Pixajoy

Sunday, November 20, 2011

Home » Doa Menghalang Anak Bergaduh

Doa Menghalang Anak Bergaduh



Kanak-kanak suka bergaduh sesama mereka, tak kira sesama rakan sebaya atau adik beradiknya. Sebagai ibu bapa, ini sedikit sebanyak memberi tekanan. Ada ibu bapa yang sudah melakukan pelbagai cara, namun anak masih suka bergaduh dan tak makan nasihat. 


Doa itu senjata mukmin. Dalam mendidik anak, jangan kita abaikan ajaibnya kuasa doa. Hari nie nak share doa untuk menghalang anak kecil daripada bergaduh.  




Amalkan membaca surah Al-Fatihah dan selawat untuk menghalang anak-anak dari bergaduh. Ini diikuti dengan dengan bacaan surah al-Insyirah sebanyak tujuh kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah Ali-Imran serta doa berikut :


"Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim "


Selepas itu hembus kedalam air untuk di beri minum kepada anak. Boleh juga dibaca dan dihembus pada ubun-ubun anak setiap malam.


SUMBER : Majalah Pa & Ma


* Geleng kepala aku tengok fesyen rambut Didie Gaga.kuikui...










10 comments:

Ce'gu JAERA said... Best Blogger Tips

sebuah info yang menarik.. semoga anak2 kita akan lebih beradab....

kpah k-poh Sharifahnor said... Best Blogger Tips

berusaha dan berikhtiar kerana Allah.anak2 tu menggambarkan siapa diri kita dulu...

Wanie said... Best Blogger Tips

insyaallah berguna untuk mase depan =)

*surah al-fatihah kan? typing error mungkin?

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Salam. Tima kasih atas perkongsian ilmu. Anak2 ni mmg kalu tak bergaduh sehari tak sah hidup depa. Tapi selalunya gaduh2 manje je. Tapi kekadang buat kita naik pening juga.

Unknown said... Best Blogger Tips

bagus doa ni..leh chii share ngan sepupu.anak dia slalu gado..bukan gado apa pun..si abg suka usik adiknya sampai berguling2 budak tu dibuatnya

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

Terima kasih puan Kutu atas perkongsian ilmu yang begitu bermakna buat pembaca sekalian.


Walau pon fik belom berkahwin dan tak mempunyai anak, namun doa ni boleh diamalkan kalau perkara yang tak diingini tu berlaku. (bila dah kahwin nanti la hehee)

Ye la, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi dalam hubungan adik-beradik.. sudah semestinya ada pertelingkahan dalam kehidupan seharian.

Unknown said... Best Blogger Tips

terima kasih puan kutu tuk info yang menarik..:)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

thanks ye muni utk info ni... perlu diamalkan nanti ni.. dh la plan nk ank ramai.. kikikii

puanbee said... Best Blogger Tips

waa macam sesuai tuk bee nih haha ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bole prektik kalau aku ada anak nnt. tak pun bagi tau mak aku buat kat adik adik aku tu. syik gaduh je.