Pixajoy

Tuesday, August 09, 2011

Home » Drama Moreh Di Astro

Drama Moreh Di Astro


Siapa ikut geng surau? Aku sempat layan beberapa episod jer pasal cerita nie kan bersambung. Jadi agak malas nak tengok. Tahun nie saluran Astro Oasis menayangkan drama Moreh yang telah pun disiarkan pada pertama ramadhan lagi. Drama 20 episod ini adalah kesinambungan drama Geng Surau yang popular di kalangan penonton semasa Ramadhan tahun lalu. Moreh dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Ayu Raudhah, Zul Ariffin, Redzuan Hashim, Harun Salim Bachik dan Khaty Fauziah. 

Aku sempat menonton satu episod drama moreh nie malam tadi. Ternyata ceritanya boleh tahan best. Gelak besar aku sorang-sorang. Lawak betul bila tengok Ayu Raudhah dengan mekap tebal dan fesyen tudung sanggul dua bijik.haha.. Watak Lydiawati dengan siapa ntah aku lupa nama yang dok tengah basuh telekung kat surau tu pun lawak..Rusdi ramli pun best dengan watak kelakar. Pelakon cilik yang bawak watak anak rusdi tu comel je pun. Bijak dan petah bercakap dengan pelatnya.


Walaupun drama nie berbentuk hiburan santai tapi ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Nilai kekeluargaan dan kejiranan yang tinggi merupakan tunjang utama dalam Moreh. Korang yang tak pernah tengok Moreh boleh layan ok. Best Moreh nie wa cakap lu..







                                               

12 comments:

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

aku tgok sikit je,
omak tuka channel.

Wanie said... Best Blogger Tips

teringin n ak tengok..kul bape ni kak?

solomolo said... Best Blogger Tips

geng moreh best !!!~
lebih kurang macam geng surau...
tergelak2 satu family...

Pen Biru said... Best Blogger Tips

tak astro pun..huhuh..

tim_fs said... Best Blogger Tips

samala kita pon layan moreh mlm tadi..klakar..yg tgh basuh kain berjam jam tu sharifah sahora...

deeya said... Best Blogger Tips

alor ..! xde astro .. huhu ~

Ztee_Azwanis said... Best Blogger Tips

haah.. pn kutu.. saya layan jugak. ada ulangan kul 10mlm tk silap, kalau tknk tgk yg kul 730 tu....

mmg kelakar.. mcm bertanduk haha.
ayu raudhah yg ala-ala ceng kibut jer belakon cerita tu... :)

Anah said... Best Blogger Tips

suka crita ni sbb ada rusdi ramli. cik pad pun faham isteri dia minat gila kt rusdi ramli, setiap kali ada rusdi ramli msti panggil isteri suh dtg tengok=)

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

cam best jer..tiap malam ada ke? beto x berlakon ekk :(

mykhalis said... Best Blogger Tips

kena tunggu siaran ulangan la nie

juanita said... Best Blogger Tips

wahh ye kee..bes eh..tapi asyik lupeee

NzA said... Best Blogger Tips

xsmpt nk layan tv mlm skrg ni cz abis terawih dh pkul 10.30 mlm..blk je dh.............zzzzzzzzzzzzzzzzzz........