Pixajoy

Monday, October 31, 2011

Home » CONTEST SINOPSIS NOVEL ‘TAKDIR ITU UNTUK AKU’

CONTEST SINOPSIS NOVEL ‘TAKDIR ITU UNTUK AKU’

KLIK  BANNER UNTUK TENGOK SYARAT-SYARAT CONTEST

Telebih dahulu, Waalaikumussalam (jawab salam k.mimi kan)

Assalamualaikum dan salam bahagia. 

Pada peminat novel, korang dah baca novel online dari novelis berbakat rafinamimi.com atau lebih dikenali sebagai Mrs Yie? Ini bukan pujian tau kakmimi.hehe..Mrs Yie ada buat contest tahu? Apa kata kita ramai-ramai meriahkan suasana disamping berhibur membaca novel. Oleh kerana aku memang ikut novel nie, so wajiblah aku join. Belasah la sipnopsis macam mana pun janji tak lari dari jalan ceritanya yang asal ye tak?

Sipnopsis Takdir Itu Untuk Aku

Ariana, anak tunggal  Encik Ahmad dan Puan Rokiah, gadis serba sederhana yang cantik, nakal, agak kasar dan berpendirian tegas. Ariana tidak senang memikirkan tentang jodoh. Dia seakan serik untuk bercinta kerana pernah ditipu oleh Nazri. Malang menimpa, orang yang paling Ariana sayang pergi meghadap ilahi. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan. 

Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki. Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit diantara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan. Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Ariana lebih tertarik pada jirannya Izudin, duda yang masih terikat dengan pelbagai masalah peribadi. Hubungan mereka sering konflik kerana bekas isterinya, Puan Dila sering mengganggu dan meminta wangIzudin pula langsung tidak bersikap tegas. Perasaan yang Ariana cuba selindung rupanya tidak bertahan lama. Cintanya diluahkan secara tidak sengaja. Peribadi Izudin benar-benar membuatkan Ariana tertarik. Walaupun penuh dengan cemburu, lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita ini seorang yang terlalu melindungi, cukup romantik dan pandai bermain kata-kata. Hubungan Ariana dan Izudin semakin semarak dengan rindu dan kasih. 

Pelbagai insiden romantik,  salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu bisa menyentuh hati sesiapa yang membaca. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?


‘Hadiah wang tunai beserta topup adalah tajaan MR.YIE.. Hadiah TOWEL, PEDOMETER, MOUSE PACK dan KLIK STAND adalah sumbangan dari blogger HALIF yang telah di syorkan oleh PUAN BEE..


* Macam berterabur jer ayat aku. Susah jugak nak buat sipnopsis.



13 comments:

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

kihkihkih..akak gelak je baca sinopsis yg murni buat ni..amboi,panjang betul sinopsisnya..tapi, akak suka baca..terlalu padat! Seolah-olah mcm cerpen pulak..nanti akak akan senaraian peserta contest pada sidebar dalam blog akak ye..nanti ceklah..time kasih kerana sudi membaca novel hentaman akak tu ye..kelakar je..hehe :) time kasih juga sudi join contest ni.. :)

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

nanti murni baiki sikit ayatnya ye...rasa mcm agak kelam kabut sikit tu..hehe :)

Ce'gu JAERA said... Best Blogger Tips

hamboii, panjangnya sinopsis... semoga akak berjaya dalam contest ni ye....

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

huhu.. gud luck ye kak kutu.. hehe... saya xsempat la baca novel kak mimi tu.. kalau saya baca dah lama saya join contest ni :)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

good luck puan kutu..

nama puan kutu ni apa yer?.. nak panggil apa ek?.. hihii

ohya, tag puan kutu..

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2011/10/jom-main-tag2.html

NzA said... Best Blogger Tips

gud luck...moga brjaya.

Pen Biru said... Best Blogger Tips

dulu masa skolah mmg minat baca novel..1 hari boleh abis 1 novel..tapi skrg..dah berbelas tahun sy tak pegang novel.huhuh

Unknown said... Best Blogger Tips

say lama tak bca novel kak, pegang buku je anak dah tarik..huhuuuu

MulutPayau said... Best Blogger Tips

semoga berjaya...

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

ok murni akak dah cek.yg ini lebih bagus dari tadi..gud luck! :)

Daddylicious said... Best Blogger Tips

peh...payah ni...:)

Unknown said... Best Blogger Tips

gud luck PK...
dah lama x join contest.. nak buat sinop lagi le malas.. ;)

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

gudluck kutu ! EH tp result dah kuar kan... ;) xsempat jenguk result