Pixajoy

Saturday, October 15, 2011

Home » Dating : Filem Libas

Dating : Filem Libas



Kepala masih lagi tingtong sebab baru bangun tidur. Petang semalam balik menonton wayang gambar bersama cinta hati asyik diperli saja, " ha..tu la nak tengok sangat!" What? Tiket free ok! Kalau tahu ceritanya begitu, free pun tak mahu tengok tau. Percuma pun tak tahu bersyukur nie!


Rezeki peminat Rosyam dan Dania nampaknya telah menjadi rezeki peminat Rosyam saja dan rezeki orang yang tak minat sesiapa pun dalam filem Libas tu. Disebabkan Aiman tak ada, aku dating berdua saja dengan en suami. Lagi dua tiket free tu burnlah agaknya. Kami sudah lewat dan ketinggalan hampir 15 minit kerana menyangka tayangan bermula pukul 3 petang seperti selalu kami menonton.


Menyedari Libas bermula pukul 2.35 setelah search wayang online, apa lagi kelam kabut sudah siap. Walaupun dekat, mana nak cari parking lagi. Masuk saja panggung, seperti tidak ada apa yang menarik perhatian aku tentang filem komikal ini. Barangkali jiwa aku tidak kena dengan filem fiksyen. Tapi en suami juga kelihatan boring. Ada ke patut ambil masa seminggu jer untuk latihan. Tak lojik! Mengomel cinta hatiku. Pantas disuruhnya aku komen buruk-buruk pasal Libas dalam blog.kahkah..Kalau lojik bukan komikallah namanya sayang oi!




Jika di pandang dari sudut positif, ini mungkin satu cara untuk menaikkan kembali permainan takraw Malaysia. Sesekali aku terhibur dengan lawak Johan dan Si gemuk, Kumok. Komedi mereka berdua saja kadang2 buat aku ketawa. Lakonan Rosyam aku tak mahu komen. Aku cuma agak canggung bila hero matang berpasangan dengan heroin macam Scha. Heh itu cuma perasaan bukan ada kena mengena dengan lakonan ok.


Scha aka Dania macam menghampakan aku. Apesal ntah aku nampak lakonan beliau macam tak jadi. Yang lain-lain hampir buat aku tertidur dengan lakonan tanpa dialog. Meronta-ronta mahu keluar dari panggung sambil membodohkan diri bertanya pada diri sendiri, bila nak habis nie? Pendek kata cerita nie tak menepati citarasa aku dan en suami. Sekian...












9 comments:

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

Owhh.. ada citer baru ekk - Libas.

Nanti download kat torrent je la. Nak pi panggung jauh sangat hahaa..

Tak sabar nak layan~

Unknown said... Best Blogger Tips

ada yang kata best ada yang kata tak..
hehehe...
tapi kalau saya menonton dalam mood yang baik semua cerita saya rasa best..:p

Unknown said... Best Blogger Tips

tp tgk trailer kat panggung cam menarik la plak..

sape peminat filem stephen chow..pasti suka filem2 camni..skali tgk mcm shaolin soccer pun ada..ehehe

[sutera kasih] said... Best Blogger Tips

best tak?
sy tak tgk lg huhu

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah.. nak kene tgk ni.. nmpak mcm best...

Unknown said... Best Blogger Tips

Adehh~ boleh paham perasaan hati Puan Kutu bila diri sendiri terkena cerita seram tak jadi Karak. Bayangkan tengok cerita seram boleh mengantuk, dasyat betul! Haha

Kak Aya said... Best Blogger Tips

tunggu keluar astro first je....dah tak ke panggung lagi sekarang ni..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

pendek kata..x best la yer ?

Unknown said... Best Blogger Tips

best ker citer nie??