Pixajoy

Tuesday, November 29, 2011

Home » CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 7)

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 7)



Vektor dari Wanie




Kreuk..kreuk..Perut Lisa bergendang memecah kesunyian.


Aku naik malu. Terasa macam ‘blushing’ lagi pipi. Sama seperti terkejut mendengar tragedi mahu menyimpan aku dari ayat jiwang Kimi tempohari. Secara jujurnya aku memang lapar. Aku cuma menjamah sebungkus roti gardenia vanilla sebelum memulakan perjalanan tadi. Suasana sejuk dan hujan menambahkan keroncong perut.


Kimi ketawa kemudian memberhentikan kereta di Perhentian Rehat dan Rawat Juru. Gerimis masih lagi turun, cuma tidak lebat seperti dipondok tadi. Ikutkan hati, aku mahu perjalanan diteruskan saja. Lagipun bukannya jauh. 


Dari kampus ke rumah Maktok cuma mengambil masa selama sejam. Lainlah naik kenderaan awam, berganda-ganda jamnya sebab kena bertukar bas. Tapi memikirkan Kimi berkeras juga, Lisa hanya menurut. Perutnya yang lapar perlu juga di isi.

“Takpa..tak payah payung Lisa. Sikit je hujan ni”

“Nanti awak demam”

“Orang dah biasalah main hujan. Kecik-kecik dulu selalu main!”, aku membidas, cuba menyembunyikan perasaan malu membahasakan diri Lisa dengan Kimi.

“Eh mana Lisa? Tadi sebut Lisa..sedap sikit telinga saya dengar…” Kimi mengusik.

“Dah..nak p toilet sat”

 “Ok Kimi pun nak p berak”

“Hahaha pengotoq. Tu pun nak habaq”. 

Aku ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya cuba menyembunyi perasaan janggal bila Kimi bahasakan dirinya begitu. Aku berjalan perlahan ke tandas dengan keadaan kakinya yang sakit. Terasa masih pedih dan berdenyut tika melangkah. 
  
Beep..beep..

Blackberry berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tak senang betul. Lisa mendetik ketidakpuasan dalam hati. 


Aku menghadap cermin tandas. Aku belek muka yang sudah berminyak, mengambil ‘Miyai Compact Powder’ lalu menyapu di wajah mengemaskan solekan. Aku betulkan Syria yang aku pakai.  Gelihati pula bila Kimi selalu memuji aku comel. Aril pula selalu samakan aku dengan Fazura. Dekat mana sama pun tak tahu. Macam langit dengan bumi.

Puas berangan dan perasan, aku mula melihat skrin handphone. Aku tekan keypad. Melihat nama Shin Chan muncul di skrin, aku senyum sendiri.

“Mama misae dah sampai mana?”

“Misae dah nak dekat sampai. Nanti sampai rumah aku inform” senyuman lebar mematikan keluhan.

“Ok take care sayang..:)”

Aku segera keluar takut Kimi tertunggu-tunggu. Rupanya bayang Kimi pun aku tak nampak. Aku tinjau Kimi dari jauh melalui ekor mata. Lima minit menunggu masih tidak kelihatan kelibatnya. 


Lalu aku mengambil keputusan duduk sahaja didepan gerai nasi ayam. Mataku tak putus memandang luar tandas lelaki. Mengalahkan perempuan pula Kimi ni. Lama betul dari tadi tak siap-siap. Berak batu agaknya. Aku mentafsir apa yang Kimi buat di tandas.

“Lama tunggu?”

“Yup..no prob bro..”

“Wah bro plak..Ganasnya..Panggil abang sedap jugak..” Kimi menggedik lagi.

“Nak makan apa? Orang belanja..” aku mengubah topik.

“Lagipun duit minyak, tol semua orang tu yang bayaq..” aku menambah dengan nada suara yang memerli.

“Takpa.. Cik Mia Mukhlisa punya pasal..”

“Dah.. Lisa nak makan apa?” Kimi pula mengulang soalan yang sama. Aku tanya dia, dia tanya aku pulak. Tahu la bapak kau kaya pun. Terdetik tuduhan melulu dihati, mahu saja di luahkan ketidakpuasan dan keinginan tidak mahu lebih terhutang budi. Aku takut berperang dengan perasaan. Takut pula bisa jatuh hati sama Kimi.

Aku menunggu Kimi mengambil makanan. Akhirnya aku mengalah dengan Kimi. Selesai makan, kami masih lagi duduk berbual-berbual. Hujan seperti tidak mahu berhenti. Sekejap lebat, sekejap reda. Walaupun gerimis bulu romaku menegak. 


Belum reda kedinginan penghawa dingin kereta Kimi, kini angin meniup dengan agak kuat. Aku memeluk tubuh kerana kesejukan. ‘Cardigen’ yang dipakai tidak mengurangkan langsung kesejukan. 

Menyedari aku sedang kesejukan, Kimi bersuara memecah kedinginan tengahari.

“Minum air panas nak?”

“Tak mau..”

