Pixajoy

Tuesday, August 09, 2011

Home » Ujibakat Upin Ipin The Musical

Ujibakat Upin Ipin The Musical




Siapa yang tak kenal dengan watak Upin, Ipin, Kak Ros, Opah, Mei-Mei, Ehsan, Jarjit, Fizi, Tok Dalang, Ijat, Dzul , Rajoo, Cikgu Jasmin, Nurul dan Priya kan? Baik kecil sampai ke besar semua kenal. Hebatnya upin ipin sampai mencetuskan fenomena bukan sahaja di Malaysia, malah luar negara.

Upin dan Ipin adalah filem animasi 3D pertama di negara ini. Filem pertamanya, Geng : Pengembaraan bermula berjaya memecahkan panggung dan mencapai box office dengan kutipan tiket dalam negeri sebanyak RM6.3 juta. Siri Upin dan Ipin kini ditayangkan di 17 kawasan di Asia menerusi Disney Channel Asia. Upin dan Ipin juga adalah filem tempatan pertama yang berjaya menembusi pasaran filem India. Kini, Upin dan Ipin bukan watak dalam filem tapi sudah menjadi jenama unggul dari Malaysia meliputi cenderahati, restoran dan tidak lama lagi Taman Tema Upin dan Ipin seperti di luar negara. 

Selepas mencatat kejayaan besar di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, siri animasi popular, Upin dan Ipin bakal dipentaskan pula di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya pada April tahun depan.





Pementasan Upin & Ipin The Musical ini terbitan bersama Les’ Copaque Production Sdn Bhd dengan kerjasama CTRA Production dan Istana Budaya. Kos pementasan adalah sebanyak RM2 juta. Apa yang menarik, pementasan muzikal ini bakal menggabungkan dunia angkasa lepas, lautan dan belantara serta menampilkan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang berada di tempat berkenaan. 


Tadi aku tengok Diva di TV1 tentang  pencarian pelakon upin ipin the musical. Ujibakat mencari barisan pelakon Upin & Ipin The Musical bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13, 14, 20 dan 21 Ogos ini. Syarat penyertaan ialah mereka yang berusia dari 6 hingga 35 tahun, lelaki dan perempuan, boleh menari, menyanyi, berlakon, sihat dan lincah dan semua bangsa. Keterangan lanjut, hubungi 03 61866592/03 55118089/017 8716060/012 2977220 dan 017 2004249. Siapa yang berbakat boleh cuba!







4 comments:

Bigdaddyz said... Best Blogger Tips

semakin hebat mereka sekarang ni...

NzA said... Best Blogger Tips

moga produk ni makin suksess....

hyz said... Best Blogger Tips

ce suwoh aiman p odisen.... x pown pn kutu g.. mana tau pn kutu dpt watak opah, aiman dpt watak ehsan.. heheheh

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said... Best Blogger Tips

bab2 ujibakat ni xdapek ler teman nk nolong ... nolong nengok jer ... :p