Pagi ini sepatutnya dalam kelas Business Development ada persembahan meeting. Ini macam lakonan meeting yang perlu dilakukan mengikut kumpulan. Aku berlakon sebagai setiausaha. Oleh sebab semua pensyarah ada mensyuarat, kelas dibatalkan.
“Hai misae..tak ada kelas ker sayang?”
Sejak kes aku terima kad berwarna biru dari Shin Chan, aku pasti orang yang selama empat bulan sering memenuhi inbox mesej telefon bimbitku adalah orang terdekat yang selalu memerhatikanku. Tapi bila pulak Shin Chan letakkan kad tu? Tak perasan pulak aku sama ada sebelum kelas bermula atau selepas aku balik dari toilet. Sungguh aku tak selak pun buku nota. Aku sedikit bingung memikirkan Shin Chan kebelakangan ini. Katanya final hari Selasa minggu depan, Sah!
Setiap gerak geri aku macam diperhatikan. Aku pasti Shin Chan juga pelajar universiti ini. Kalau tidak takkan dia tahu setiap pergerakan aku. Pandainya dia simpan rahsia selama empat bulan. Tapi siapakah dia? Budak Business atau kos lain? Komplot dengan kawan-kawan aku ke? Entah-entah ada orang nak kenakan aku. Lagipun aku tak pernah bercakap dengan Shin Chan. Mana aku tahu dia lelaki ke perempuan? Semua persoalan itu aku pasti aku tak punya jawapannya..Shin Chan yang misteri..
Mesej-mesej dari Shin Chan mula berbaur rindu dan sayang. Aku mula merindui budak nakal yang dulunya selalu membuat aku tersenyum. Shin Chan yang dulu sudah berubah menjadi jiwang. Aku naik rimas..Aku tak layankan bila dia mula nak bercerekarama, cuma berbalas mesej seperti selalu. Sejujurnya suka. Malu tapi mahu. Argh…perasaan apakah ini?
Kad biru yang Shin Chan berikan aku belek. Puitis jugak mamat ni. Apalah yang dipandang pada gadis 20 tahun bernama Mia Mukhlisa ini. Harap nama saja cantik, kasar dan brutal! muka pun tak adalah cantik, tapi manis dan comel gitu. bermonolog aku memuji diri sendiri. Geli!
“Aku nak keluaq SP, nak p CS. Ang nak ikut? Kalau berani tunjuk muka la bro. Takkan budak nakal bacul plak!” sms aku berbaur cabaran, malah ayat agak kurang ajar!haha rasakan..Main sorok-sorok identiti apa kes!
“Ira..aku keluaq CS dengan Aya”
“Ok..beli milo eh..lepas tu maggie” siap dengan pesanan penaja lagi! Cepat betul minah bunga nie reply mesej. Dalam kelas mesti tengah SMS dengan buah hatinya Firdaus. Ira..Ira..
Aku, Aya, Iza dan Balqis keluar berempat. Kami berjalan kaki hingga kepintu gerbang universiti. Sebaik melintas jalan, sudah ada teksi yang menunggu. Pucuk dicita ulam mendatang. Malas nak tunggu bas, lagipun kami empat orang, muat-muat sebuah teksi. Kereta Proton Wira itu meluncur laju ke Sungai Petani, bandar kedua terbesar di Kedah. Sudah lima semester aku di sini. Cepatnya masa berlalu. Kesibukan sebagai seorang pelajar membuat aku seakan tidak berapa endahkan Aril. Lagipun Shin Chan ada.
Universiti Teknlogi Mara Cawangan Sungai Petani. Berdiri megah aku disini sebagai remaja dalam perjuangan menambah ilmu. Dua tahun aku di Merbok, seakan baru semalam melangkahkan kaki. Terdampar aku di sebuah universiti dipinggir kota, universiti yang dikelilingi kebun getah. Teringat pula waktu mula-mula sampai ke Merbok, bau getah yang menusuk lubang hidung sangat menyiksakan buat aku yang terbiasa dikelilingi sawah padi. Sungguh aku merasa cukup asing dengan baunya.