“Kaki dah ok? Sakit lagi tak?”

“Ok..”

“Kejap Kimi nak beli sesuatu..”

Kimi berlalu dan pergi ke gerai menjual makanan ringan. Aku menunggu dengan sabar. Tidak lama kemudian Kimi datang dengan sebungkus choki-choki dan dua kotak kecil susu DHL. 

“Nak susu?”

Aku menggeleng..

 “Takpa nanti Lisa minum dalam kereta..”

Belum sempat menjawab, Kimi mengerti. Kimi menghirup susu hingga habis dan meninggalkan sedikit sisa didalam kotak. Kemudian dia berlalu ke keretanya. Dia datang membawa sekeping kertas A4. 


Kimi mengeluarkan ‘cotton bud’ dari beg sandang yang sentiasa dibawa bersama. Takkan mamat ni nak korek telinga tengah-tengah orang ramai? Aduh tak senonoh betul. Aku semakin tertanya-tanya.

“Beg Kimi ni macam-macam ada. Macam doraemon..” aku membuat perumpamaan bodoh seakan sudah membuang perasaan malu.

Kimi ketawa menampakkan giginya yang putih dan bersih. Senang dengan panggilan Kimi atau perkataan doraemon itu yang lucu. Aku malas menterjemahkan nilai ketawa Kimi. Fikiranku jauh teringatkan  tisu dan plaster yang Kimi ambil dari ‘poket doraemonnya’. Aku terkenang peribahasa sediakan payung sebelum hujan yang pernah diucapkan Kimi.

“Memang..beg Kimi nie macam-macam ada..” Kimi meniru ayat iklan yang popular di Astro.

“Tisu ada..plaster ada, sikat ada, kepit kuku ada..Tinggal kain baju jer takdak dalam nie!” Kimi menokok tambah cerita..

”hehe lawak2…” aku ketawa sinis, menongkat dagu menunggu.

“Sat Kimi nak buat eksperimen”

Ziad Hakimi senang membahasakan dirinya begitu. Tiada lagi ganti nama saya keluar dari bibir. Aku bertambah bingung dengan kelakuan Kimi. Wajah kimi ditenung. Apa sebenarnya yang Kimi mahu dari aku? Kalau dia suka aku sekalipun kenapa baru sekarang Kimi nak mulakan langkah? Kenapa tidak dari dulu? Kenapa selama ini kalau berjumpa aku di kampus Kimi terlalu sombong? 


Semakin banyak soalan semakin aku tiada jawapan. Kalau ada soalan objektif sekalipun, aku yakin tidak mampu menjawabnya. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Aku mula memicit-micit kepala. 

Kimi tekun menulis sesuatu diatas kertas. Menyorokkannya supaya Lisa tidak dapat melihat apa yang sedang ditulis. Di celup putik kapas kedalam sisa susu kemudian menulis lagi di kertas.


Aku menggaru dagu yang tidak gatal, melihat sahaja perilaku ganjil Kimi. 

“Ok siap…ini untuk Lisa” kertas A4 dihulurkan.

“Kosong jer..”

“Ini namanya dakwat halimunan..” lagak sainstis Kimi memberi penerangan.

“Tapi kena tunggu dia kering dulu” dengan penuh hikmah Kimi berkata-kata.

“So..?” aku bersuara sepatah.

“Lepas tu Lisa fikir sendiri apa nak buat supaya Lisa boleh baca dakwat halimunan tu. Dekat kertas ni ada mesej Kimi nak sampaikan” Kimi kelihatan serius dengan kata-katanya.

Aku bertambah pening dengan eksperimen Kimi. Nak main teka teki pula. Siap buat projek sains minta diselesaikan. Aku memang lemah subjek sains waktu disekolah. Waktu buat eksperimen pun aku duduk jauh-jauh takut meletup. Tapi cabaran harus disahut. Pantang aku kalau dicabar. 


Aku diam dari tadi. Seakan tidak sabar hendak mengetahui apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan jejaka itu. Tapi aku buntu. Aku membiarkan kebuntuan fikiran. Rasa sangat malas untuk bertanya lebih lanjut. 


Perjalanan diteruskan.


Setibanya di kampung, Kimi memuji-muji kecantikan kampung. Sawah padi yang terbentang hijau cukup mendamaikan. Memang sudah lama Lisa temui kedamaian di kampung ini. Lama dulu saat dia masih kecil. Saat ibu kandungnya pergi buat selama-lamanya.

Di bendang inilah Lisa menangisi hari gelapnya tanpa orang yang paling dia sayang. Rintihan anak kecil sepertinya cuma Aril yang mengerti. Aril yang mendidiknya erti kesabaran, menunjukkan jalan merasai kehilangan, menggembirakan hidupnya yang kesunyian dan menjadi teman paling setia. Aril jugalah yang sentiasa menjaga tiap detik jantungnya.

Tanpa sedar kereta Kimi sudah siap melabuh dihalaman rumah. Terpancul tubuh kurus MakTok dari muka pintu. Aku salam dan memeluk Maktok. Bau Maktok dari dulu masih sama. Rasa masam yang sama. Aku suka bau itu sejak kecil. 

