Setiap pagi bersungguh lelaki berkopiah itu mengayuh basikal tuanya. Kedutan di muka tak pernah meluntur dek cahaya wajah yang sentiasa berwuduk. Sudah tidak mengendah cuaca, seakan imun dengan panas teriknya cuaca, kebal dengan air rahmat diberi nama hujan. Selesai subuh di surau sudah ke Sungai Acheh mencari lauk untuk santapan berbuka. Petangnya ke sana lagi buat berjemaah Asar di masjid. Membawa pulang bubur lambuk kegemaran si isteri satu kemestian.
Petangnya wanita itu pula gigih memerah keringat dengan busana baju kedah juga batik sarung dipentas dapur. Hidangan utama juga kuih adalah juadah istimewa untuk seisi keluarga tersayang. Tak pernah mengeluh walau penat. Cara, tepung talam, lepat, dan kuih tradisional lain bakal mengisi perut, tak perlu bersusah ke bazar bagai manusia moden kini. Istimewa air tangan wanita itu dipuji orang kampung.
Setengah jam sebelum berbuka, anak perempuan comel itu bertindak posmen. Posmen ini bukan sebarang profesion. Si posmen akan membawa juadah berbuka yang dimasak ibunya untuk diberi pada jiran. Sudahnya juadah berbuka bertambah, meriah berbalas pinggan sesama rukun tetangga hingga pelbagai jenis kuih dan mee. Mewahnya rezeki pada bulan ramadhan...
Kini lelaki berkopiah dan wanita berbusana baju kedah hanya kekal dalam lipatan diari jiwa. Sudah tenang mereka menghadap pencipta. Anak perempuan yang dulunya posmen sudah bertukar profesion Supermak. Walaupun tidak sehebat wanita batik sarung itu, anak perempuan itu akan terus berbakti dengan air tangannya pada insan bernama suami dan anak. Hanya rindu yang tak pernah putus pada 10 ramadhan ini mengalirkan air jernih mengimbau kenangan. Al-Fatihah..
* Nak siap pergi keja. bulan puasa masuk pukul 3, 6.30 dah balik. Tak sampai 4jam keja. Korang ada?
15 comments:
kerja apa kejap sgt ni jeles.... kutu dulu2 seronok kan assalamualaikummm.. jerit kuat2 kat rumah jiran pastu dpt balasan .. siap berebut nk tengok dgn adik beradik kuih apa..kuih apa..
x sampai 4 jam kerja....hebat....
wah.. keje kebena tu 4 jam.. gaji lak cm ne. xcam best lak.. ade keje kosong x kak.. hahahahaha...
kisah kutu? best cite tu..syahdu pown ade..
Kutu best la crita ni.. terkenang akak time akak kecik2 dulu...
Kutu.. ada keja kosong tak rekemen la akak.. nampak best jer kerja 4 jam sari...heheh
ala-ala sedeh la starting tuh kak..
err..sekejapnye keje kak :D
kerja ke mengulau ni...hehe
@puanbee
betul bee.masak sejenis tp dpt mkn macam2 time buka..best2
@Papa Mifz
haha bln posa jer.klu tak 6jam keje
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
gaji gomen macam biasa la..cti pun jalan!haha..
@ayu jamal
yup..syahdu bila terkenang masa lalu..:)
@halila Ibrahim
hehe isi borang la kak
@syrupmasin
hah sedih ker
@Bigdaddyz
keja ok!haha..
Al-Fatihah...sedihkan bila dh kehilangan org tua....
wow...bestnya masa kerja dipendekkan...
Post a Comment