Jeles tengok Kak Jejari Asmara tu hari-hari tayang makanan. Sebab sangat terliur tengok Resepi Ikan Kerisi Masak Cuka ibu Maryam, semalam aku buat ikan masak cuka juga. En suami kata sedap tapi ingatkan aku, lain kali tukar dengan asam. Tak elok makan cuka, tajam katanya.
Aruah mak aku dulu selalu juga buat masak cuka, elok ja aku hidup sampai sekarang. Macam la aku letak sebotol cuka tu.haha..Jangan derhaka! Ok next time no more masak cuka ok. Ini entri bukan nak cerita pasal masak cuka. Jauh pulak aku melalut. Back to the title entry..
Hari-hari masak nasi sesekali tekak nie terasa nak makan makanan western. Hang Tuah sudah berkata takkan melayu hilang di dunia, aku bikin sos ala melayu saja.haha Hang Tuah jugak naik nama. Ekceli nie kes tak cukup bahan. Hentam sajalah janji sedap!
Harap maklum comot-comotan dipinggan adalah sebab dah dua kali aku dan Aiman menambah. Ini kes dua beranak yang gelojoh makan sampai tak ingat nak snap gambar.haha..Mahu cuba Resepi Bowties Pasta Sos ala Melayu vs tak cukup bahan? Like a peanut orang putih kata. Pejam mata boleh buat.
Bahan- bahannya tentulah bowties. Aku guna yang San Remo punya. Bentuk dia sebijik macam reben. Rebus bowties lebih kurang 15 minit kemudian toskan.
Untuk sos pula panaskan minyak, tumis bawang merah+bawang putih+halia+cili kering yang dah diblander. Tumis hingga naik minyak pastu masukkan daging hancur. Masak hingga sedikit garing, letak sos cili dan setin kecil tomato puri. Masukkan sayur apa yang korang suka. Aku just letak lobak merah. Last sekali masukkan hirisan sosej. Boh garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap pastu siap!
Tak sampai setengah jam dah boleh makan. Aku suka gaul bowties dengan mayones sebelum hidang dengan sos pasta. Ala melayu la sangat! haha..
6 comments:
bowties? x penah cuba la plak..slalu spagetti, makaroni & spiral je
bowties?ape tu?xpenah makan lagi..wanie nampak gambar ni macam sotong tau..hehe
selalu jugak makan western kak ni kan..hehe
Ngeh3x.. terbayang2 masammanis rasa masak cuka yg sedap itew.. :D
ps: kalau tak tgk tajuk td ingatkan sotong.. hehe.. kak zefa pun suka yg ala melayu mcm tu sbb tak berapa nak gemar rasa herb yg selalu org bubuh tu..
nampak macam sedap je ni
pasta ni bee tk pernah makan .. nanti try lah ..
bowties?.. apa benda laa pulak ni.. kesian betoi kat ibu alisha.. darat hulu toi la ibu alisha ni.. hihii
Post a Comment