Pixajoy

Sunday, July 07, 2013

Home » Beli Online Barang Baby Murah : 3 Barang Afia

Beli Online Barang Baby Murah : 3 Barang Afia



Kan dah cakap takde siapa teka dengan betul dalam entri Parcel yang Di tunggu. Terlanjur ramai yang google cari info pasal beli barang baby murah, aku share la untuk panduan. Tiga barang ni aku beli dekat Gifts From Heaven. Dah dua kali aku shopping kat sini. Suka sebab barangnya murah kalau nak bandingkan dengan online shop lain.


Nak beli yang set tu mahal. Mulanya aku rancang nak beli botol murah je untuk Afia. Brand Anakku yang selama ni dia dok hisap tiba-tiba dia takmau. Terlanjur harga offer rembat satu dekat Afia. Malangnya puting Botol Avent pun dia takmau hisap. Sedih rasa.hukhuk


Murah tau harga offer sebab tinggal dua bijik je. Aku dah rembat sebijik. Bottle Warmer ni kononnya nak senangkan pengasuh. Baru berangan nak cuba guna untuk training Afia hisap stok susu dalam freezer. Dekat nak naik kerja dah ni Afia buat perangai takmau botol. Benda ni pun dah takde hati aku nak belek. Tapi warmer ni berguna nanti untuk panaskan solid food.




Last sekali aku beli baby carrier. Si bambam dah dekat 6 kg baru 2 bulan kan. Tak larat dah nak dukung. Belum guna lagi. Tunggu Afia umur 3 bulan ka keras sikit. Lupa nak tangkap gambar, baru perasan kertas tu je aku snap. Gila malas nak upload aku kidnap dekat blogshop. Yang ni macam pattern aku beli. Nampak sangat mudah tinggal sarung je. Material kain jeans, comel warna sangat jambu. Yang paling penting murah! Harga offer gak ni.

Untuk July, ada big promotion baju baby and kids. Diskaun hingga 80%. Boleh la carik baju raya anak korang kat sana. Aku tak beli dah kot baju kat Afia. Gaun dah ada berpasang-pasang. Baju kurung pun aku dah beli dekat si bambam tu. Nanti tinggal nak shopping baju raya Aiman je. Selamat bershopping online. Takde bayaran untuk promo ni. Sekadar berkongsi untuk jimatkan poket korang. 





4 comments:

Munnafendy said... Best Blogger Tips

kitorang dh bawak aisy pakai carrier pusing2 Tesco! huhuhuhu

CtAyue said... Best Blogger Tips

wah berkenan lak tgk warmer tu..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dh terjah

anakpakshaikh said... Best Blogger Tips

https://www.facebook.com/RompersBajuBaby

rompers carters 1 set ada 5 helai = rm 26