Salam Bahagia
Malam tadi aku melenggang kankung ke blog Intan Berlian, aku nampak soalan tag yang menarik. Sebagai seorang ibu, terasa best pulak nak jawab soalan nie semua.hehe..
1. How old were you when your first child was born?
22 tahun dalam surat beranak Aiman. Tapi kalau ikut tahun 23 la..muda lagi kan?hoho..
2. What month and year was your youngest child born?
Anak pun baru sorang. Aiman dilahirkan 20.03.2007.
3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Walaupun terkejut, tentulah hepy! Pastu rasa tak percaya. Betul ke? Yang sedar aku pregnant adalah mak dan pak mertua aku. Bila aku kata terasa nak makan mangga dan rambutan, pak mertua aku yang kalut pergi cari. En suami dan aku tak expect apa-apa. Aku dah preggy tiga bulan baru pergi check. Tu pun dua kali aku pergi klinik. 1st time aku tak boleh kencing. So balik rumah dulu. Esoknya pergi klinik lagi.haha..
4. Who did you tell first?
Siapa ekk..Mak dengan pak aku kot. Pasal mak dan abah (mertua) awal-awal dah tahu dari aku dan en suami sendiri. keke..
5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Aduh banyak gila..16kg tu naik. Aku memang kuat makan masa mengandungkan Aiman.haha..
6. What did you crave while you were pregnant?
Semua aku belasah. Tu sebab naik berbelas kilo.haha. Masa mula-mula tu aku teringin nak makan mangga dan rambutan tu ja. Pastu yang aku ingat sebab terasa nak makan anggur, setengah kilo anggur tu aku makan sorang. Tapi tu ja, lepas dah makan aku tak nak lagi. Benda pun senang jer nak cari. Tak ada la benda yang aku suka sangat-sangat makan time preggy.
7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Yup. Doktor yang scan cakap girl. Bidan pun sama. Semua expect aku dapat baby girl. Memang tak sangka langsung akan keluar boy. Sangat terkejut masa bersalin, nurse angkat baby nampak burung punai.haha..Semua kuasaNYA. En suami selalu berdoa supaya dapat baby boy. Sebab keinginan yang kuat, en suami sampai termimpi aku bersalin baby boy. Alhamdulillah doanya dimakbulkan..
8. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah during pregnancy aku langsung tak ada alahan. Tapi aku kena detect diabetis. Tak pernah tinggi pun paras gula aku. Memang prosuder sebulan sekali kena jumpa pakar. Yang tak bestnya dua minggu sekali kena ambil darah empat kali sehari. Kadang-kadang bila malas berulang alik ke klinik, waktu malam aku tulis sendiri berapa bacaannya. Mampus nie kalau nurse tahu.kahkah..
9. How much did your first child weigh?
2.9kg..tapi my hero nie dari baby lagi dah nampak muscle tau.
10. Was your first child early, late, or on time?
Sebenarnya aku dah ambil cuti awal untuk balik bersalin di Kedah. Tapi hari yang sepatutunya aku balik kampung tu jugak Aiman nak keluar tengok dunia. Nak sangat jadi orang Johor.haha..Aiman lahir dua minggu awal.
11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Alhamdulillah so far tak ada apa pun yang susahnya untuk aku besarkan Aiman. Bab kesihatan pun Alhamdulillah. Kalau sakit sekadar demam dan selsema je. Aku memang titik beratkan soal kesihatan anak. Bila rasa dedar jer badan Aiman, terus kami ambik ubat. Bila dah ada ubat, kadang tak sempat makan dah ok sakitnya..Ini teori aku, sediakan payung sebelum hujan.muahaha..
12. What's your favorite part of being a mom?
Every moment ekceli..saat melahirkan, melihat kali pertama Aiman meniarap, tumbuh gigi, berdiri, berjalan, berlari, menyebut perkataan ibu, celotehnya yang buat aku ketawa, semuanya adalah saat indah. The best part is, melihat pertama kali Aiman meghisap susu dari badan aku. Takjub sekali baby yang baru lahir ada kebolehan semulajadi. Memang tak tergambar dengan kata-kata bila merasa keindahan pertama kali menyusukan aiman. Masih terbayang jejari Aiman yang comel dengan kukunya yang panjang tu.
13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Aku akui untuk membesarkan seorang anak, banyak sekali cabaran dan pengorbanan. Lebih-lebih lagi waktu anak kecik, baby perlu selalu dibelai, kena buat susu, salin pampers, bila sakit dia meragam dan semua benda kita kena peka. Tidur malam tak pernah tidak diganggu. Masa Aiman kecik, aku selalu tidur kat office pasal mengantuk.haha..Betapa beratnya hati nak lepaskan satu nyawa kepada pengasuh kerana tuntutan tugas. Tapi bagi aku, untuk permata hati yang tak ternilai nie, takkan ada istilah susah.
14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Well prepared to find happiness..We didn't know true love until we become a mom! Setiap anak itu anugerah dan rezeki. Jangan bimbang tentang hal kewangan, kerana rezeki anak tu tetap ada. Itu saja.hehe..
