillah bonus raya dibayar hujung bulan ni. Boleh la topup apa yang kurang.





18 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

RM50 ya? kdg2 itulah harga sebenarnya, untuk kaburi mata kita, dikatakan less 50%..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak rasa pakaian budak lelaki memang lebih mahal berbanding budak perempuan. Kakak tengok seluar pendik pun dah sama harga sehelai baju gaun budak perempuan.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@umi alya

mmg less kak.jenama kiko..yg longgok tu less..yg gantung2 tu baju baru lagi la mahal..:)

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

kite pun g cr puting syukrii.. nak kena tukar dah.. sekali xjupa puting pigeon peristaltic tu.. last2 beli puting fiffy x-cut. nasib baik nak.. lega rasa.. murah je pun.. rm5.90 je 3. hahaha.. sbb puting tu kalu xisap xkua susu. tunggang terbalik pun xkua..

Zul fattah said... Best Blogger Tips

mak ai, mahalnya t-shirt je pun..? sabor je la kak

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

takpa la bukan selalu..saya pun shopping sakan time raya la..mmg borong untuk anak2 baju yg brand skit..bukan selalu kan....:))

pena rozie said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.,,.. Dapat jg bonus....

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Seronok Aiman dah ada baju raya...
Teringat zaman raya masa kanak2 dulu..suka tayang baju raya pada kawan2 yg datang rumah...

Erna Nordiana Zamri said... Best Blogger Tips

aloooo kesian afia. botol dan puting pengganti baju raya. hehehe

Unknown said... Best Blogger Tips

hihihi,,aiman aiman,,, tu tiri mak dia la tuu

Anonymous said... Best Blogger Tips

baju lelaki dan budak2 memang mahal.

baju perempuan jugak yang murah...

hehe!

CtAyue said... Best Blogger Tips

wah dah shopping..sy belum lg..hihi.. kalau cr baju adam selalunya harga below rm30 jer..kiki..ni nk kena beli baju dhia jgk..yg penting anak2 bergaya, ibu nya takde pun takpe..hehe

GREENJADE said... Best Blogger Tips

hihihi siap amik gambo tuuu..nk jd blogger mcm ibu gak ye abg..? hihihi

lega sikit kan bila dah setel raya preparation sikit2..takde la nk berebut2 dlm lautan manusia.

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Aiman pun dah pandai ambil gambar utk ibu masuk blog ya ;) mmg terasa kalau bab membeli pakaian anak. Terasa pun tetap nak beli juga kan? Seronok tgk ank hensem di hari raya nanti :) insyaallah rezeki ank2 sentiasa ada

Kamsiah yusoff said... Best Blogger Tips

akak tak beli apa pun lagi....
isi tabung kat sini utk persiapan raya hehe

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

samalah dgn anak2 k.izan, seorang beli 2 helai t-shirt, jeans sehelai. itupun beli brand yg tak berapa brand pun... jimat kekdahnya. lega bila bab baju anak2 dah settle ni.

haha... pandailah aiman susun baju ngan seluar dia gitu. pastu snap2 masuk blog ibu gitu.

Masya said... Best Blogger Tips

baju berkolar, kalau amir jgn harap huhuhuhuhu

ida =) said... Best Blogger Tips

Hihihihi... pandai aiman. Bonus raya? Suka!