Kini bau getah telah imun dihidungku. Aku sudah merasa kewangian bila perasaanku cukup indah bersama teman-teman seperjuangan yang memahami, bersama Ira gadis Shah Alam yang kalut dan ditemani mesej-mesej kelakar dari Shin Chan yang nakal. Tenang dan damai apabila melihat keindahan gunung Jerai sambil berangankan Aril diwaktu kuliah. Kenapa Shin Chan perlu aku dahulukan dari Aril?huh..
Sedang aku asyik mengelamun mengimbau kenangan, aku teringat mesej dari Shin Chan. Langsung tiada balasan dari dia. Aku ambil handphone dari poket seluar lantas menekan keypad dengan laju.
“Takut ke Shin Chan? Ntah2 dah kencing dalam seluaq”
Sepuluh minit menunggu, masih tiada jawapan…
------------------------------------------------------------------------------------
Balkis katanya nak keluarkan duit, minta Iza menemaninya. Ruang Central Square sentiasa dipenuhi manusia. Tak pernah lengang tak kira hari minggu atau tidak. Masing-masing punya matlamat tersendiri. Ada yang nak beli barang, ada remaja yang suka melepak, ada pasangan bercinta yang menonton wayang dan ada student yang outing tanpa arah tujuan suka menghabiskan duit biasiswa.haha..Macam kenal jer siapa gerangannya tu kan..
Tiba-tiba aku jadi rindu pada Aril bila melihat sepasang kekasih sedang makan sambil manja-manja direstoren KFC. Aku dan Aya duduk disatu penjuru sementara menunggu Balkis dan Iza.
Mencintai aku dengan sepenuhnya....telefon aku menyanyikan lagu Kisah Dongeng.
Aril! Hatiku melompat girang. Sudah dua hari Aril tidak menghubungiku. Nak bermesej seperti Shin Chan tak tahu pulak. Katanya tak suka SMS. Lambat.. Nak cakap apa call jer senang! Nasib badan dapat buah hati jahil sms. Apa nak buat..sayang punya pasal..Opss terkutuk pakwe sendiri..
“Hello, Assalamualaikum..sayang..lama tak call?”
“Saya busy sikit..Ayang sihat? Rindunya..”
Macam-macam Aril cerita. Dari bertanya khabar hingga pertanyaan tentang pelajaranku. Puas aku mendengar suara Aril. Hampir dua puluh minit Aril menghubungiku. Kawanku yang bertiga tadi sudah siap order makanan dan berteleku mengadap ayam KFC. Perutku terus menyinga lapar sebaik perbualan aku dengan Aril tamat.
“Dah dapat cakap dengan buah hati..baru lapaq”, Si Balkis gadis ayu dari Pendang bersuara.
“Dah habis cakap dengan balak hang tu? Ingatkan tak lapaq. Kami nak habis makan dah pun..”kata Aya..
"Aku dah siap!" Iza pula bersuara.
Balkis masih mencubit isi ayam dengan ayu sekali.
“Minah nie kalau makan memang lambat!”Aya mengenyitkan matanya pada Iza mengusik Balkis..
Balkis tersenyum..
“Takpa..boleh temankan aku. Hangpa kalau nak shopping dulu p la..satgi sudah makan aku rodger!”.
Bibirku menguntum senyum..Berbunga setaman..Sengihanku turut ditegur abang macho dikaunter KFC.
Beep..beep..
“Cantik shawl polkadot yang mama pakai..”
Beep..beep..
“Nampak ayu tak seperti dalam mesej. Garang dan brutal!”
BERSAMBUNG..
8 comments:
cepatlahh sambung. taksabar~~
sambung part 1 tadi ek...ketinggalan sungguh daku......hu..
kah kah kah.. ibu yusuf dah terjebak..
chii suka chii suka ..ehehe
macam best.. nanti saya nak suh adik saya bacaa gak la.. sbb adik saya ni sukaa baca novel.. tp dia xdalak baca novel online...
haha..panggilan mama tu yg tak tahan..
*kisah cinta dekat SP, ni lagi semangat nak baca..hehe
hee..best2..lagiiiiiiii..;p
smakin menarik .. adakah ini ada mirip2 pengalaman sndiri ? ;)
Post a Comment