Salam Ramadhan,
Malam tadi aku nonton drama Jiman Kat TV9. Drama nie dilakonkan Rusdi Ramli, Iqram Dinzly, Fauziah Nawi dan Fida. Krd pic to budiey.com
Drama Jiman mengisahkan Jiman (Rusdi Ramli) yang mengalami kecacatan akal tinggal bersama ibunya Mak Midah (Fauziah Nawi) dan adiknya Azhar (Iqram Dinzly). Sejak kematian bapa mereka, Mak Midah Yang sering sakit selalu memikirkan tentang nasib Jiman yang tak mampu menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Walaupun Jiman mempunyai adik, namun Azhar sangat benci kepada Jiman. Azhar menyuruh Mak Midah menghantar Jiman ke pusat kebajikan.
Aruah bapa mereka selalu melebihkan Jiman dalam segala hal. Mak Midah dan orang kampung juga terlalu memanjakan Jiman menyebabkan Azhar tidak puas hati. Intan (Fida) seringkali datang melawat kerana simpati dengan Mak Midah dan Jiman. Azhar suka dengan Intan. Intan selalu menasihati Azhar supaya berubah. Azhar tambah iri hati dan membenci abangnya apabila aruah bapa mereka memberikan harta tanah yang lebih kepada Jiman.
Mak Midah akhirnya meninggal dalam kesedihan. Sewaktu pengebumian Mak Midah barulah Azhar tahu yang sebenarnya dia adalah anak angkat. Jiman yang jumpa Azhar sewaktu dia masih kecil. Jiman yang menyelamatkannya..Ending cerita Azhar pun Insaf. Selepas kematian Mak Midah, Azhar yang menguruskan Jiman.
Menyayat hati jugak cerita nie. Ibu fauziah kita semua sedia maklum memang pro bab watak antagonis. Lakonan Rusdi Ramli memang menjadi. Pandai betul berlakon terencat akal macam tu. Simpati aku tengok. Yang kelakarnya, Aiman pun sedih tengok cerita nie. Siap menangis. Lepas tu bila aku tanya "Aiman nangis ke?" Aiman kata "Aiman minum banyak air tadi, tu air menitik!" what? maksudnya? air mata menitik sebab minum banyak air?hahaha..Selalunya alasan orang dewasa cover nangis cakap mata masuk habuk kan..Aiman2..
12 comments:
Akak pun tgk cerita ni mlm tadi. Banyak pengajaran yg kita dpt. Aiman pun berjiwa sentimental ye.
wahhh cam menarik jer citer neh?..(= lama dah tak tengok citer melayu kat cni.. btw selamat berpuasa puan kutu^^
sy jarang nengok drama waktu malam dh..letak je kepala kat bantal terus dibuai mimpi..
aik ! tadi malam tv 9 bukan halaqah sentuhan qalbu ke kak ?? pukul 1030 . tak kan salah tngok kot . huhu
gila lama dah rushdi tak berlakon
cite baru eh kak,mcm besh je.
saya mmg tak tgkla drama skang ni kak..letih sangat,
mesti bestkan cerita tu..
comel je aiman nangis...hi.hi.hi...
suka!!!
drama jiman ni mmg best n menyayat ati .. ni kali kedua ditayngkn rasenye..aritu punye hanie dah tgk..kali ni termissed lak,dah nak abes baru bukak tv .. hee
ooo mcm best lak ni ..
mak dia n org kg slh sbb xcite hal sebenar. lau cite dari awal. rasa2 jadi ke mende cmtu???? npe bila da tahu baru dia insaf? hehehe
Post a Comment