Ada yang request resepi baby roti john aku, so aku tampal kat sini. Senang sangat. Aku main belasah je janji ada rupa roti john sudah.
Resepi Baby Roti John
Bahan- Bahan
- 200gm daging hancur
- 4 biji telur
- 5 keping baby roti (yang orang buat hotdog, aku pakai gardenia)
- Lada sulah
- Sos seasoning maggie
- Sedikit garam
- Bawang besar dihiris kalau suka
- Sedikit marjerin
- Sayuran yang korang suka. (salad,tomato, timun,kobis,lobak)
- Sos cili dan mayones.
Caranya goreng sekejap daging hancur bersama sedikit garam hingga garing. Untuk inti, pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau. Masukkan daging hancur tadi, lada sulah, sos seasoning dan bawang. Kacau sebati. Belah roti ditengah dan masukkan inti. Panaskan kuali leper dengan marjerin kemudian masak atas api. Masa masak tu telangkupkan macam roti john.
Dah siap letak sayur, soscili dan marjerin. Siap untuk di makan!
Jangan tak cuba ok..
13 comments:
Bahan inti tadi dah masuk dalam telur kan? Mcm mana nak masukkan dalam roti? Celup-celup roti dalam telur tu ke? Sy nak buat ni..best utk sarapan pagi..nnt jawab tau sy betul x paham nih..
lada sulah tu sama ke dengan lada putih?
alaa daging pulak xda.. kalau daging beger blh x?
sedap tu.....
Sedap juga ni. Boleh buat untuk minum petang nanti. Tq
mahu try buat lah.. hehehe.. nice recipe
bahan takde ni kak..huhu..roti hotdog tu kat umah mmg tak penah beli..kena cari ni..
sedap jugak ni....boleh try nnti...
hoh.nampak macam senang. p makan laaaagi senang. baby roti john satu!
yeayy..nt blh cuba,,
heeee
senang nyeee boleh bee copy ? hakhak .. buh dlm blog bee
yummy ... kutu,tiup sket aura kerajinan dan kekreatifan memasak tu kat hanie sket .. adoi :p
http://wanwidget.com
memang dah lama sangat nak cari resipi ini, terima kasih cik puankutu
Post a Comment