Pixajoy

Wednesday, October 05, 2011

Home » Contest Mak Dara - Masih Ada Rezeki

Contest Mak Dara - Masih Ada Rezeki



Salam bahagia,


Rasanya macam berhari-hari aku tak bersiaran. Wah macam rancangan TV! Baru sehari tidak berupdate sudah kecoh.haha..Semalam sibuk dengan kerja, terpaksa overtime menggantikan rakan sepejabat yang MC. Hari nie menyambung kerja lagi sampai sudah lembik tanpa rest. haha. 


Letih la sangat sampai tak sempat nk jenguk blog. Petang nie sambil rileks dan menikmati keropok goreng yang dibeli dekat Lumut hari tu, kepala ligat memikirkan apa mahu aku coretkan di blog kesayangan hamba. Nak berwordless pun mati kutu.


Fikiran asyik memikirkan tiket libas yang aku menangi dari kontest mak dara. Setahu aku mak dara dah poskan Jumaat lepas. Hari sabtu aku dalam perjalanan balik rumah dari Lumut. Tapi sabtu posmen cuti rasanya. Hari ahad aku kerja petang. Isnin menunggu-nunggu tiket dan t-shirtnya tapi tak kunjung tiba. Selasa juga begitu. Aiman pun asyik bertanya tiket libasnya.


Selalunya kalau tak ada orang kat rumah, posmen mesti tinggalkan memo suruh ambil kt pejabat pos. Berkali-kali juga aku membelek peti surat, tapi tetap kosong tanpa berita. Lalu aku ambil inisiatif email mak dara minta tracking number supaya aku boleh cuba cari kat post office. Aku memujuk juga hati supaya terima kenyataan mungkin rezeki aku tak ada walaupun sebenarnya masih berharap. Kalau bukan rezeki apa boleh buat. Kelihatan sangat sedih ayatnya.haha..


Disebabkan dua hari lepas kesibukan melanda, memang aku tak sempat nak blogwalking. Hari nie baru tersedar entri Maafkan Saya Puan Kutu dan Cik Bambam. Alhamdulillah masih ada rezeki.







4 comments:

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

oh..puna kutu menang ya? nnt bolehla review citer libas tu best ke x..

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

Wah! rezeki kena kongsi, baru arr meriah!

^^

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

udah rezki ngak ke mana...heee...

Unknown said... Best Blogger Tips

xpe..hadiah still ada..cuma lambat sket je kan..eheh