Pixajoy

Tuesday, August 23, 2011

Home » Nostalgia Kad Raya

Nostalgia Kad Raya



Salam 23 Ramadhan,


Hari nie hati melonjak girang. Balik dari kerja sempat aku menjeling ke kotak surat, yey! aku terima kad raya! Kad raya pertama dan terakhir untuk tahun nie.haha..Terima kasih kepada kemboku, puanbee kerana sudi mengirim dan mengembalikan nostalgia kad raya yang semakin dilupakan. 


Terkenang zaman dulu-dulu, menulis kad raya merupakan perkara wajib setiap kali menjelang raya. Sahabat handai jauh dan dekat akan aku kirimkan kad raya. Sayangnya kad raya semakin dilupakan dek teknologi serba canggih yang semuanya di hujung jari. Tahun lepas tulis gak kad raya, tahun nie hampeh!


Dulu-dulu the best part, tulis kad raya untuk kawan sekampung. Siap berjanji pukul berapa nak beraya rumah tok guru. Rumah tok guru yang ajar mengaji quran adalah rumah pertama yang akan kami jejak di pagi raya. Dah siap pantun pecah kaca pecah gelas, aku akan lukis setem di depan sampul kad. Konon la kan yang kad raya tu dipos. Pastu soh adik aku bertindak posmen pergi hantar. Kelakar gila bila ingat balik, walhal rumah kawan tu belakang rumah jer, kentut pun dengar, berak pun nampak!haha..


Abang aku pulak suka bagi kad raya kat artis. Artis pujaan beliau macam Amy Mastura dan Siti Nurhaliza tu memang wajib bagi. Yang aku ingat ada gak kad raya dari Abot dan Maya. Artis macam Amy setiap tahun design kad raya sendiri. So aku agak bangga jugaklah cerita kat kawan-kawan sekolah yang artis balas kad raya dari abang aku.haha walhal ada signature jer pun. Entah-entah yang sign tu pun PA artis apa, bukan artis pun..hehe




Bukan setakat kad raya,ada angpau dan duit raya untuk Aiman jugak tau..Aiman suruh sampaikan ucapan terima kasih untuk anty bee...









12 comments:

puanbee said... Best Blogger Tips

hehe .. sama2 suka tau kad raya , byk cerita dulu2 tp sekarang tk de dah .. sadis

K O R I E said... Best Blogger Tips

WAH BESTNYA DPT KAD RAYA DRI RAKAN BLOGGER ^^

Anonymous said... Best Blogger Tips

nak kad raya jugak ^_^
hehe
selamat hari raya

solomolo said... Best Blogger Tips

Puan Kutu, nak alamat...
emailkan ke : corecheck@gmail.com

Wanie said... Best Blogger Tips

siap antar kad raya kat retis tu..tak terpie nak buat sume tu..hehe

Liza @ Adzriel AB said... Best Blogger Tips

excited sgt dapat balasan kad raya dari sultan pahang.. sekarang harga setem dah 50 sen..

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

kak pun dpat kad raya .. tapi kad je la.. duit raya x dak...hehe

NzA said... Best Blogger Tips

amboi Bee, bagi kad raya utk kembo dia je ek...utk akak xde ke?????hu..

apapun mmg seronok kenangan dulu2...kumpul kad raya n siap tayang sapa yg dpt plg byk.....

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

haih dah lama org tak kirim kad raya ni. seme asik e-card je. :(

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

hehe..sy pon ada dpt satu kad raya dr kawan blogger

Unknown said... Best Blogger Tips

kad raye dr artis..perghh..

puanbee said... Best Blogger Tips

kak NZA .. alamat tk de... huhu maaf!