Pixajoy

Friday, October 07, 2011

Home » Fakta Tentang Taugeh

Fakta Tentang Taugeh



Pagi tadi sarapan mihun goreng. Ala semalam aku kan nak buat mihun goreng, tapi disebabkan aku terlajak tidur sampai sedar-sedar dah pukul 6.30, maka ditunda menunya hari ini. Seperti biasa kalau masak apa jenis mee pun sayur wajib yang akhir sekali aku akan masukkan adalah taugeh. Kalau masuk awal2 nanti tak rangup. Orang kata taugeh nie pemanis mee.  


Percaya atau tak satu-satunya sayur yang Aiman makan adalah taugeh. Kalau sayur lain memang tolak tepi. Tiba-tiba en suami kata taugeh menambah berat badan. Tapi ini bukan fakta en suami, kawan beliau yang bagitau. En suami cuma sampaikan jer.haha..Aku tak puas hati betul dengan fakta tu. Ntah-ntah auta. So dengan gigihnya aku mula mencari info pasal taugeh. Adoi intro pun dah banyak membebel. Maaf2.haha..




Taugeh merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo). Taugeh = sakit sendi? Itu saja keburukan taugeh yang aku jumpa. Tu pun tak  pasti kesahihannya.


Taugeh punya banyak sekali khasiat. Ia dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki membuatkan sperma yang dihasilkan makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Taugeh juga dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreasSelain itu, estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)


Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat kita menjadi lebih muda. 


Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air.  Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian. Ini kerana sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratusSaponi dalam tauge menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.


Setelah melihat segala macam khasiat dalam taugeh, satu ja nak habaq, Aku suka taugeh!




SUMBER : http://bumiagro.blogspot.com/2007/11/khasiat-taugeh.html





9 comments:

LuN@_aiDi said... Best Blogger Tips

wahhh banyaknyer khasiat taugeh rupanyer^^_
kter jer malas nak carik..hhihih
tq pn. kutu sharing dis info..
daku nak p menbeli tauge ler^^_ hihi

MutiaraBiru@Ibu3A said... Best Blogger Tips

suka juga taugeh ni.. cuma suami x suka.. jd ia antara sayur yg paling jarang dibeli.. masak mee pun x bog togeh..

safurara said... Best Blogger Tips

owh yeke kak.bagus jugak kan taugeh ni.sy mati ingat taugeh ni tak berkhasiat.hehehe

eiela said... Best Blogger Tips

saya suka makan taugeh, masukkan dalam nasi kerabu dan mee goreng, sodap..

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Fakta kaitan taugeh dgn kami:
Ibu sorang suka taugeh.. en ayah kurang suka.. anak2 tak suka.. :D

Unknown said... Best Blogger Tips

Taugeh best.
Nak hasilkan pun mudah.

IYzee said... Best Blogger Tips

saye alergic taugeh.. tak boleh mkn langsung..

Kak Aya said... Best Blogger Tips

kak aya suka taugeh, tp kalau ada sakit gout, tak berapa elok makan taugeh ni.

Unknown said... Best Blogger Tips

aku pun suke taugeh gak.. lgi rngup lgi sedap..huhu