15. Did you always think you'd have kids?
Aku nie pasal kahwin pun tak pernah nak berangan. Aku ingat aku takkan kahwin pun.haha..Lagi pulak aku kahwin pada usia agak muda saat kawan-kawan rapat aku masih lagi menyambung pelajaran. Tak pernah terfikir akan kahwin dan punya anak.
16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Pengalaman menjadi ibu mengajar aku menjadi seorang yang punya tanggungjawab. Dulu memang tak tahu erti susah. Pengalaman itu memang suatu kejutan sebab saat rakan-rakan sebaya aku masih bersosial, aku sudah punya tanggungjawab besar dalam hidup.
17. Are there things you miss about life before kids?
Yup! Rindu pada zaman kanak-kanak yang hanya tahu istilah happy!
18. How many children do you have?
Seorang saja pujaan hati penawar duka hati beta, si chubby Aiman Mukhlis.
19. Do you plan to have any more children?
Yup. Sejak 5 bulan yang lalu akan dah stop segala bentuk pencegahan kehamilan. Pray for a wonderful baby girl pulak yer..hehe..
20. Who's the mom that you admire most?
Wanita yang menjadi inspirasi kerana ketabahan dan kecekalannya sudah tentu aruah mak aku..
Aku nak juga tahu kisah korang menjadi seorang ibu. Melalui soalan tag nie dapatlah kita saling mengenali dan mengeratkan hubungan sesama rakan blogger. Aku tag KakNza, KakFazz, KakMP, KakZefa, KakMimi, KakJoanne, UmmiHanie, PuanBee, Mama Najla, Cik betty dan semua ibu seantero dunia juga dijemput tau..
16 comments:
haa ok bee buat nanti , thanksss tag bee ..lama dah tk de org tag2 nih , tk glemer..wuuu ..
bee lagi muda dr kutu masa dpt anak pertama ..jeng jeng jeng
tq puan kutu.. sbb sudi ke blog sy... n thanks krn pnjangkan tag ni... mmg bestkan dpt bkongsi perihal anak..
ermm.. muda gak tu jd ibu... seawal usia 22 thn.. sy lak 23 thn.. tp untungkan..
btw.. sy doakan agr tcapai impian awk nk tmbah anak.. smoga tuhan merahmati ... amin...
laaa baru wanie tau akak dapat aiman umo 21??wowww, jeles boleh kahwin awl..wanie xde rezeki lagi..
semoga cepat dapat baby gurl =)
ala sis.aku nak join tapi belum jadi ibu.hehehee..mak aku pulak xde blog.
best je bca pengalaman ibu ni...=)
jue darah dir gettign worse. asanya hari ni kalau ambik darah teruk jugak dia kene tahan kot.
hehehehe muda belia lg ek masa bersalin
terima kasih coz sudi tag akak...InsyaAllah, akak akan buat nnti..
SAYA PUN WANITA INSPIRASI SAYA MAK SAYA..HARAP ANAK SAYA NANTI MENJADIKAN SAYA SEBAGAI INSPIRASINYA..HEHE
bila tengok lama2 budak ni rasa macam nak cubit kuat2 pipi dia la..geram
Tkasih tag ibu yusuf dan maryam.. ada kelapangan insyaAllah kami buat..
ps: banyaknya soklan.. hehe..
sikit je 16kg tu...kak sya dekat 20kg naik...tapi sepanjang kehamilan tk pernah minum air gula...walaupun dlm sebulan naik kt 5kg....hahahaha....alhamdulillah
dah pernah buat tag ni pada tahun 2009 ...
aiman dgn beg sekolah.. kan main lagi..
eh,menarik ni..nanti akak buat ye.sukeeeee... :)
awai jugak yer puan kutu ni kahwin.. sy gak kawen dh tua... siap sy ada ati nak anak ramai lak tu... hahahaaa
btw, semoga puan kutu dpt tmbh anak lagi.. opsstt doa utk syu jugak tau.. hihii.. kalau xyh operate.. sy terus nk pknen nanti kita leh geng.. hihihiii
sonok bace pengalaman ibu2 lain ...ibu2 mude seangkatan gitu ... psstt bee , nis lg mude dpt ank sulung ... kih3x :p lawan2 lak ..haha
eh kire kecik je aiman masa lahir yer kutu , sbb ank2 sy sume above 3kg,nak dekat 4kg pun ade tp xsemesti bile dah besar , bdn dia besar..hoho ~
semoga puankutu dpt rezeki bby girl lak lepas ni ... aiman sebaya anakku Munirah rupenyer...munirah masuk 2 adik..ummi abahnye ekspres rakyat sket...hihih :p
thanx 4 tagging yer ! ;)
akak pn ada jengah blog intanberlian...syabas cz rajin jwb tag.......
http://puanbee.com/jawab-tag-pengalaman-ada-anak/
dah jawab ek kutu :) selesai
Post a Comment