Pixajoy

Friday, March 13, 2015

Home » Cuti Sekolah, Dok Rumah?

Cuti Sekolah, Dok Rumah?



Bermula hari ni, Aiman dah start cuti sekolah. Walaupun cuti panjang, aku dah gesa Aiman siapkan homework dia. Malam tadi kemain lagi main game, tidur lewat. Cuti sekolah ni duduk rumah je la sebab semua plan telah dicancel saat akhir.

Sejak awal tahun kami merancang nak ke Cameron Highlands. Tapi bukan waktu cuti sekolah ni la. Tak nak aku, CH kan jam musim cuti. Plannya hujung bulan tiga, pergi hari Jumaat, tidur semalam dan balik esoknya. Last minute kawan en suami cancel. Oklah..kami pun cancel juga. Mungkin rancang lain kali.

Memandangkan short holiday tersebut tak jadi, en suami pun ajak balik Johor. Dah lama kot tak jumpa famili dan kawan-kawan dekat tempat kerja lama. Sejak Afia lahir tak pernah lagi balik Johor. Rindu sangat suasana kat sana.

Aku dah nak apply cuti time cuti sekolah ni, last minute juga cancel. Bila difikir balik en suami kata beliau kesiankan boss beliau yang isterinya bakal bersalin tak lama lagi. Tengah tunggu masa je! Kalau en suami takda susah juga. Ok..mungkin belum sampai rezeki lagi nak balik Johor kan.

Sebelum tu aku ingat tak nak tarik balik cuti. Berangan la kan nak balik kampung lepak kat sana bawak Aiman Afia. Tapi en suami macam berat hati nak lepaskan kami balik kampung sementara beliau kena kerja. Bukan pasal sedih sangat nak jauh dengan anak bini, tapi susah hati takda orang nak basuh baju. Nampak sangat tugas bibik lagi penting ya dari tugas seorang isteri.muahaha..

Redha dan pasrah, cuti sekolah ni kita menganga ja la kat rumah Aiman kan! Jumaat dan Sabtu sebelum balik sekolah ibu dah apply off. Tarikh tu sempena birthday Aiman. Kata Abah mungkin akan ada sesi jalan-jalan tempat dekat-dekat, tengok pada keadaan dulu. Mungkin je!

Apa pun, projek main masak-masak akan terus berlangsung walaupun Aiman cuti ke, ibu kerja ke apa. Harap anak ibu enjoy makan masakan ibu je la cuti sekolah ni.hehe..

Kemana destinasi korang cuti ni?








7 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Fiza cuti rumah mak mertua di Kuching Muni. Insya Allah :)

syida said... Best Blogger Tips

insyaAllah sy ke kuantan ahad ni, sblm tu..on the way tu, singgah umah mak sekali..
xpe PK..x dpt jln jejauh, jln dedekat pun ok..janji anak2 sng hati :)
thumbs up utk projek main masak2 tu (kagum!)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

esok nk ke melaka.ahad kenduri kawen

pk,
suami pk asal johor ke? bukan loq staq erk ?
setahu saya dulu pk yg kja kat johor kan..

confius jap..

makan pon makan je la bu. janji kenyang. hikhik

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

cuti sekolah sy dok umah saje. hahaa

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. lebih kurangkan birthday abang long kita.. bagusnya PK dah ada plan tu.. kami tak ada plan lagi macam mana tuk bday naim tahun ni..
Moga isteri bos tu selamat bersalin ya.. bagus la korang... insyaAllah orang yang baik, nanto dapat balasan baik.. masa PK susah ada pulak orang yang nk ringankan bebanan ...
Kami plan last minute je cuti kali ni..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Biasalah.. kdg2 apa y dirancang x mjdai kan.. lya pom x kmana ct skolah ni.. msing2 kerja.. klo lya dpt cuti,papa asya lak x dpt ct..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya tak ke mana-mana pun PK cuti sekolah ni. Biasalah kami memang tak pernah plan perjalanan apatah lagi time cuti sekolah. Menunggu mak mentua nak datang satu hal juga. Tak tahu bila sampainya. Jenuh dah ni menunggu!