Dah malam kan, semua pun dah kenyang. Boleh dah aku tayang makanan. Curi-curi snap masa depa semua pi bazar. Depa ada chek malu, gambaq makanan pun nak ambik masuk blog.haha..Semua ni mak masak. SIL pun ada time ni. Kerja aku timang si bambam tu. Kalau Afia tidur baru dapat menolong kat dapur.
Masak Lomak Ketam |
Sambal Udang |
Pengat Labu |
Mak abah dah ikut SIL balik Lumut Isnin lepas. Berbuka dan sahur bila ramai berselera la sikit aku makan. Sekarang tinggal kami bertiga je. Setiap hari aku masak sangat simple, en suami beli kuih sorang seringit dah cukup. Sahur en suami senang, setiap hari request oat. Aiman dan ibu tak kisah, nasi berbuka tak habis buat nasik goreng bodoh pun ok. Kadang-kadang ibu tumpang oat abah je.
9 comments:
kak izan pun sama muni... kalau ada org mmg takdelah nak snap2 gambar bagai. malu kononnya.
kalau dpt buka puasa ramai2 mmg syok. kami setakat ni anak beranak ni jelah. weekend ni baru nak balik kampung... dpt juga puasa dgn mak sblm raya...
Dr minggu lepas nk masak sambal udang tu... tapi malas. Sedap2 menu. Makan ramai2 mmg lebih seronok
sedapnya ketam masak lemak
betul tu PK, kalau ramai2 mkn pn brselera..kalau dh tinggal 3 org mmg selera hilang begitu saja.
Lemak ketam tu faveret anak bongsu tu....
arrggghhh...tengok makanan lagi
kalau ramai-ramai baru berselera..:)
meriahnya siap ada ketam, biasalah kalau makan ramai2 mmg seronokkan....
kalau ramai2 mesti best
Post a Comment