Pixajoy

Friday, October 21, 2011

Home » Permainan Chaplom

Permainan Chaplom



Zaman kanak-kanak kita ada pelbagai kisah yang cukup indah untuk di kenang. Main segala permainan yang ada di sekeliling tanpa perlu modal untuk membeli mainan dipasaraya seperti anak-anak sekarang. Selain dapat menyihatkan badan, sifat kerjasama dan siraturahim sesama rakan dapat dilihat dari pelbagai jenis permainan tradisi yang  di mainkan.


Banyak permainan tradisional yang semakin dilupakan malah kanak-kanak sekarang tidak pernah tahu pun akan kewujudannya. Seleras peredaran zaman, budak sekarang lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan video. Lantaran itu, ukhuwah sesama rakan sebaya seakan tidak berapa diendahkan. Masalah obesiti dikalangan kanak-kanak juga membimbangkan. Macam Aiman.haha..


Ekoran entri Kenangan Zaman Kanak - Kanak Yang Gembira, ramai juga antara korang yang punya kenangan saling tak tumpah seperti aku. Ada juga yang tidak pernah merasa keseronokan menjadi anak kampung. Ada yang bertanya chaplom tu apa? Mungkin ada antara korang memanggil chaplom dengan panggilan nama lain barangkali. So hari nie aku nak cerita sikit pasal permainan chaplom.


Tidaklah aku tahu dari mana asal usulnya permainan ini. Ia permainan berupa pistol yang digunakan untuk menembak. Sepuluh kali ganda best dari main pistol air. Tak perlu modal. kehkeh. Sekali tengok macam ada rupa gobek sirih. Gobek sirih tahu? Tak tau meh aku nak lempang.haha.. Aku nak cerita pun tak tau macam mana. So nak bagi faham dan menunjukkan gambaran chaplom, aku ada lukis.  Harap maklum lukisan ini dari tangan tak berseni. Janji ada rupa chaplom cukup...




Keseluruhan bahan untuk membuat chaplom adalah buluh. Kan aku cakap tak perlu modal, hanya perlu kerajinan untuk pusing keliling kampung cari pokok buluh pastu tebang. Jangan lupa bawak minyak pasal miang buluh nie boleh buat satu badan gatal-gatal. Kalau terdesak sangat, guna je kepala siapa-siapa yang pakai minyak rambut. haha..


Ok berbalik pasal cerita buat chaplom tadi. Cari buluh yang sedang-sedang enak besarnya pastu potong lebih kurang panjang mainan senapang anak korang. Kemudian boleh ke stepnya seterusnya, aku nak cerita pun malas!hehe. Kalau ada pistol tentu ada peluru. Aku tak tau apa nama pokok yang bijinya aku guna untuk buat peluru. Aku panggil buah chaplom saja. Tapi buah chaplom ni agak sedikit susah nak dapat. Hampir pupus diracun pakcik yang diupah ketua kampung agaknya. 


Aku dan kawan-kawan lebih prefer pakai suratkhabar. Rendam paper yang bapak korang dah baca tu dalam air pastu buat bulat-bulat macam peluru dan isilah dalam chaplom. Jangan guna paper baru, nanti tak pasal-pasal dapat penampaq. Nampak kan tiga tempat korang perlu isi pelurunya? Yang didepan, di tengah dan dibelakang. Bila dah tembak, perlu tambah sebiji je peluru pasal yang dua tu dah kedepan. Faham tak? Buat-buat faham sudah!


Main tembak perlu ada sekurang-kurangnya dua orang. Takkan nak main tembak sorang-sorang pulak kan? Mana best! Tembak kucing dan ayam jiran boleh juga. Tapi ini idea durjana. Aku pencinta haiwan... Aku selalu main ramai-ramai, bahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan sebagai polis, kumpulan yang satu lagi penjenayah. Cari port yang sesuai pastu tirulah aksi dari drama gerak khas. Penangan peluru chaplom boleh tahan bisanya. Jaga-jaga jangan sampai kena mata. Boleh buta sejam. Kena kepala boleh tintong!haha..


Oklah dah tahu bukan permainan chaplom tu apa? Pada yang pernah main, diam-diam sudah! Ini entri untuk orang dewasa yang tak puas main masa zaman kanak-kanaknya.hoho..







26 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

tak pernah mainlah plak...huhuhu

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

rugi aku tak pernah main =(

Anonymous said... Best Blogger Tips

puan kutu, sy pernah main benda ni. nosyalgia betul..abg&pakcik sy buat chaplom ni peluru dia guna terung yg kecik2(xingat nama terung tu tp jenis kecik)

Mangsanya sy. selalunya abg& pakcik sy akan serang siapa yg lepas keluar drp jamban. bengong!

lebam2 kalau kena tembak.

Jue said... Best Blogger Tips

Aku x pnah cuba beb tp ko br bg aku idea utk cuba wp aku dah besau pjg hahahaha

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak tak pernah main lah pulak bnda ni..ketinggalan jugak rupanya zaman kanak2 dulu..

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Tak pernah main benda tu la PK. akak dulu masa kecik memerab je kat rumah.. tak banyak nostalgia lah.. sedey je kan? hehe..

Unknown said... Best Blogger Tips

lupa la game ni.. adoi~

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

oh x penah mainlah chaplom nih..

hyz said... Best Blogger Tips

errr tak penah main yang ni..... 1st time dgr cakplom

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dulu kecik2 slalu main... hihiii mmg dh tingat balik lah mainan ni.. tp sy xtau plak nama dia chaplom... hahahahaaa.. zman kcik2 entah apa yg sy pggil benda alah ni agaknya yer.. hihii

Anonymous said... Best Blogger Tips

ohoho..game ni takde kat sabah kot.tu pasal aku xtau.dulu aku men masak masak je.hehehhe.pakai sayur mak dr peti ais. bahaaha.

macam pulak nak tembaj kasi keluar peluru tu. picu nya nak buat camana?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Ila
alahai kesian.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Umie Artoqiemie
haha tersangat rugi

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@MakNgah
hahah jahatnya..tp best kan benda nie..skang tak pernah nmpk dah budak2 main

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Jue
hahhaha bukan nak soh buat,nk bgtau cara buat supaya org yg tak pernah main tahu permainan nie wujud.keke

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@MulutPayau
hahaha tmpt akk budak2 tak main kot benda nie.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Saiazuan
lupa ka tak pernah main.kehkeh

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
tau dah..ini entry utk cik betty la..hari tu tanya chaplom tu apa kan?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@hyz
hahaha kesian

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@IntaNBerliaN
haha tu la mungkin ramai yg lupa..tp sy pnggil chaplom

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Hanie_Dew
picunya yg lukisan bawah tu la.cucuk masuk dalam lukisan yg isi peluru tu..maaf tak pandai lukis.muahahha

Unknown said... Best Blogger Tips

camana rupa buah caplom tu??
adakah ia buah senduduk.. ;)
kalo guna peluru buah senduduk tu.. memang biasalah main..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@kakyong
entah ekksy tak tau nak cakap buahnya macam mana..tp lekat2 kt tgn macam dakwat klu tak salah..senduduk pun sy tak kenal.hehe

titan said... Best Blogger Tips

dulu pernah main. haha..

sekarang je takk..

Nur Farah said... Best Blogger Tips

first time dengar n tengok.. uhuhu.. :))

Unknown said... Best Blogger Tips

chii x main pun chaplom..tp slalu main tembak2 guna getah..pelurunya guna sama ada kertas atau buah getah...eheh..best gak kalo kena kat orang :p