"Awat lambat sangat sampai?" Maktok menegur Kimi dengan ramah.

"Tadi kami makan dekat Juru" Lisa membalas pertanyaan Maktok bagi pihak Kimi.

Kimi menghulurkan tangan bersalaman dan mencium tangan maktok. 

"Saya kawan Lisa, Panggil je Kimi.. saya hantar Lisa balik. Kaki Lisa sakit, hujan lebat pulak tu.." Kimi menerangkan hal sebenar sebelum sempat ditemuramah Maktok.

“Assalamualaikum…” 

Aril muncul dari ruang dapur tiba-tiba.


BERSAMBUNG...


* Maaflah kalau boring sebab panjang melalut betul perjalanan Kimi dan Lisa. Aku dapat idea tentang dakwat halimunan tu time tengok Sains Comot kat TVIQ dengan Aiman. Aku aplikasikan dalam part ni sebab terasa nak share.kihkih..Buat chii, next part baru kisah dekat rumah Maktok ok.



                                               


19 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

alaa..da abih plak...x sabar plak apa msg rahsia kimi..

aduhai..bleh plak aril muncul...

Itshxna said... Best Blogger Tips

tak sabaqqq :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku tak sempat lagi nak baca dari ep 01. aku janji akan baca nanti. betullll...

ooo..ko keje gomen ek.keje agkt tepon ek..jadi henpon campak merata ek..

bak sini la henpon ko bagi kat aku je kalau gitu. hahahaha

LadyBird said... Best Blogger Tips

kimi.. misai.. aril... siapakah yng berjaya menakluki hati lisa.. x sbr2 nk menunggu episod seterusnye..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

eyhhh... ada novel on9???
suka3... tp kna baca dr part 1 la bru best

hyz said... Best Blogger Tips

vavavava tetiba muncul aril.... habis ko lisa.... kah3..... penulisan semakin bagus. cuma ada beberapa ketika lost kejap kejap.. hehehe

hyz said... Best Blogger Tips

ni pendapat saya je la sbg pembaca.. hehe kat perenggan ke dua lost sikit. sy rasa lebih menarik kalau dlm perjalanan tu kan masing2 diam, tetiba bunyik perut lisa lapar (time ni rasanya lisa lebih malu kowt hehehe ). pastu kimi pn berhenti kat perhentian. so, penulisan lebih padat n mantap. pastu susunan ayat pn ada yang lemah sikit. jalan cerita baik. suka bab mengejut mcm aril tetiba muncul. haaa tu adalah klimaks utk episod kali ini..... =)

puanbee said... Best Blogger Tips

aril muncul ? wahwah .. best tu tp pendek sgt part 7 ni kutu .. tak puas baca , sepatutnya di panjangkan lagi ..

hyz said... Best Blogger Tips

dr apa yang saya baca pasal mini novel pn kutu ni, ni lebih kepada diari hidup lisa kowt sebab byk menerangkan hati lisa yang berkata2 sendiri. cth : belum sempat aku menjawab apa2, kimi mengerti. so, kalau bahasa novel rasanya mcm ni " belum sempat lisa menjawab apa2, kimi mengerti" sama juga mcm ni : aku bertambah pening dengan eksperimen kimi. bahasa novel, aku ditukar kepada lisa. untuk membezakan novel ngn diari hidup lisa sendiri. sebab ni kan kisah percintaan misae ngn shin chan kan? hehe... tapi jalan cerita dah ada, bykkan lagi kejutan utk lebih menarik. sy rasa watak maktok pun menarik. so, boleh kembangkan.... gud luck.. sy nantikan episod seterusnya.. =)

eiela said... Best Blogger Tips

wah,,ada bakat menulis la puan kutu nih.

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

nak lagi..hee

nak bc dr mula jap..;p

Khidhir said... Best Blogger Tips

ala... camne ni.. aril datang lak.. cepat la sambung.. huhu

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Bila nak sambung ni?????berdebar2 jugak....

So Shy Lady (SSL) said... Best Blogger Tips

ohhh best juga...tp part first blum bc lg hihi

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

muni.. smbunglah part 8.. tak sabar nak tau apa jadi lak ni.. & tak sabar nak tau apa msg kimi tu.. hihii

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Kalau dibukukan cerita ni pasti dapat sambutan. Tahniah memang PK berbakat. Akak dah ikut citanya.

Wanie said... Best Blogger Tips

heeee..pulun la shin chan siap antr mesej lagi..dakwat halimunan tu muncul next entry eh..hihi..aril muncul kejap je kat part ni..adoi..kecewa :D

sila sambung lagi..:)

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

akk cpt sambung!!

msti aril terkjut kan tgk lisa ngan kimi..

ira tau da kimi tu shin chan.

pastu ira tau dah ending dia camne..

heeee...;p

Unknown said... Best Blogger Tips

Aril tak jeles ker...??