Pixajoy

Monday, July 22, 2013

Home » Cuti Panjang Berakhir

Cuti Panjang Berakhir



Hari ni hari pertama kerja setelah bertapa kat rumah selama tiga bulan. Sedikit lega walaupun masih tak dapat mencari pengasuh, at least dalam sebulan lagi Afia masih depan mata aku. Tak la risau, en suami jaga Afia sampai raya, aku sambung cuti raya dalam dua minggu lagi, makin manja la si bambam. 

Mungkin ini cuma sedikit ujian setelah Allah berikan kesenangan dalam menjaga Afia. Alhamdulillah so far Afia baby yang tak pernah meragam, sentiasa buat ibu senang. Insyaallah ibu takkan putus asa carikan puting yang sesuai untuk Afia. Sama-sama kita eksperimen ye sayang.

Ok la aku nak pi iron baju, dah lama tak buat kerja paling tak best ni. Lepas solat nak susukan Afia sampai puas, pastu start enjin kereta pecut pergi kerja. Satgi pukul 8, pukul 10 dan pukul 12 kena gigih ulang alik susukan si bambam. Tadi sahur makan banyak wo untuk tenaga.haha..

Doakan aku terus diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen.






19 comments:

pena rozie said... Best Blogger Tips

Amin....

Masya said... Best Blogger Tips

selamat bekerja semula ... chaiyok².. insyaallah allah permudahkan.. moga ada dorangan untuk mencari pengasuh afia nnt.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Selamat kembali bekerja ya dik...
Ohhh Afia dah kena tinggal ngan ayahnya lah hari ni ya...
Tak pe dik, susah2 dulu..insyaAllah, akan dipermudahkan segalanya nanti...


.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

welcome back to daily routine..hehe..ala takpa..pasni ok inshallah...hampa keja kat mana?

aizamia3 said... Best Blogger Tips

InsyaAllah.. moga dipermudahkanNYA.. ;)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Siannya bambam kena tinggal mama keje.... Begitulah kehidupan bambam....hehe

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Wah! tak sedar dah habis pantang kan?..insyaAllah moga Allah permudahkan semua urusan..amin! :)

lizz said... Best Blogger Tips

selamat bekerja k....samala kiter tak suka nak iron baju tapi terpaksa gigihkan juga...

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

amin.. kuatkan semangat.. hihi, raya pun dah dekat..

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Ooh oh... dah masuk kerja balik ye. Kakak rasa macam baru tapi bila Afia memang dah montel pun.

psst: kakak gelihati tengok aiman pakai apron kat N3 bawah. Segak you:)

Tuan Juhaida said... Best Blogger Tips

Mesti sedeykan bila dah nak start keja n nak kena bpisah dgn baby yg masih kecil.risau nak tgl kat org lain

NzA said... Best Blogger Tips

InsyaAllah...amin.

transformed housewife said... Best Blogger Tips

Amin. Selamat bekerja semula.

GREENJADE said... Best Blogger Tips

Aamiin...chaiyok2 sis..selamat berjuang..sama lah kita hope x give up sekerat jalan.hehe :)

Munnafendy said... Best Blogger Tips

kak murni, iron kat rumah sy tu hanya berfungsi utk panaskan tunku baby si aisy je. lg la berkurun tak iron baju! haha..sib baik la hubby keje xpakai kemeja.sy pn blasah je pakai bju yg xperlu iron...hihi

sal ya said... Best Blogger Tips

selamat bekerja.

umi alya said... Best Blogger Tips

sian bambab ditinggalkan, apa2pun moga sentiasa dipermudahkanNya, aamiin..

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Amin. Semoga Allah permudahkan. Tak dpt bygkan PK dok ulang alik.

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Huhuhu... kurus la ibu macam ni