Pixajoy

Sunday, August 14, 2011

Home » SEGMEN : AKU DAN COUPLE

SEGMEN : AKU DAN COUPLE


Korang tengok banner besaq gedabak kat atas tu? Kenal tak milik siapa? Blogger tahap seratus ok. Jom join segmen Kak Rafina Mimi. Klik SINI untuk berkongsi cerita mengenai pengalaman pertama bagaimana korang boleh terjumpa boyprem/gurlprem/suami/isteri korang. 

Ekceli aku nie malu sikit nak cerita bab pengalaman pertama jumpa en suami. Tapi segmen nie macam best jer, tu yang nak join. Lagipun hari minggu macam nie kat opis macam makan gaji buta, takde benda nak buat.haha..

Ok first thing nak cerita macam mana aku boleh kenal dengan en suami. Aku tak ingatlah tahun berapa aku kenal en suami.haha kejam. Aku mengenali en suami melalui internet, dengan berchatting. Sila percaya cinta kami cinta cyber!. Entah ekk mungkin dah jodoh, aku pun tak tau macam mana aku boleh bagi no hp kat en suami. Bukan semua orang yang aku chat aku bagi no hp ok..Aku suka chating still sekolah lagi, tapi just hobi suka-suka mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku minat jugak berlakon pakai nickname lelaki, pastu suka layan anak dara miang kat dalam chatroom tu.haha..

Selepas aku bagi no hp, en suami terus call. Aku dengar suara mak aii macam budak baru lepas sunat ja, suara kecik betul. Dalam hati aku kata mesti budak nie tipu, mengaku umur sebaya aku, tapi macam tipu ja. Standart la kan..kenal di alam maya nie mana ada yang boleh kita percaya. Ok sejak tu ada la sekali sekala en suami hantar sms. Kami just berkawan macam biasa. Walaupun dah lama kenal, en suami jarang-jarang sms, kadang sebulan sekali, kadang dua bulan sekali. Sekadar bertanya khabar.

Aku nie bukan jenis perempuan gedik yang ada ramai pakwe. Aku tak pernah pun bercinta sampai aku masuk uitm. Aku akui aku ramai jugak kawan lelaki dan ada jugak yang cuba-cuba nak ayat, tapi aku bukan jenis yang cepat jatuh hati. Bagi aku, orang lelaki kalau kawan dengan perempuan semuanya sebab nak tackle jer, bukan ikhlas sangat pun. Aku nie agak anti lelaki jugaklah.hehe..Tapi en suamilah orang pertama yang berjaya tawan hati aku dan alhamdulillah cinta kami kekal hingga berumahtangga. eceh!

En suami versi pak ustaz.haha..

Bermula tahun 2004, aku ingat lagi time tu bulan puasa, en suami makin kerap sms aku. Bila beliau tau aku masih solo, beliau pun mula la jadik ulat bulu sudah naik daun. haha. Aku layan jer. Dalam masa yang sama aku berkawan dan sms dengan ramai lelaki. Aku takde feeling2 pun bila di ayat, walaupun hatiku sebenarnya kembang setaman. Tipulah kan kalau tak suka bila ada lelaki ambil berat dan sayang kita. Bukan apa, en suami tak pernah jumpa aku, buatnya lepas jumpa dia tak suka macam mana? Kalau aku tak suka kat dia macam mana?haha..

Aku perhatikan en suami memang lain dari lelaki lain yang aku kenal. Beliau berani, pandai mengayat (kalau tak pandai ayat tak dapat la) dan sabar melayan aku yang kuat merajuk.haha Yang paling penting dalam segala hal en suami mesti beralah. Kiranya sebab nak dapatkan aku, en suami sanggup rendahkan ego beliau sebagai lelaki. Dah lama dok beramah mesra dalam telefon, tiba masanya kami berjumpa buat kali pertama.

Masa tu aku kat uitm merbok, cuti hujung minggu aku balik rumah. Jadi kami rancang nak jumpa kat Pasific Seberang Jaya dengan syarat aku bawak kawan sebagai teman. En suami merempit dari Alor Setar ke Pasific. Jauh jugak..Mesti sakit pinggang! Aku ajak kawan baik aku Syida, pertama kali nak jumpa nervousla jugak. Rupanya blind date memang seksa, tak dapat nak bayang rupa en suami camna. Tidur malam pun tak berapa nak lena. Macam Accapankah? Macam OS kah? atau macam Seth Tan? kalau macam Rosyam Noor lagi aku suka. haha Tapi bagi aku rupa paras bukanlah penting sangat. Aku tak pandang paras rupa, cinta tak mengenal siapa kan..

