Pixajoy

Thursday, August 18, 2011

Home » Dua Jam Seminar Ramadhan Bersama Ustaz

Dua Jam Seminar Ramadhan Bersama Ustaz



Salam 18 Ramadhan,


Short update je nie. Semalam hari paling sibuk. Ekceli tak sibuk mana, tapi aku memang suka buat-buat sibuk.hehe Sempat bukak blog dan publish komen jer. Tak nampak pun batang hidung aku komen kat entri korang kan? Nak buat macam mana pagi-pagi lagi dah gerak ke INTAN untuk Seminar Ramadhan. Petangnya sibuk memasak, malamnya kerja pulak, jadi tak sempat pun nak online.


Ada Ceramah tentang Ramadhan oleh ustaz apa ntah, aku lupa nama,haha yang aku ingat beliau anak kepada mufti kedah. Tapi yang buat aku kagum, ustaz nie baru 21 tahun, ilmu dan petah bercakapnya tu, tak padan dengan umur. Sangat menarik perhatian pendengar dengan lawak selambernya. Tak kering gusi sepanjang dua jam. Ustaz juga pandai nyanyi lagu P.Ramlee dan hindustan!




Dapat aku rumuskan, dibulan Ramadhan nie kita kena tingkatkan amal solat dan berdoa. Terutama sekali solat terawih, setahun sekali jer kan. Doa di bulan Ramadhan Allah akan makbulkan. Bulan Ramadhan adalah bulan dimana Al-Quran diturunkan, banyakkan membaca Al-quran, bertadaruslah.. Banyakkan bersedekah, kalau korang masak tu biar lebih sikit, bagi kat jiran..tu salah satu sedekah. Yang terakhir hendaklah istiqamah dalam setiap amalan.









6 comments:

Bigdaddyz said... Best Blogger Tips

21 tahun mmg muda beruntung punya anugerah berani...

mykhalis said... Best Blogger Tips

terisi jugak hari dengan majlis ilmu..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

baru 21 dah pantai beri ceramah kan.. bagus... saya ne ne dah lama raseny xg majlis ceramah agama ni :(

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Seronok dpt join majlis2 ilmu beginikan. Dapat juga menambahkan pengetahuan. Dgr ceramah kena ada selingan lawak jenakan. Kalau tak, abih semua pakat tido

NzA said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, seronok dpt hadir majlis ilmu dan dpt pula penceramah yg best..mmg cpt je rasa masa brlalu..ttp kalu yg jenis boring mmg jahat je mata ni..asyik nk pejam jerrr.....

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

kalo sedekah belimknn lebih sikit kat bazar buleh gak kan kan kann .. :p