Krd Gambar : OH BULAN
Aku sudah terjebak dengan drama Soffiya. Jalan cerita yang penuh tragis dan tak meleret bisa saja buat aku terpaku depan TV tepat pukul 7 petang. Sakit hati dan menyampah betul dengan watak Fiona lakonan Izara Aishah tu. Setiap kali aku tengok muka Fiona, terus aku emo. haha over kan? Sedikit sebanyak kecantikan si Izara nie pudar dek kemenyampahan aku terhadap watak Fiona. Bila aku tengok gambar kat atas, lawa pulak finalis Dewi Remaja 2011 nie ekk.
Bagi aku drama nie menayangkan realiti kehidupan sekarang yang mana nilai kemanusiaan dan kekeluargaan makan rendah dek kecanggihan teknologi. Lihat saja sumbang muhram semakin berleluasa. Abang rogol adik, haruan makan anak, dan lebih menyedihkan bayi yang baru lahir pun disiksa kejam oleh bapa kandung sendiri. Nafsu binatang keparat seperti itu sungguh tidak layak digelar bapa! Soffiya juga menerima nasib sama hingga trauma angkara bapa sendiri yang merupakan seorang doktor. Ternyata Tiz Zaqyah cemerlang membawa watak Soffiya.
Berbalik kepada Izara Aishah, remaja berusia 19 tahun ini kelihatan matang tidak seperti umurnya. En suami kata Fiona Lagi lawa dari Soffiya. Pada mulanya aku kurang setuju. Tapi bila tidak membayangkan Izara Aishah sebagai Fiona, ternyata masing-masing punya kecantikan tersendiri. En suami kata lagi yang wajah aku ada iras-iras Izara. Sila jangan gelak guling-guling tau. Betul aku tak tipu!haha..
Sebelum ini, aku langsung tidak berapa sedar kewujudan Izara. Beliau memegang watak utama dalam drama Keranamu Laila. Aku tak pernah tengok satu episod pun drama tu. Rupanya banyak juga drama lain yang pernah Izara lakonkan. Dalam Wanita Hari Ini yang aku tonton, Azhar Sulaiman yang merupakan juri Dewi remaja juga yakin Izara Aishah mampu bergemerlapan dalam bidang lakonan.
Semoga Izara Aishah terus sukses sebagai pelakon dan menjadi pelapis artis Malaysia yang berbakat besar.
21 comments:
mmg sakit jiwa tahap jebon la tgk perangai si fiona ni...kalau dia ade kat depan ni rasa cam nak lempang2 jek...hishhhh....biadap sungguhhhhh ( dlm drama sofiyya je la )
huhu..sy pon sakit jiwa tengok watak fiona ni...eheheheh...
Suami sy pon suka tgk drama Soffiya nih..sy x tengok sbb waktunya x sesuai..
Puan Kutu ada iras Izara wah wah..phewittt..betullah tu kalau dah encik asben cakap..tp mmg betul Tiz Zaqyah bukan cntik sgt pon..sbb dia putih melepak psl tu dia nampak lawa
izan ngan en hubby pun mmg tak miss citer ni. tp mmg menyampah gile tgk fiona ni...geraaammmm sgt!
fiona ni pelakon baru kan? sekali pandang cam syarifah amani, pandang lagi cam pojiah gous plak. tapi pape pown, lakonan dia menjadi kan walaupn pelakon baru....
selalu miss nak tengok cerita ni sebab kelam kabut sikit bergaduh dengan puteri akak tu, siapa lagi kalau Nur Sumaiyyah....nak tahu tak soalan sumaiyyah bila akak baca blog awak...
"Mama kenapa auntie ni namanya Puan Kutu?"....SILA JAWAB
Ibu yusuf tak suka layan cerita yg ada watak sakitkan hati... Sebab hati jd sakit.. hehe..
mmmg best tgk izara blakon.. hehe i lg suka tgk dia blakon dari neelofa. neelofa xbest..
xsmpt sgt nk layan cerit ni cz skrg maghrib cpt so trpaksa la melupakan hasrat utk menonton...hu.hu.hu...
wah, kalau suami akak puji camtu, jwbnya 1 minggu xmandi...wakaka.....
"amboii...best arr dpt pujian dr cik abang....~watak si izara ni mmg buat org menyampah tul ngan dia kan...kira dah berjaya menjiwai watak la tu..."
sy pun follow cite ni.. hihii hubby sy pun dh terikut skali.. hehee
suka jgk cita ni... tp kat sini tv rosak. tonton plak lembap.. dh byk yg miss :(
terbukti puan kutu cantik!hihi...suka tgok izara,baby face :D
saya x sempat lai tengok cerita nie...
baru 19 ye memang geram giler , belagak betui fiona tu hahaa .. tp suka dengar dia bercakap mcm ades tyle sikit ..
bengang gak ngan watak fiona..ternyata,,izara berjaya menjiwai watak tersebut sampai membuatkan ramai menyampah ngan dia..
skali pandng..muka dia mcm selena gomez..tp pada chii tiz tetap comel..ehehe
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
izara versi gemuk betullah..haha
@hyz
ramai juga yg kata iras sharifah amani,klu si pojiah tak nmpk pulak kt mana.haha..
@cheqwa
oh tidak.cantik versi gemuk.kehkeh
izara ni mmg lawa tp watak yg dia slalu bwak agak mnjengkelkan (sorry sy xtgk soffiya tp tau melalui pembacaan begini jer) . opsss.... kembang puan kutu disamakan dgn izara yek ! heheheh ... ;)
fiona satu watak antagonis yang superb. gaye cakap bile berhadapan dgn Soffiya terlalu stylo.
Fiona mmg lawa. tapi agak muak bila diperhatikan. Tiz zaqyah, tak gojes, n tak lawa,n tak cun, tapi Dia terlalu sweet dan sgt2 Melayu Face. mmg Wanita Melayu.. manis ..pandang pun tak jemu.
Post a Comment