Tibalah hari yang dijanjikan. Si Syida pulak dok takutkan aku, " ang tengok tu..yang tu kot! yang nie kot" adui bertambah cemas. Tiba-tiba en suami call, dalam dok call tu melintas seorang lelaki dekat kami. Syida dah sibuk dah dok kata, "yang tu apa..". Aku tengok lelaki tu tengah bercakap di telefon, tapi mulut tak bukak pun. Eh takkan yang tu kot, rupanya betul. Bila aku ingat balik pertama kali aku jumpa en suami aku memang nak gelak. Masa tu beliau berkaca mata, ber t-shirt biru tight in, seluar cotton macam smart dan formal sangat dah.haha..Tak payah la nak tight in segala, aku suka lelaki yang casual jer..

Ini en suami yg dulunya 'skema dressing!'haha..

Supaya tak kacau daun, Syida pun berpecah dengan kami.haha..Masa jumpa tu aku tak berkenan sangat dengan dressing en suami, yelah pandangan pertama tak semestinya kita boleh terus jatuh cinta. Jadi aku mula carik alasan nak balik cepat. haha jahat! Aku cakap nak pergi toilet pastu aku call Syida suruh datang cepat. En suami nak belanja makan pun aku tak nak. Sebelum balik en suami bagi aku hadiah. Beliau pesan balik nanti baru bukak. Excited jugak nak tau apa isi kat dalam. Bagus jugak bagi hadiah, kenapa la tak bagi bunga dengan coklat sekali.hahaha 

Rupanya hadiah tu patung Shin chan. Jangan gelak, dulu aku memang fanatik shin chan, komik dia pun aku baca. Memang lawak gelak guling-guling dengan keletah shin chan. Patung shin chan tulah kenangan pertama kali kami berjumpa. Sampai sekarang patung tu still ada, Aiman buat main. Di bulan puasa nie macam kena pulak, segalanya menggamit memori sebab di bulan ramadhan jugaklah perhubungan kami mula berputik. Walaupun en suami tak sekacak Seth Tan, tak semanis Rosyam Noor, beliaulah orang yang aku cinta sampai akhir hayat. Jangan muntah nanti batal puasa!haha Sekian..

*Apa jadi lepas tu? Kenapa en suami menipu tentang umur sebenar? Macam mana kami boleh kahwin muda? Semua ada kisahnya yang tersendiri. Saya stop setakat tu jer, nanti sambung lain segmen plak ekk k.mimi.hehe..





                             

   

14 comments:

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

hehe .. klako dan mndebarkn juge blind date ni yer ...

kutu pun kawen mude ek...

nurpiska said... Best Blogger Tips

menarikla:)

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

murni..akak dah update entri segmen tu..minta baca balik ye..hehe..sory atas kesulitan..terima kasih tau join segmen ni.. :) akak belum baca lagi ni..petang ni baca ye..x sempat nak baca sekarang kejap lagi anak2 balik sekolah..macam biasa,berebut pc la jawabnya jap lagi..hehe :)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

pertemuan uda dan dara yg memng menarik...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hehee mcm mndebarkan je cite ni.. hihii mmg jodoh la 2, cinta cyber.. hihi

saya pun dgn hubby, ala2 cinta pndag p1 lak.. blind date slpas hmpir sbln kenal lepas tu jupa lbh kurg 30 minit je.. mlm dah melamar.. hahhah seminggu lepas tu, hubby jumpa parent saya & then 2 minggu slps tu merisik.. 5bln lps tu, kami kawen.. hihii

Danial Razak said... Best Blogger Tips

wahh.menarik.
kami nak sambungannye lagi..hehee..=)

Lelord said... Best Blogger Tips

ekekekke aku pun kenal darling atas line gak

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

ok sekarang baru sempat baca..hehe..tersangat menarik buat permulaan entri yg pertama akak terima..blind date rupanya ye..tapi macam kelakar pun ada..hihi.. :)

Nur Farah said... Best Blogger Tips

waaaaaaaaaaaaa..cinta maya.. menarik la... hehe.. :D

NzA said... Best Blogger Tips

so sweet n kelako pn ada..xtahan dpt hadiah shin chan tu.....ha.ha.ha...

Unknown said... Best Blogger Tips

wah cinta cyber yer....sampai ke jinjang pelamin...terbaik...

Lelord said... Best Blogger Tips

weeiii sambung aje la

Unknown said... Best Blogger Tips

alif takde couple lagi...huhuhu....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hehehe so sweet. Patung Sin Chan tu :)