Pixajoy

Thursday, November 24, 2011

Home » CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 3)

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 3)




Hari ini Sabtu. Kalau Di kedah, cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu. Budak-budak Pendang si Aya, Iza dan Balkis setiap minggu balik kampung. Tambah-tambah si Aya, anak manja! Aku malas sikit nak balik. Kampungku bukan jauh. Malas nak bersesak dan bertukar bas. Walaupun tak jauh, agak melecehkan. Lagipun Ira ada. Minah bunga tu rumahnya jauh. Walaupun manja, terpaksa la bermanja dengan roommatenya yang penyanyang ni.

“Hello, Assalamualikum…”

Talian dimatikan.

“Hello..hello…”

“Huh..main-main..”

“Kenapa Misae? Eh kenapa Lisa..sape call?”

“Entahlah minah bunga! Dah call tak mau cakap…Dah dua tiga kali jugak ada orang call tapi tak mau  cakap, nombor yang sama..Public kot..”

Ira geleng kepala. “ Jom p dining..Aku lapaq..” perkataan lapaq tu kedengaran sangat pelik ditelingaku. Kalau dah bukan utara tu, memang tak jadi nak tiru cakap kedah.

“Lapaq la..” Aku membetulkan sebutan Ira.

“Lapaq..”masih dengan bunyi yang sama..

“Dah la..jom makan..lidah hang dah tergeliat. Sumbang ja qolqolah hang…”

“Apa hang cakap? Ira buat muka pelik. Sah tak faham..



----------------------------------------------------------------------------------



Rasa rindu pada Shin Chan kian menyala. Kini aku tidak lagi nampak Aril di sebalik Gunung Jerai, timbul kerinduan yang tak terungkai dari mesej  nakal yang selalu memanggilku mama. Tiada lagi perkataan sayang dan rindu dari Shin Chan. Kehilangan yang begitu terkesan. SMS lama darinya aku baca satu persatu..Apakah ini gila? Aku mabuk kepayang. Gila betul! Aku tatap pula mesej terakhir dari Shin Chan.

“Jumpa depan Body Glove now..”

Tiba-tiba aku jadi panas hati bila teringat kejadian minggu lalu. Kerana mesej itu air mataku tumpah. Pantang tok nenek aku kalau ditipu. Kelibat Shin Chan tidak juga muncul-muncul. Setengah jam berlalu..Mesejku tidak dibalas..Panggilanku juga tidak dijawab..Ya ini pertama kali aku memberanikan diri call Shin Chan. Selama empat bulan kami hanya bermesej. Tidak ku tahu bagaimana suara jantan Shin Chan.

“Lisa..Hang kat mana?”, Aya sudah mesej tanya aku dimana.

Mesej Aya aku balas..“Jumpa 15 minit lagi kat bawah.”

Amarahku kian memuncak..

“Setan..penipu!”dalamanku memaki hamun Shin Chan..

Aku tahan air mata supaya tak berjurai. Bimbang di temuramah oleh minah bertiga tu..Rasa nak menangis sebaldi tapi aku tahan. Setengah jam aku menunggu macam orang bodoh. Akhirnya airmata aku tumpah jua. Aku menangis dalam toilet. Bodohnya Mia Mukhlisa. Kononnya ganas, tetapi cengeng. Bodohnya Misae menangis kerana kenakalan Shin Chan..



-----------------------------------------------------------------------------------



Aril kekasihku semakin menjauh dari hati. Entah apa khabarnya dia di Sabah. Bila SMS, sepatah aku tanya, sepatah Aril jawab. Perkataan I love yang selalu Aril ungkap tiada rasa yang sama dengan luahan sayang dari mesej jiwang Shin Chan. Aku rasa bersalah..Bersalah pada Aril kerana aku seakan memungkiri janji kami. Ya aku mengkhianati cinta tulus Aril. 

Arghh..bila masa pulak aku bercinta dengan Shin Chan. Karut!

Di dalam bilik penuh bunga-bunga ini aku dan Ira cuma menghabiskan masa menelaah buku pelajaran. Suasana sunyi sepi..Ira kalau tak asyik dengan buku, asyik dengan diari bunganya. Entah apa yang ditulis aku pun tak tahu. Sesekali tersenyum-senyum sendiri macam orang gila bayang. Aku pun tak faham..Alangkah bahagianya kalau Aril seromantik Firdaus.

“Minah bunga..”

“Emm..”

“Hang buat apa?”

“Akaun..”

“Aku boring la..dah penat baca buku nie. Tak masuk-masuk pun!”

“Ala ko cakap bukan aku boleh percaya..Result gempak je..Lainlah aku..”

“Gempak apanya..hang pun boleh!”

“Yelah..aku studi bagai nak rak, repeat paper jugak.hehe..Tension ko tau..”

“Bukan itulah..hang hiburkanlah aku..suara hang kan sedap”

“Lagu apa?”

“Bantai ja la..”

“Ehem..ehem..testing-testing..” tersengih aku tengok Ira memegang pencil box bunga rosnya sebagai mikrofon, bersedia untuk menyanyi dengan penuh perasaan..

“Saat getir hidup dan pengorbanan..terpaksa ditempuhi demi kejayaan..Terdidik sejak mula tabah berusaha……bla..bla..bla…bla…Standing in the eyes of the world….”

“Wah semangat aku nak study. Sedap suara hang minah bunga, patutlah Fir terpikat..”

“Ok dah..Ko nyanyi pulak!”

