Pixajoy

Wednesday, March 11, 2015

Home » Resepi Kek Coklat Sedap

Resepi Kek Coklat Sedap



Aku tempek resepi birthday cake en suami yang aku buat kat sini untuk koleksi peribadi. Highly recommended buat yang tak pernah lagi cuba resepi kek coklat ni. Sedap tanpa topping juga. Resepi asal dari Sheila Rusli kalau tak salah. 

Ini rupa kek coklat yang dah aku cupkan. Elok je naik kembang, cuma fail bab nak boh adunan bagi serata sama banyak setiap cup. Ni yang ada banyak ada sikit.huhu..Yang dalam loyang  lupa nak snap. Aku guna loyang kecik je untuk birthday cake, so lebihannya aku buat cupcake. Dapat la 5 bijik.



Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (aku kurangkan sedikit)
1 cawan full cream milk ( boleh ganti susu cair, susu coklat or fresh milk)
1 cawan buttercup ( aku guna 3/4 buku. Nak ganti dengan minyak dan marjerin cair pun boleh tapi buttercup lagi sedap kan)
1 cawan susu pekat
4 biji telur ( dipukul hingga kembang)
1 ¹/⁴ cawan tepung gandum+1 sudu teh baking powder+1 sudu teh soda bikarbonat ( ayak bersama)
1 sudu teh esen vanila


Cara : Panaskan buttercup atas api hingga cair kemudian masukkan gula + susu pekat + full cream milk + telur + esen, masak hingga semuanya larut sekata bersama. Bila adunan dah suam, masukkan campuran tepung dan sebuk koko sedikit demi sedikit. Tuang dalam loyang yang dilancer marjerin pastu boleh kukus atau bakar.


Ulang tayang kek comot siap topping ganache. Dah siap kek coklatnya tuang je la topping atas kek pastu hias ikut kreativiti.




Resepi Topping Coklat Ganache : 1/2 tin susu pekat + 1/2 cawan sebuk koko + sedikit butter di masak secara double boiler. Kena cepat tuang takut topping mengeras.


Untuk letak filling setiap layer aku guna cream cheese frosting. Buat tiga layer jadi kena potong kek kepada tiga bahagian. Tak payah explain pun sedia maklum kot camna nak buat bagi jadi layer macam ni kan. Sila buat dengan kemas dan sabar. Jangan jadi macam aku buat kerja loklaq, masa potong kek dah berkecai, tapi penuh semangat buat jugak bagi jadi layer demi suami tercinta.


Resepi Cream Cheese Frosting : 250g cream cheese + 3 sudu buttercup + 3 sudu icing sugar, pukul hingga kembang. Cream cheese frosting ni seeloknya simpan sekejap dalam peti ais supaya dia tak cair sebelum letak pada kek.


Emm yummy! Dok teringat lagi rasa kek coklat dan cheese bergabung meletop! 










16 comments:

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

sedapnya... yummiehhh!!

lieyalatif said... Best Blogger Tips

terbaik laa cik puan kutu....kek besdei homemade yg dibuat dengan kasi h sayang...bangga cik abe tauuuu....lieya ni bab baking2 mmg tak reti sgt...lagi2 kek besdei...sah2 buat keje senang gi bakery ajek heheheeheh....

menarik tgk kek tu..rich with chocolate...

Korn Ahmad said... Best Blogger Tips

alahai sedap nya kek coklat. nak pulak coklat yg topping dia.. ah melelehhhhh ayaq lioqq

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

sebab PK yang bagi resepi ni, saya nak save la walaupun entah bila nak cuba buat.. sebab pasti rsepi yang mudah dan sangat sesuai nak bagi makan anak2 ni..

zmarl (ibu) said... Best Blogger Tips

rupa tak penting yang penting sedap..
lama dah tak buat kek..

eima said... Best Blogger Tips

haaaa mmg mudah .... tak yg putar2 pun main masak2 kacau je dah boleh bakar .... nanti nk try le


ni br dpt bw ni

Najib Ariyan Ali Basha said... Best Blogger Tips

kek coklat kek coklat... tak dapat dirasa dapat dilihat... aduhaiii....

sitirohaida said... Best Blogger Tips

sedap ni makan sejuk2

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

rajinnya PK...sah sedap tu...yummie..

Nastyna said... Best Blogger Tips

Salam...miss u.
Eh..advance sangat kek coklat u ni.. tengok bahan macam simple jer. wajib cuba kalau gini. bookmarked.

OKje said... Best Blogger Tips

Adoiiii .....bab nak potong kek bagi tiga pas tu layerkan dengan cheese bagai tu yg malas tu....
Udah, kalau teringin nak buat, buat jer kek coklat seketul gitu, tak payah de nak layer layer...... tak kuasa mak! Dasar pemalas! Hihi

nurbijen said... Best Blogger Tips

saya suka sgt resepi yg simple tapi meletops nih...

chii said... Best Blogger Tips

Nmpak menyelelErekan Walaupun rupax brp nk g...hehehe...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mmg menyelerakan kalau kek coklat.
suka sangat..

thanks pk berkongsi

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Wahhh.. penuh coklat

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, PK... dah tergoda dah ni. Itu masalahnya kalau datang sini. Tak tahan tengok resepi 'simple-simple', 'bodo-bodo' katanya. Tengok steps PK yang simple ni pun rasa macam nak semput, dapat ke saya cuba buat ni... Makan tahunlah rasanya baru siap kek coklat kalau saya nak buat!