Pixajoy

Thursday, October 06, 2011

Home » Cuci Dahulu Ya!

Cuci Dahulu Ya!


Gerimis masih turun membasah bumi. Kesejukannya terasa tapi mata tak mahu lelap. Dah la kerja pagi, makanya harus buat tahi mata di opis.haha belum apa-apa sudah merancang membuat aktiviti durjana!


Sudahlah perut sedang berkeroncong, terpana aku dan seakan mahu termuntah bila melihat gambar dan video dari satu blog. Aku malas mahu tunjuk disini, mencacatkan blog suci murni aku saja.kehkeh. Korang boleh lihat sendiri [18SX] Video Akibat Tidak Mencuci Bra & Baju Yang Baru Dibeli.



Moralnya, pastikan pakaian yang baru kita beli dicuci terlebih dahulu sebelum pakai. Mungkin ramai diantara kita sudah sedar tentang perkara ini, tapi ada segelintir lagi yang masih terus pakai pakaian yang baru dibeli. Aku bercerita melalui pengalaman sendiri. Saudara aku membiarkan baju yang belum dibasuh dipakai oleh anak-anaknya. Aku melihatnya dengan perasaan agak geli tapi tak sangka begitu besar mudaratnya terhadap diri dan kesihatan.


Sentiasalah jaga kebersihan untuk kekal sihat. Sekian..Masa untuk tidur sambil menarik selimut menikmati lena yang sekejap sebelum dikejutkan oleh jam dari handphone cap ayamku untuk masak mihun goreng buat sarapan. Adios..




* Aku tengok ramai yang guna pinggan, mangkuk, cawan dan gelas tak tahu bilas dulu. emm..









8 comments:

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Video tu akak tgk kat fb lama dah.. memang ngeri.. :-(

azura said... Best Blogger Tips

saya tak pergi tengok video tu PK sebabnya karang loya pulak awal pagi ni...tapi memang perlu baju baru beli dibasuh dulu, takut kuman...

chii said... Best Blogger Tips

kadang2 ada gak terlepas pndang..lebih2 lg kalau beli tshirt baru..kalo kain buat kurung..mmg chii basuh..wajib..sebab tau habuk pasti ada

hyz said... Best Blogger Tips

tamo la tgk.. tercemar kesucian saya kang kak oi... hek3....

Bigdaddyz said... Best Blogger Tips

berjaga2 mana tahu sebelum ni 'mereka2' buat tak baik kat brg2 tu kan....

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

Nak tengok jugak lah .. kak mmg cuci dulu sebab geli la.. entah2 bekas sapa2 test dulu eiii ... pinggan mmg harus bilas dulu walau dh di cuci mana nak cicak buat tempat bermain time kita x dak kat dapur...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Bukannya susah pun nak cuci kan...tapi ada jugak yg malas nak buat..Akak dah tgk video tu..ngeri jugak..!!!

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

kutu , nk bgtau ni ... gambar tu fake sebenornye ... sy pun geli geleman mase mule2 tgk pastu terjumpa satu laman web yg bongkarkan kepalsuan gambar tu..dia photoshopkan gambar bunga lotus dgn payudara tu... tp vid tu sy xpasti..