“Anak itik tok wi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sa..”

Hahahaha..berderai ketawa Ira dan aku…



--------------------------------------------------------------------------------------



Pintu bilikku diketuk. Muncul Aya di depan pintu.

“Jom check carry mark..”Aya mengajak aku naik kebangunan pentadbiran.

“Lecturer dah lekat? Dah keluaq ka markah?”

“Tadi Iza kata dah..”

“Jom..sat aku p mandi dulu. Dari pagi aku tak mandi..” aku tersengih..

“Patut la aku dok bersin ja..Macam kambing gurun betina, ada bau..” Aya menutup hidung.

“Amboi sedap hang kata aku kambing gurun. Kambing gurun pun comei hang tau..”

"Comei tak guna kalau malas mandi”

“Ceh!”

Rohaya Ishak. Aku sering mengusik nama kekampungannya. Anak harapan kedua ibu bapa. Memiliki tubuh sederhana dengan kulit putih, bermata besar dan cantik. Aya memiliki segala keindahan wajah seorang gadis kampung dan sering dipuja lelaki. Tak menang tangan menepis cinta. Sebetulnya Aya adalah orang yang paling rapat dengan aku selain Ira.

Ira budak Accaunting, aku dan Aya sama-sama ambil kos pengajian perniagaan. Di kuliah aku sering bersama Aya. Tambahan pula bilik kami cuma selang dua pintu. Sebelum ke kelas, bilik Aya adalah tempat persinggahanku.  Kami akan berjalan seiringan pergi ke kelas bersama-sama. Aku dan Aya seperti belangkas, sungguh kami banyak persamaan. Punya minat yang sama, dan perangai yang lebih kurang. 

Aku dan Aya mendaki anak tangga satu persatu. Sebuah demi sebuah bilik lecturer yang mengajar subjek yang kami ambil kami singgah. Semua carry mark di tampal di luar bilik. Sewaktu aku dan Aya diluar bilik Mr Raden,

“Ini awak punya?” terkejut aku bila tiba-tiba disapa oleh seseorang.

“Emm..apa? hang kata apa tadi? tak dengaq!”

Aya masih sibuk menilik satu persatu carry mark orang yang dia kenal. Entah apa yang dia sibuk nak bandingkan carry mark aku pun tak tahu. Aku memandang tubuh sasa seorang lelaki yang aku kenal. 


“Mamat kerek ni rupanya.” Aku berbisik sekadar didalam hati. Ziad Hakimi Datuk Ramli. Ahh ada aku heran dengan title bapak dia.

“Ini awak punya ka?”

Walaupun kami sama kos, aku memang tak pernah bercakap secara berdepan dengannya. Selama dua tahun kami pernah beberapa kali sekelas, tapi sekadar berjumpa di kuliah. Lagipun aku bukan suka sangat bergaul dengan budak-budak lelaki dekat universiti ni. Dasar anti lelaki. "Aril tu apa? Pondan?haha.." Aku mendetik ketawa di dalam hati.

Semua orang memanggilnya Kimi.Kimi memiliki segala-galanya sebagai seorang lelaki. Selain punya pakej lengkap susuk tubuh menarik dan berwajah kacukan, dia ada segala-galanya. Hidupnya dilimpahi kemewahan, akademiknya membanggakan dan dia juga aktif dalam bidang sukan.Tak hairanlah dia popular. Kata orang dia kasanova. Lisa cuma memandang Kimi sebagai jejaka perasan punya ramai awek, tak boleh tengok junior yang berdahi licin. 

"Takkan aku pun dia nak test kot!"

“Saya cakap awak sengih2..macam tak betui je..”perkataan macam tak betui tu perlahan sekali.

“Apa? hang kata apa? Yang belakang tadi aku tak dengaq sangat..”

“Ini awak punya..saya jumpa kat bawah tadi”,  buku nota kecilku yang tertera nama Mia Mukhlisa Othman di hulur.

“Opss tak perasan, jatuh kot.”

“Yelah jatuh..takkan terbang kat saya pulak!” Aku menarik muka muncung..

“Terima kasih Kimi” Aya bersuara mengucapkan terima kasih pada lelaki perasan itu.

Aku pandang muka Aya kemudian bersuara, “Dah habis tengok?”

“Dah..jom p cafe, aku dahaga..”

“Jom..saya belanja” Kimi menyibuk mencelah.

“Orang nak belanja..Rezeki jangan ditolak..” Aya tersenyum.

“Ni saya nak belanja sebab nak balas budi budak yang lupa ucap terima sebab saya pulangkan notebook dia,”

Aya gelak besar..Macam kamceng sangat dengan budak Kimi tu.

Menyampah!!!




BERSAMBUNG...





                                               




7 comments:

puanbee said... Best Blogger Tips

wah kutu pun menulis bagus lah kutu , bab universiti lak tu memang best heheh

Unknown said... Best Blogger Tips

suspen je..
munii..lekas publish kan next part..eheheh

hyz said... Best Blogger Tips

alamak buka2 dah part 3.. kena skodeng balik dari awal ni....

puanbee said... Best Blogger Tips

nak part 4 lak .. dah bace semua hehe

Wanie said... Best Blogger Tips

ok, part ni makin menarik..hehe..sin ni kacukan pe kak?sape eh yg sesuai utk watak die..heee

sal ya said... Best Blogger Tips

ni cerpen eh ke mini story. dah baca separuh. menunggu dgn sabar. hehehe...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

best3.. nk g trjah part 4 plak.. :-)